Dan setiap kali itulah saya berdoa, "Ya Allah, sampaikan hajat dan impianku. Permudahkanlah urusanku."
Sambil pejam mata, dan bayangkan tengah ada di airport pegang tiket nak fly ke Australia. ;)
Kemudian bayangkan tengah ada dalam flight dan borak dengan orang sebelah yang baru berkenalan dalam flight. ^^
Then bayangkan lagi tengah tarik beg besar, masuk rumah sewa di Australia. And then start a new journey as a student. ;)
Subhanallah. Semoga ia jadi kenyataan dan semoga perancanganku selari dengan perancangan Allah. ^^
Sekarang, berbekalkan pesanan kak Hanisah Mohadis, dah start survey university dan course yang ditawarkan. Kata Madam Narina, start sem 1 year 3 nanti, detect kat scope mana diri kita lebih cenderung. Bukan saja minat, tapi boleh survive well dapat scope tu. ;)
Insya ALLAH. Solat hajat saban malam dan doa berterusan tidak memadai andai tidak disertakan usaha yang setimpal. Mohon doa dan sokongan semua. ;)
Saya bertanya kepada seorang ustaz, "Ustaz, saya ni gilakan dunia ke? Rasa nak sambung belajar oversea,ambil master selepas habis degree.."
"Kenapa gilakan dunia? Sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia berilmu. Husna menuntut ilmu kan? Pastikan ia selari dengan syariah Allah, insya ALLAH pahala dan akhirat untuk Husna."
Gembira dengan jawapan dan motivasi ustaz. Alhamdulillah. ^^
"Ha, ni nak gi sambung belajar, nak kawennya bila?" soal Ustaz pulak. Adeyy.
"Ha, mana yang sanggup ikut pergi Australia, kira ok lah tu ustaz. Kalau tak, jadi Rabiatul Adawiyah. Hehe."
Orang sibuk duk post gambar kawin dalam FB. Kita yang bujang pun tergugat. Natijahnya, jangan buka FB sepanjang Syawal ni. Kalau tak, asyik terbakar hati, terasa nak kawin dan sebagainya. Bahaya virus Baitul Muslim ni. Adeh. ^^
Semgoa ALLAH melorongkan jalan yang paling indah dan baik untuk aku, agamaku, perjuanganku, duniaku dan akhiratku. Allahumma Amiiin. ;)
Mohon doa kalian semua.
Mesir, doakan mereka juga. ^^
No comments:
Post a Comment