Seusai tamat posting, saya dipaksa ke Johor.
Ikut hati rasa berat. Sebab baru minggu lepas pulang ke Klate.
Tidak mahu mengecewakan,saya tunaikan hajat mereka. Hence, here i am. Johor. <3
Seminggu yg lepas, saya berada di HTAA. Penat. HTAA memang hospital paling laris di Pahang.
Balik saja dari hospital,saya terus berkujur kaku. Mata memberat. Tapi jiwa tegas dengan prinsip tidak mahu tidur lepas Asar.
Saya berjaya. Selama tiga minggu melalui hari yang memenatkan, saya tidak pernah tidur petang.
Rasulullah menegah ummatnya tidur selepas Asar. Tidur selepas Maghrib juga tidak digalakkan. Lepas Subuh tu toksah cakaplah, memang tidak molek.
Hidup kita ni kita kena ada peraturan. Peraturan kita adalah apa yang digariskan Allah dan Rasulullah. Jangan nak ikut sedap hati. Rasa penat,tidur. Memang fitrah bila rasa penat kita nak tidur, tapi seeloknya kita elakkan fitrah kita bercanggah dengan apa yang disuruh Al- Khaliq dan yang diajar Al Khatimul Anbiya.
Disebabkan saya tahu hari yang dilalui bakal memenatkan, saya kebiasaannya tidur awal. Seawal 11 malam sudah bersiap untuk ke alam tidur. Andai kita dapat rehat yang cukup, tentu tidak ada masalah untuk meninggalkan tidur selepas Asar.
Saya tidak sabar mahu berkongai cerita dengan semua terutama adik-adik yang bertanya pengalaman posting. Tapi saya kurang mampu lagi untuk menulis. Posting baru tamat, beberapa assignment perlu disiapkan dan persediaan rapi untuk exam juga sedsng giat dirancang. Saya teringin berteleku di meja dengan laptop dan mencoret cerita posting, tapi Allah belum beri peluang itu. Insya Allah, nanti. ;)
Sekadar update biasa.
Sebab rasa kosong bila tengok blog tak bertambah post.
Johor ini seperti biasa menyenangkan.
Rasa bagai negeri angkat pun ada. :p
Gembira dapat bersama anak saudara,melayan budak-budak adalah aktiviti yang cukup menghiburkan. <3
Ala kulli hal, seronok juga melayan perasaan di sini. Rasa penuh nostalgik. ;)
No comments:
Post a Comment