♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 11, 2013

Puasa bukan untuk 'shaping' perut.

"Ramai orang mampu menahan lapar dan dahaga, tetapi sedikit yang mampu menahan hawa nafsunya."

Tazkirah Asar di masjid petang tadi sangat menarik.

"Nafsu itulah yang menentukan taqwa seorang hamba, bukan perutnya."

Saya terkesima. Saat itu perut sedang berbunyi, kuat. Maklumlah sahur cuma dengan megi goreng. ^^

Belum sempat saya mengelamun jauh, penceramah terus menikam jantung saya,

"Berapa banyak Quran yang dibaca hari ini kerana nafsu yang mahu? Atau Quran dibaca kerana tradisi di bulan puasa."

Saya tersandar. Nafsu yang mahu? bagaimana tu?

Saya menyelak langsir yang menjadi penghadang antara kawasan solat muslimin dan muslimat. Jemaah lelaki kelihatan ramai, jemaah muslimat, cuma saya dan dua orang makcik.

Ustaz menyambung,

"Puasa ini mahu membentuk taqwa. Bukan nak bentuk perut. Puasa ni peluang untuk tewaskan nafsu. Jasad dah lemah sebab tak makan, tapi nafsu sangat kuat ajak kepada keburukan. Sebab apa? Sebab dalam hati kita tak fikirkan penyucian. Kena sucikan diri dengan taubat. Agar nafsu pun longlai dan lembik. Kena jauhkan diri dari maksiat, agar nafsu pun jadi kering."

Saya terus termenung panjang. Mengenangkan seharian Ramadhan yang baru dilalui. Masih bersisa 29 hari Ramadhan. Mampukah saya melakukan penyucian jiwa?

Jiwa yang suci yang mampu menewaskan nafsu.

Ya, jiwa yang suci.

Suci dengan zikrullah.
Suci dari maksiat.
Suci dari dosa.

Terlalu jauh untuk di kejar, tapi tidak mustahil untuk terus mengejar.

Ramadhan, kedatanganmu benar istimewa buat diri. ;)

Ada yang menganggap puasa adalah bulan terbaek untuk turun berat badan dan mengempiskan perut.

Err, buleh juga untuk medical purpose. Tak jadi masalah.

But, dalam masa yang sama kita pun kena work hard untuk 'shape' kan iman kita, taqwa kita kepada Allah Taala. Jangan eksaited nak 'shape' perut dan body, tapi terlupa iman yang ada dalam hati. ^^

Muhasabah bersama.

Mari jadikan Ramadhan ini yang terbaek diantara yang terbaek.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.