♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, September 29, 2013

Dapat pahala tak?

Hari Ahad, saya khususkan untuk melepak di library. Azam nak jadi best student tak mungkin terrealisasi kalau tak usaha selayaknya.

Library UIA akan tutup pada waktu lunch dan Zohor. Atas alasan nak galakkan student memeriahkan masjid untuk solat berjemaah.
Menyahut seruan UIA untuk menjadikan masjid CENTRE kepada pelajarnya, maka saya memandu perlahan ke masjid untuk menyambung aktiviti melepak. Eh,macam tak sesuai pulak melepak di masjid, iktikaf lagi sesuai kot, dapat pahala pulak tu.

Keadaan masjid yang sunyi tanpa manusia (malaikat mungkin memenuhi ruang masjid), membuat saya terlelap sementara menunggu Zohor. Qailulah boh,dapat pahala.

Lantunan muzik Sungai Lui dari Sony Xperia menandakan ada panggilan masuk membuat lelapan saya terganggu.
Nombor yang tidak dikenali.

Rupanya ada seorang sister memaklumkan bahawa beliau terlanggar kereta saya sewaktu parking di Tabari,pagi tadi.

"Eh yeke? Tak perasan pun." Saya memang tak perasan. Tapi agak terkejut. Saya risau. Almaklumlah, walaupun ia cuma sebiji kancil, ia adalah amanah dari ibu. Amanah ni maksudnya kena jaga baek-baek. Macamana keadaan kereta tu waktu diamanahkan pada kita,keadaan begitulah kita kena pulangkan nanti. Bonet kereta yang kemek dua tahun dah,belum saya repair.

Saya memilih untuk bersabar. Saya kata pada org yang menelefon, saya akan tengok dulu keadaan kereta. Bukankan bersabar itu pahala disisi Allah?

Selepas solat, saya turun untuk memeriksa keadaan kereta. Eh,apa yang tak kenanya? Semuanya macam ok. Saya abaikan. Sehinggalah sewaktu nak buka pintu, baru perasaan ada sedikit kesan calar di dinding kereta. Saya senyum. Sikit sangat cederanya!

Memandangkan segala makhluk dalam perut sudah bergendang gendut minta diisi haknya,saya singgah di kafe. Mengisi perut yang lapar adalah juga amanah. Kalau tak makan, lapar. Nanti sakit. Kesihatan ni amanah buat kita,kan? Jaga amanah, dapat apa? Dapat pahala!

Saya memilih untuk menjamu mee kari. Risau sekiranya mengambil karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan rasa mengantuk mengganggu aktiviti seterusnya di library. Saya menelefon Ibu. Menceritakan apa yang berlaku pada kereta.

Ibu terdiam. Saya mula risau. Mustahil Ibu marah? Rasanya jarang benar Ibu marah.

Ibu kemudian bersuara,
"Kakak ni.. Benda sikit pun jadi masalah. Sikit je tu. Biar jah la."

Saya mula sejuk hati. Huh, expected Ibu tidak marah. Sewaktu bonet belakang kereta kemek pun,Ibu tidak marah.

"Yelah Bu. Takkisah je. Dapat pahala tak?" soal saya bersahaja.

"Mestilah dapat. Memaafkan orang itu pahala. Berakhlak baik itu pahala. Bersabar itu pahala. Semuanya pahala."

Saya jadi termotivasi.

Ibu sambung lagi,
"Tak menyusahkan orang pun pahala. Kakak mudahkan urusan orang hari ni, nanti Allah mudahkan urusan kakak. Allah tu maha adil.."

Saya begitu teruja. Ibu memang berjiwa hamba!

Akhirnya saya menyelesaikan hak ke atas tubuh badan,dan bergerak ke library,menunaikan hak ke atas minda pula.

Saya mula terfikir, signifikannya sebuah pahala dalam hidup kita.
Sebelum ni,saya pun jarang benar kisahkan tentang pahala dalam kehidupan seharian.
Tapi hari ni saya mula mahu berubah.

Biar apapun yang kita nak buat, biar motivasinya adalah pahala.

Kita tidak masuk ke syurga dengan pahala.
Kita masuk syurga dengan rahmat Allah.

Tapi saya mahu 'beli' rahmat Allah,dengan pahala!

Mari kita sama-sama kumpul pahala. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.