Kerana manusia itu tidak sempurna.
Sentiasa tidak lekang dengan kesilapan.
Mencintai manusia akan sentiasa membuatkan kita terluka.
Dan kecewa.
Terkadang aku tertanya-tanya.
Apakah yang membuatkan seorang kekasih setia pada kekasihnya?
Sering benar aku melihat sahabat perempuanku menangis kerana kekasih hatinya.
Malah sanggup berkorban pelbagai untuk kekasih hatinya.
Aku jadi tertanya sendiri.
Mencintai manusia itu tidak salah.
Asalkan kasih kita pada si dia tidak melebihi cinta kita kepada yang Esa.
Yang menjadi tanda tanya dihatiku,
kalau benar berkasih itu kerana ALLAH,
kenapa jalan yang dipilih dimurkai ALLAH?
Aku tidak tahu jika seorang perempuan itu tidak berdosa jika bergayut dengan kekasih hati.
Yang aku tahu, ianya berdosa.
Malah ditegah oleh agama seandainya suara wanita dimanja-manjakan dan tiada urusan penting antara mereka.
Aku tidak tahu jika kasihmu pada manusia bisa menggadai peraturan Tuhan manusia.
Aku benar tidak tahu.
Yang aku tahu,
jika kasih,
pasti mahu sama-sama ke syurga.
Jika cinta,
pasti mahu pimpin tangan bertemu yang Esa
dalam keadaan yang paling istimewa.
Aku terkadang curiga.
Kenapa manusia memilih cinta yang tidak halal.
Sedangkan ia tidak menguntungkan.
Malah cuma memberi beban.
Beban yang bagaimana?
Apa kamu tidak tahu apa bebannya?
Bebannya,
setiap dosa itu satu persatu, kecil ke besar,
semuanya dihitung Tuhan.
Dicatit pencatitmu kiri dan kanan.
Bukan dicatit semata-mata,
malah setiap tindakan tersebut,
dibalas dengan yang selayaknya.
Jika pahala, nikmat.
Jika dosa, azab.
Itulah bebannya.
Apa sanggup kamu menanggung azab seksa Allah semata-mata demi seorang yang kamu cintai di alam yang sementara ini?
sedang cinta itu tidak kekal.
Berapa ramai yang bercinta bagai nak gila,
tapi bila sudah tua,
rasa cinta hilang entah kemana.
Tak perlu tunggu tua,
setahun dua,
hubungan cinta dah mula hambar.
Kasih sayang telah disambar.
Engkau tahu siapa yang menyambar?
Nah, itulah bahang neraka.
Yang digelakkan syaitan.
Berhentilah becinta yang tidak halal.
Susahnya teramat mencintai manusia.
Melainkan mencintai manusia mengikut yang disuruh Tuhan.
Tuhan suruh kita mencintai sahabat kita.
Mencintai saudara mara kita.
Mencintai keluarga kita.
Mencinta para guru kita.
Mencintai yang halal.
Itulah yang selayaknya buat manusia.
Bukan mencintai yang membawa murka.
Bersabarlah menunggu yang halal.
Kelak pasti akan tiba waktunya.
Andai bukan didunia.
Di syurga nanti tak terhitung nikmatnya.
Yang penting,
harus terus dan terus bersabar.
Menunggu penuh iman.
Insya ALLAH.
Allah tidak akan mengecewakan hambaNYA yang sanggup meninggalkan dosa keranaNYA.
Allah sentiasa ada, buatmu yang merindukanNya.
Semoga yang menjaga cinta, sentiasa terjaga.
Semoga yang menjaga cinta, dirahmati yang Esa.
Semoga yang menjaga cinta, dipertemukan cinta yang teragung buat manusia.
Semulia cinta Muhammad buat Khadijah.
Bersabarlah.
Sementara itu,
bercintalah dengan Yang Maha Esa.
Yakni Allah yang perkasa.
Itulah kecintaan yang hakiki.
Bercintalah dengan ALLAH, sampai akhir usia.
Sampai merentasi alam manusia.
Sampai syurga. ^^
Tinta permata,
Husnataqwa.
Penunggu cinta halal. ^^
No comments:
Post a Comment