Sebelum ni pernah menyambut Ramadhan ni Kuala Kubu Bharu. Itu first time sambut bukan dengan family.
Next sambut di Petaling Jaya. Dua kali meraikan Ramadhan di Petaling Jaya. ;)
Btw, seronok puasa di Petaling Jaya. Macam-macam kenangan ada. Yang paling best, iftar RM1 di AMF. Kat sini mana nak cari. ;)
Dan ini, buat kesekian kalinya, bermusafir lagi di bulan Ramadhan. Walaupun cuma seminggu berpuasa di bumi Kuantan, tetap nak enjoy the situation very well.
Selepas solat Maghrib, sempat menghabiskan beberapa helai nashkah Resm Uthmani. Kemudian terus bersiap ke Masjid Afzan. Lovely Mosque. As favaurite mosque. Classmate siap cakap macam ni,
"Kak Husna mesti nak pergi Masjid Afzan kan?"
"Weh, vice president Masjid curang. Terawaih pun kat Afzan."
I cant deny. Afzan sangat best. Bukan saja nostalgik, but i just feel like home. ;)
Sampai je di Masjid Afzan. Pergh. Ok,fine. Ramai sungguh orang. Terpaksa parking depan TAJ. Kebetulan memang niat nak beli makanan sahur terus.
Seorang diri bukan satu perkara yang baek. Lebih lagi bila nak lintas jalan di waktu malam.
Rabun malam tambah silau menyebabkan hampir sepuluh minit saya berdiri di tepi jalan. Kereta laju, cuak nak lintas. Akhirnya terpaksa tunggu ada orang yang nak melintas juga baru lintas jalan.
Masuk saja masjid, dah penuh. Tapi alhamdulillah, masih dapat saf yang paling akhir dalam masjid. Ada orang terpaksa buat saf belakang dan sebelah luar masjid.
Sungguh, ramai macam hari raya. ;)
Hidup sungguh masjid Afzan malam ni. Tak pernah lagi jadi begini. Mungkin ini kali pertama saya merayakan Ramadhan di bumi Kuantan.
Tapi tadi Imam Masjid siap habaq lagi, dia pun terkejut kot dengan tetamu masjid malam ni.
Saya cuma menunaikan 8 rakaat terawih. Kemudian terus balik untuk dapatkan makanan sahur. Tercari-cari juga mana moreh. Stendet budak U. Ada moreh, jimat duit sahur. ;)
Meriahnya terawih di Afzan. I gonna miss it. Rugi sapa yang tak dapat merasa.
Yeah, even it might not macam Qaryah Ramadhan di Kelantan. But, as it is Kuantan, it is wonderful. ;)
Seronok cari pengalaman. Dah lama tak sahur sensorang. Dulu kat PJ, sahur dengan kurna tiga biji kemudian minum air mineral. Tapi sekarang zaman dah berubah. Gastrik makin teruk. Kalau tak sahur, esoknya puasa lepas Zohor muka jadi macam mayat hidup. Thats too bad. ;(
Pernah kat rumah terpaksa berbuka puasa sebab gastrik teruk sangat. Of course tanak benda yang sama berlaku. Rugi tau tinggal puasa di bulan Ramadhan ni. Kalau boleh, seminit pun kat bulan barakah ni, tanak dibazirkan with something fishy. ;)
Kalau boleh, nak isi dengan pahala, amalan soleh dan kebaekan je setiap masa. Semoga berjaya!
Tak sabar nak officially launch suasana Ramadhan di bumi Kuantan esok pagi.
Nak sedut udara segar Ramadhan pagi-pagi lagi. Dengan penuh rasa syukur sebab diberi ALLAH peluang bertemu tetamu Ramadhan yang sangat istimewa. ;)
Allahu Allah, terima kasih atas nikmat yang cukup indah ini. ;)
Alhamdulillah.
^^
No comments:
Post a Comment