♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, August 08, 2013

Eidulfitri 2013 : Sangat bermakna

2010 merupakan aidilfitri terakhir kami berkumpul bersama. Kebetulan waktu itu majlis pertunangan kakak.

Sekarang, selepas pelbagai susah senang, jerih perit yang berlaku, 2013 menyaksikan penyatuan semua adik bradik, ipar duai dan anak saudara.

Alhamdulillah.

Itulah istimewanya hari raya tahun ini. Besarnya rahmat Allah yang menghimpunkan kami sekeluarga penuh mahabbah mawaddah warahmah. Semoga rasa bahagia ini menuntun kami semua ke syurga Allah kelak, allahumma amiin.

Sesekali saya terfikir, apakah masih ada raya akan datang buat kami raikan penuh cinta seperti tahun ini?

Mungkin ada antara kami yang lebih awal dipanggil menghadap Rabbul Izzati. Kala itu, tentu detik yang terakam kali ini tidak berulang lagi.

Aku berharap, jika ada antara kami yang pergi bertemu Allah lebih awal, moga orangnya itu adalah aku. Kerana aku tidak mampu membayangkan perit dan beratnya ujian perasaan kehilangan ahli keluarga yang tersayang.

Oleh itu, aku benar-benar menghargai setiap detik bersama mereka. Penuh tawa, gurau senda, hikmah dan perkongsian yang pasti aku akan rindu pada semuanya nanti.

Tetamu yang datang berkunjung hari ini terkena tempias bahagia kami. Semuanya riang gembira, malah tetamu tak putus-putus kunjung datang. Terjelepuk aku keletihan melayan mereka yang bertandang. Namun hilang rasa penat letih itu bila tersenyum ketawa dengan ahli keluarga penuh cerita. Alhamdulillah.

Aku membayangkan masa depan. Sesuatu yang indah aku bayangkan. Aku bayangkan kami sekeluarga diberi peluang untuk terus merayakan Eidulfitri bersama. Memang bakal ada penambahan ahli keluarga tahun depan. Sebab kakak tengah mengandung. Hihi.

Sering ditanya pertambahan menantu, namun soalan itu cepat dijawab ibu. Ada saudara yang berusaha menjodohkan aku dengan sesama keturunan kami, iaitu keturunan Tok Bako'. Ibu Ayah diam membisu sampailah didatangi dengan hajat di pagi hari raya. Keras mereka menolak dengan alasan lebih senang aku memilih sendiri calonku. Hah, jodoh pilihan keluarga? Kahwin paksa? Drama je semua tu! Now i know, tak mustahil ianya berlaku. T.T

Aku begitu senang dengan pendekatan kedua orang tuaku. Tambah lagi, mereka cukup tahu keinginanku serta perancanganku untuk menyambung pengajian ke luar negara. Mereka juga meyakini fikrahku dan tanggungjawabku memilih pasangan dalam kalangan fikrah yang sama. Trauma di pagi hari raya sampai termenangus dibuatnya. Ini memang kenangan paling menakutkan. Tambah lagi diusik tak henti oleh abang kakak. Ampun, memang seram.

Tempoh masa setahun yang diberikan ibu ayah bukan tempoh yang lama untuk aku membina diri dengan jayanya. Sehingga aku terfikir untuk meluangkan dua hari satu malam untuk menyiapkan pelan pembinaan diri satu tahun (should i named it PEMDISAT). Ok,berangan je banyak. Abang kata, satu tahun tidak lama, harus manfaatkannya dengan penuh kualiti. Tersenyum. Ya,satu tahun itu benar tidak lama. Moga ada keberkatan pada mengisinya dengan kebaekan. Seram sejuk bila ahli keluarga berbincang dengan serius mengenai kita. Perasaannya memang undefined.

Dalam hidup ini,banyak benda yang akan selalu berubah. Tapi hakikatnya, ia tidak berubah. Memang itu takdir perjalanan kita. Cuma, yang berlaku perubahan itu, apabila yang kita rancang tidak sama dengan percaturan Allah yang Maha Hebat!

Sepanjang Ramadhan, antara yang saya kerap minta dengan Allah adalah supaya yang saya rancang selari dengan percaturanNya. Amiiin. ;)

Alamakk, banyak pulak tercerita. Tadi ingat nak hapdet sikiiiit aje. Uhh.

Hari ini juga jadi istimewa bila diziarahi sahabat baek sejak zaman sekolah. Dia satu satunya kawan yang aku still keep in touch very nice sebab kami bestfriend sejak firm three lagi. Sampai sekarang. But since dia dah kawen, hubungan kami agak sedikit terbatas. Saya sangat berharap, siapapun bakal suami saya kelak, beliau tudak menghalang kehidupan sosial saya. Dan saya, sebagai isteri yang bercita-cita jadi solehah berjanji tak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri meskipun bersosial. Err, apakah ini. Mengarut. Zzz.

Its better to shut off daripada terus mengarut. Hari ini memang kepala ni berselirat fikir benda yang pelbagai dan luar kotak! Campur pulak dengan penat badan. Memang jadi mengarut. T.T

Semoga Allah jadikan esok lebih baik dari hari ini dan semalam adalah pengajaran yang istimewa buat diri.

Eidulfitri tahun ini memang beri ibrah ysng istimewa untuk aku. Aku mahu terus gagah memburu sebuah kehidupan yang baek dunia dan akhirat. Amiin.

Entah kenapa semangat berkobar waktu tulis semua ni. Semoga Allah tuntun aku menjadi hamba yang melaksanakan apa yang dirancang. Bukan sekadar menjadi the best planner, but also the best performer. Mohon doanya,ya!

Semoga Allah berkat!

Sehingga bertemu kembali. <3

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.