♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, September 26, 2013

3rd weeks of year 3

Alhamdulillah.

Walaupun hidup ni tak dapat lepas dari ujian, namun ketenangan menghadapi hidup itu adalah anugerah yang cukup berharga dari Tuhan.

Bersyukurlah sentiasa! ;)

Nothing much yang nak share.

Since tahun tiga merupakan serious year to focus, saya dah tak banyak main (atau baca tidur). Strictly set masa untuk tidur hanya pukul 1 pagi - 5 pagi dan qailulah 12.30-1.00 petang. Selain waktu ni, strictly no sleep. Sebenarnya cikgu saya kata, kita boleh buat. Jadikan tidur pada waktu tertentu adalah disiplin.

Elakkan tidur petang. Sebab ia boleh buat otak kita jadi lembap. Eh ye ke?

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Tapi, some people might say ni hadis dhaif (lemah) dan palsu. Saya tak pasti, saya bukan ustaz. Tapi me myself strictly prohibited myself daripada tidur selepas Asar.

Sebab pengalaman sendiri, bila tidur lepas Asar, otak jadi jem bila bangun. heh. :p

Sebut pasal Ustaz ni, pernah beberapa orang (yang saya tak kenal), PM saya di FB, bertanya macam-macam jenis soalan. Kalau soalan simple dan yang saya pernah belajar, saya cuba jawab, tapi sometimes soalan tentang mati syahid, ASB, dan macam-macam lagi, saya tak mampu jawab. Ada orang reply,

"Eh ustaz pun tak boleh jawab ke soalan ni?"

Saya garu kepala. Bila masa saya jadi Ustaz? Zzzz

Pernah sekolah agama dari form 1 sampai form 5. Tapi tu bukan good scale to measure lah kott..

Masuk DQ untuk hafal Quran jah. Bukan belajar tafseer Quran. So, memang jauh sangat dari status Ustaz.

A lot of misunderstanding did occur sebab nama 'Abdullah Hanzalah.

Ramai orang desak suruh change the surname. But i refused. Rasa macam best je nama tu. Kan kan? ;)

Seriously subjek year 3 ni mmg berat. Sampai bawak beg gi kelas pun lebih berat dari tahun-tahun sebelumnya. Hah~

Tough tapi enjoy,. Sebab tahun tiga ni, kita dah tahu dah the best way untuk study, untuk score. So, this is the moments untuk terus meningkat di persada akademik. ;)

Oh. macam mengarut. Yes, it is. ^^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.