♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 13, 2013

Year Two, completed!

Alhamdulillah. Tepat pukul 3 petang tadi, saya berjaya menghabiskan semua course-requirement untuk semester tiga, tahun kedua ini.

Dengan lafaz ALHAMDULILLAH, saya memandu pulang ke Tabari. Memandangkan bulan puasa, tidak dapat memanjakan diri dengan sepotong Secret Recipe mahupun sepaha ayam KFC. Mungkin boleh ubah cara untuk manjakan diri di bulan Ramadhan, iaitu baca Quran sampai tertidur. ;)

Senyum. Walaupun tidaklah sempurna, tapi ketidaksempurnaan itulah sebenarnya kesempurnaan Kalau semuanya sempurna, itu pelik namanya.

Memandangkan ada junior yang bertanya. What does make the clinical practice sound tough?

Pendapat peribadinya, tidaklah tough mana. Tetapi suasananya berbeza berbanding semester biasa. Perbezaan itulah yang mungkin membuatnya menjadi sedikit tough.

Pengalaman posting sejak first year sangat penting. Sebab sekurangnya tidaklah terlalu shock dengan apa yang berlaku. At least, kita familiar dengan suasana hospital. Penting tu. ;)

The routines come out. Bangun pagi sebelum pukul 8 dah kena terpacak depan gate hospital. Late punch card akan ditolak markah. Teringat zaman first year dulu, pukul 7 pagi saya dah gerak ke hospital. Punch card pukul 7.20 pagi kot. Punyalah bangga dapat punch card awal. Reputasi beb. ;)

Tapi sekarang, sejak dah dewasa ni, 7.50 pagi baru punch card. Ehhe. ^^

Tapi ada satu yang tak pernah berbeza, iaitu punch out card. Memang tepat pukul 5 petang saya punch card. Paling lewat pun 5.02 petang. Tu pun sebab beratur nak tunggu giliran nak punch card. Kalau tak, confirm tepat 5 petang jugak. ;)

Yeah, its tough. Stendet la jadi student yang sedang nak belajar. Kita banyak tak tahu, tapi kita kena buat. Ada benda yang kita tak pernah buat, tp kita kena perform. Ada yang sudi ajar kita, tapi kadang-kadang kita hanya dipandang sinis dan disuruh buat apa yang kita belajar. Bukan semua staff dalam hospital tu berhati mulia. Yes, some of them memang baik dan berjiwa guru. But some of them, like a ghost. Yang macam boleh muncul dalam mimpi tidurmu. So scary!

Kena jerit, kena tengking, buat salah, itu normal. Saya, sebelum start praktikal, i said to my mum,

"Orang semua takut nak gi praktikal. Takut kena marah. Kakak nak set dalam minda kakak. Kalau kena marah takpe, kakak memang nak belajar. Dan kakak akan terima orang marah dengan senyuman."

Hence, its did work ok!

Memang orang marah, saya steady je. Sebenarnya its depend how we control our emotions. Ingat pesan Nabi, orang yang marah ni orang yang ALLAH tak suka. SO setiap kali kena marah, kita lihat orang yang marah kita dengan pandangan simpati. Kata dalam hati, "kesian dia tak mampu tahan rasa marah.."

Walaupun its sound not fair, tapi tak pe. ;)

Saya tak pernah lagi kena marah jerit-jerit atau tengking-tengking setakat ni. Kena tegur tu memang mustahil tak pernah. Selalu kena tegur. I did mistake because i am a learner. I am a student.

Alahai, diorang dulu-dulu pun student juga, pernah buat salah juga. Bukan beranak-beranak terus pandai dan terror buat case. So, just take it in positive way. ;)

Bila jadi student, kerusi tempat kerja tu adalah satu nikmat yang cukup besar. Memang nak duduk pun cuak kot.

Ada kawan saya yang bila duduk je, terus kenna perli. Padahal takde patient pun waktu tu. Nonsense la nak berdiri macam patung tepi dinding.

Kalau perkara itu terjadi pada anda, ikutkan saja. Kalau kena berdiri, berdirilah. Kalau rasa penat, pergi toilet dan duduk kat toilet. I did it. Hehe. Sebab penat, tak tahan. Saya bukan jenis boleh tahan berdiri lelama ni. ^^

Saya ada tips juga nak share. Kena pandai buat muka innocent. Kalau kena marah, buat macam, "Ohye? Tatau pun. Sorryyy.."

KOnfem orang tak jadi nak marah. Yang penting, awal-awal lagi admit kesilapan kita. Jangan nak pertahankan benang yang basah. ;)

Eh ada tau saya jumpa sorang student ni. Dah buat salah, tapi tak nak mengaku. Siap salahkan staff lagi. Memang kena tikam hentam henyak habis-habisan lah oleh staff. Haa, menjawab, menjawab.

Itulah situasi yang buruk yang berlaku di hospital. Yang saya sendiri tak tahu till then those things will remain.

Saya teringin juga nak ubah situasi. Tapi saya tak bercita-cita nak berkerja di hospital. Saya lebih suka memilih untuk menjadi pendidik. May be by that way i will train my future student to be align with islamic teaching. Insya ALLAH. Ameeen. ;)

Dalam clinical practice ni, we need to complete a lot of course requirement. Ada assesment. We need to complete 3 assesment in 3 weeks. Complete with 3 portfolio and 3 critique session. Memang tough dan nyawa-nyawa ikan je rasa.

Bayangkan every week, kita kena run cari kes dan buat assesment. Dah siap assesment kena prepare pula untuk critique film. Then, kena siapkan portfolio. Memang tough and no rest at all. Bayangkan balik hospital pukul 5 tu memang penat tahap oktet dah. Nak stay up memang tidak lah. ^^

Rutin saya, saya balik pukul 5, saya haramkan diri sendiri dari tidur petang. Tidur petang ni melemahkan otak dan melemahkan badan. Saya akan berusaha by hook or by crook untuk tak tidur. Walaupun bilik memang sunyi dan semua orang tidur. Penat toksah cerita.

Selepas Isyak, saya akan siapkan sedikit demi sedikit untuk all the things required. Maksudnya prepare dari awal, supaya nanti kita tak kelam kabut. Then, by 1030 dah boleh tidur. And wake up early untuk hidup yang lebih baek dan bertenaga. ^^

Tahajud dan solat taubah sebelum Subuh jangan tinggal. Tu rahsia Allah sayang dan sekeliling makhluk juga akan sayangkan kita. Insya ALLAH.

Hari minggu merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Kalau tak kena rotate ke Temerloh, seronok sikitlah nak bercanda. Tapi kalau kena rotate ke Temerloh, terpaksa habiskan hujung minggu dengan travel. Dekat saja, tapi its just take some times and well-prepared.

Seronok sebenarnya hidup sebagai pelajar posting ni. We did enjoy our every tough day. Setiap hari macam-macam pengalaman kita dapat. Yang mana kita tak dapat pegalaman tu dalam kelas dan kat univeristi. We learn to know what happen outside of the university. Hence, yehah, this is what actually happen.

What is the important essence in the clinical practice?

Ukhuwwah. Yeah indeed!
Ukhuwwah dengan kawan sekelas sangat penting. Kalau tak de kawan sekelas, susah kot nak berdiri. We need to support each other.

So, thanks sangat to all my classmate Highrow Caliphs for all the support and courage. They did make my posting well through 3 weeks. Walaupun saya macam lone ranger dan suka sendiri-sendiri, i still need them and had enough time spent with them for this 3 weeks. ;)

After complete the 3 weeks posting, bersiap-siaga nak exam. Viva exam ni scary ok.

Kita tak guna pen dan kertas. Kita guna otak, mata dan mulut.

Really it is.

Orang yang kemahiran mendengar dan bercakapnya bagus, memang advantage lah untuk viva exam ni.

Seriously cuak. Ia macam ujian lisan.

Yang sangat menakutkan.

^^

Susah nak cerita, but it is. Scary.

Kita tahu, tapi sebab terlalu cuak, kita jadi tak tahu. Haha. Alasan.

Ok, i did enjoy all the weeks here. Esok dah nak balik kampung. Bermula pengembaraan sebagai seorang anak solehah pulak kat kampung nanti. For sure. Insya ALLAH. ;)

Sehingga kita bertemu lagi, insya ALLAH.

Doakan result yang akan keluar tak lama lagi adalah yang terbaek. yang boleh naikkan pointer walaupun seciput. Penting tu. ;)

Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla. ^^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.