Malam ini, hujan renyai-renyai. Seolah menangisi hari terakhirku di bumi Kuantan. Langit redup dan mendung. Seperti tahu, hatiku juga galau. Galau sebab rasa tak perform sangat exam tadi. ^^
Jemaah di masjid sudah berkurangan. Mungkin sebab hujan. Atau sudah ramai berpaling kiblat ke pasaraya ke? Oh, tidak. Belum sampai 10 malam pertama. Apa sudah tergoda iman kita dengan hari raya?
Kebiasaannya, jemaah sampai ke luar masjid. Tapi malam ni, saf di dalam masjid pun tidak penuh. Saya sedikit kecewa. Pesta ibadah di malam Ramadhan sudah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan seperti kebiasaannya.
Balik dari masjid, saya siapkan kereta. Kemas barang. Cek minyak brek, cek angin tayar, cek minyak hitam, dan cek air. Belajar menjadi perempuan yang berdikari memang menyeronokkan. Being tough is good enough. ;)
Sedang saya mengemas kereta yang agak berbau sebab akhir-akhir ini hujan. Kereta jadi lembab dan berbau. Saya memandang sekeliling. Sunyi. Tidak semeriah biasa.
Selalunya, pukul 12 malam, saya pulang dari meeting. Ada yang menemani. Beli aiskrim Mat Kool di Kiosk Maman Kemudian menatap langit yang kadang-kadang berbintang, kadang-kadang suram.
Saya jadi tersenyum sendirian. Teringat perbualan kami yang kadang-kadang tak masuk akal. Kadang-kadang menggeli-hatikan. Kadang-kadang penuh tawa gembira.
Indah sungguh rasanya saat bersama mereka. Melukis masa hadapan yang tak tahu bagaimana.
Saya jadi rindu pada mereka. Entah apa yang mereka buat sekarang. Di rumah dan bersama yang tersayang. Tentu mereka sedang gembira dan riang.
Sedang saya disini, sedang terkenang. Semua memori indah dan kelam bersama kalian. ^^
Saya memandang ke hadapan. Dan mendongak ke langit hitam. Hujan masih renyai.
"Tenure depan, entah macamana kisah kita. Seperti dulu.. Atau lebih baik.. Atau bagaimana.."
Monolog saya sendirian.
Sudah tentu kita mengharapkan yang lebih baek. Sudah tentu. ;)
"Tenure depan.. Dah tahun tiga. Dewasanya kita.." monolog saya berlanjutan.
Saya capai telefon bimbit di dashboard kereta. Saya menaip, "Wish u all here. Draw our future. Haha."
Tapi saya memadam semula tulisan itu. Dan mengunci semula telefon bimbit. Bukan tidak mahu menghantar khabar dan harapan. Tapi.. Biarlah doa yang menjadi perantaraan. Moga kalian disana baek-baek saja hendaknya. ^^
Seputar kenangan lalu bermain di minda. Saya kerap tersenyum sinis. Terlalu banyak yang manis. Namun, manis itu kini hanya tinggal sebagai kenangan lalu. Yang mendatang, boleh jadi tidak semanis semalam. Boleh jadi lebih pahit dari sebelumnya.
Apapun yang bakal terjadi akan datang, semoga kita tetap bersama. Kelam mahupun tenang. Kita mesti bersama. ^^
Keadaan sekeliling cukup sunyi.
"September.. Kalau nyawaku masih ada, kita bertemu lagi, Kuantan. Kalau aku sudah pulang pada Pencipta, tentu ada yang bakal penyambung perjuanganku disini.."
Mataku mula berair. Sebak hatiku. Entah apa yang mendorong rasa sebak ini. Subhanallahi Wal hamdulillah. ^^
Teringat kata sahabat,
"Tenure depan, banyak benda yang akan berubah. A lot of thing! Sure. Kita kena bersedia dengan apa saja kemungkinan."
Ya, memang banyak yang akan berubah. Tapi semoga hati kita tidak berubah. Biarlah keadaan berubah. Jangan prinsip kita yang tergugat. Biarlah situasi sekeliling kita berubah. Jangan hati kita dilanda bah.
Allah benci hambaNya yang takut pada sesuatu yang belum pasti. Bisik iman ke dalam hati.
Ya, kenapa harus aku takut. Aku ada ALLAH yang akan sentiasa menemani.
Ibarat seorang kanak-kanak yang mahu melangkah ke alam dewasa. Itulah transisi yang sedang aku rasakan.
Menjadi lebih dewasa. Taklifan dan impian lebih berat tergalas di bahu.
Tegas, perancanganku mesti lebih rapi.
Tindakanku mesti lebih cergas.
Aku mesti berlari pantas.
Sepantas masa yang berlalu.
Doakan pengembaraan ini.
Diberkati rahmat Ilahi.
Meski apapun yang terjadi,
Hati ini mahu terus berbakti.
Hati ini akan tetap menabur budi.
Hati ini akan tetap berimaginasi.
Aku mahu sampai ke puncak tertinggi!
;)
Selamat tinggal, Kuantan.
Semoga kita bertemu lagi di bulan Lapan.
Semoga pertemuan kita dalam keadaan yang lebih baek dan membahagiakan.
Kuantan, i love the way it is. ;)
yeah, it is. ^^
No comments:
Post a Comment