♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, July 28, 2013

28 Julai : Meraikan kedatangan MUJAHID Dalila dan Rafiq. ^^

Pagi itu saya mengambil peluang untuk beriktikaf di masjid. Sudah lama berhajat, tapi tidak kesampaian.

Ibu kata, hajat tak sampai nak iktikaf sebab banyak dosa. Adehh ^^

Hari ni rasa puas dapat beriktikaf. Ramai sungguh orang beriktikaf di masjid. Tapi semuanya golongan veteran. Sedang saya buka rehal untuk cari port yang sesuai untuk mengaji, saya dtegur seorang makcik,

"Tak bawak anak ke? Lain kali boleh bawa anak. Kat sana (sambil tangannya menunjuk ke satu arah) ada nurseri. Bayar RM5 je, tinggal anak situ. Senang."

Saya senyum, dan angguk. Dalam hati terdetik, tua sangat ke muka ni? Anak? Anak tudung ada la kot. ^^

Dugaan paling besar waktu mengaji adalah rasa mengantuk. Tambah pula pagi yang dingin dan redup, bisa membuat mata kita layu.

Bila mengantuk teramat, saya capai tablet. Mahu mencari ubatnya. Eheh.

Akhirnya tersenyum dan mata terus membulat mendengar khabar berita kehadiran mujahid baru dalam keluarga Marjan Hanani. Subhanallah Alhamdulillah. Mujahid pertama lahir di bumi Mesir, jauh dari makcik-makciknya yang comel ini. ^^

Untuk pengetahuan, Marjan Hanani adalah usrah sewaktu kat DQ dulu. Alhamduliilla, walaupun hampir 5 tahun meninggalkan bumi barakah itu, ukhuwwah sesama ahli usrah dan sahabat DQ tidak jauh. Malah terasa dekat dihati meskipun jarang bersua muka, bertemu wajah, berjabat mesra.

Dalila merupakan adik usrah saya yang berasal dari Terengganu. Bulan 10 tahun lalu, saya kembara ke bumi Terengganu ke majlis walimahnya. CATATAN PERJALANAN1, Catatan perjalanan 2 (klik link) saya pada tahun lepas masih segar dalam ingatan. Masih ingat lagi kenangan interview Rafiq. Antara point Rafiq yang masih segar di ingatan, "Semoga awak jadi ibu mithali buat anak-anak.."

Alhamdulillah, sekarang perjalanan ke arah nak jadi ibu mithali bakal bermula buat sahabatku dunia akhirat.

Sukanya rasa hati dengar perkembangan positif orang-orang yang kita sayang. Alhamdulillah. Suka hati walau tak dapat tatap wajah mujahid baru, tetap rasa macam gembira je hari ni. ^^

Bila agaknya mujahid itu akan melihat wajah makcik-makciknya kat sini. ^^

Dalila dan Rafiq

Alhamdulillah. Tahniah buat Uda Dalila dan Rafiq atas kelahiran mujahid pertama yang putih melepak. ;)
Semoga jadi saham akhirat yang paling menguntungkan. Alllahumma Amiiin.

Doa kami di Malaysia sentiasa berterusan buat Uda Dalila, suami serta mujahid kecil yang baru hadir ke bumi.

mujahid kecil Marjan Hanani

Barakallahu alaik. ^^

Btw, 28hb July menambah istimewa tarikh kelahiran dua mujahid yang istimewa di hati saya.

Pertamanya adik lelaki. Satu-satunya adik, Mohd Khalil Ridha Kamarudin. Alhamdulillah, genap 17 tahun umurnya hari ini. Tapi saya tetap merasakan dia masih kecil. ^^

Kedua, Ahmad Naim. Yakni anak saudara lelaki yang comel. Genap umurnya hari ini 5 tahun. Semoga jadi anak soleh buat Abi dan Ibu ya, Naim.

Namun kedua mereka jauh di mata. Maka tak dapek nak merasa kek hari jadi hari ni walaupun ada dua besday boy. ^^

Semoga kehadiran mujahid sekalian menyumbang sesuatu untuk Islam. Insya ALLAH. :)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.