♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, September 24, 2013

Handphone waktu kelas.

Saya mudah hilang fokus selepas satu jam kuliah.
Masuk kelas, dah niat seksiap. Aku nak fokussss!

Tapi selepas sejam, heh. Tangan mula jenguk henset. Mata pula jeling tablet.

Waktu jahil dulu, dalam mass class (kelas yg seratus student dlm satu hall), saya siap mampu hapdet blog lagi. Tak pun baca majalah Solusi. Heh. Jangan tiru aksi ini!

Up to one time, tengah belajar dalam kelas, dapat mesej dari lecturer.

"Salam. Where are you right now? Can yo come and see me at my office?"

Then, i did reply like this selepas je dapat rasa vibrate mesej,

"Sir, saya dalam kelas ni. Habeh kelas sejam lg kott. Nanti saya jumpa sir ya."

Then he replied,

"DALAM KELAS PUN REPLY MESEJ? HOW U FOCUS? STOP DOING THIS BAD HABIT!"

Hoh, kantoi.

Rasa nak tampar diri sendiri.

Tapi yang lagi lawak, i did reply again,

"Sorry sir. Mengantuk tadi. Kebetulan tengok henset. Sorry.."

Yang lagi rasa malu sebab sir reply,

"STOP REPLY SMS! Husna, focus on your lecturer please. Mengantuk pun tengok muka lecturer. Behave."

Adehh. =.=

Pengajaran terbaek.

Mari jadi pelajar yang fokus. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Muhammad Zul Fahmi said...

bagus lecturer tu. tergelak jugak saya baca cerita akak ni..hi..hi..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.