♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 01, 2013

Menuntut tentang cinta

"Eh, ni Kak 'Abdullah Hanzalah kan?"

Saya yang sedang berjalan penuh confident menghala pintu otomatik library terus berpusing 180 darjah ke belakang. Senyum melihat dua sister sedang sengih panjang memandang saya.

"Haah. Datang studi ke?" soal saya berbasa-basi. Sudah tentu orang datang library nak study. Takkan nak tidur pula. Mustahil memilih library tempat untuk tidur, kesejukannya mencengkam tulang sum-sum!

Justeru itu, setiap kali ada di library yang sejuk, cara saya memujuk diri berbunyi begini,
"Takpe Husna, kena biasakan diri sejuk macam ni. Nanti kat Australia,lagi sejuk!"

Epik sungguh bunyinya. Malah,mungkin sarkastik. Hii. ;)

"Rajinnya akak datang library. Share sikit kak tip nak jadi student yang baek."

Ok,mari kita pengsan sama-sama. Student yang baek? Ce tanya lecturer,baek ke? Heh~

Untuk tidak mengecewakan mereka, saya berpesan sedikit, sebagai oesanan juga untuk diri sendiri.

"Ce adik beli buku Nik Madihah, yang best student SPM. Kalo nak tip,kat situ sesuai adik cari."

Mereka gelak. Terhibur barangkali dengan nasihat serius saya.

"Kelakarlah kak Hanzalah." kata salah seorang dari mereka.

Salah seorang lagi menarik lembut tangan kanan saya. Lantas berbisik kepada saya,

"Kak,saya nak kawin tak lama lagi. Bagilah tip sikit!" katanya serius.

Ok,ini lawak yang penuh epik.

Sepatutnya dia yang nak kawin, beri tips pada saya. Tapi ini sebaliknya yang berlaku.

"Akak tak kawen lagi dik." bisik saya dengan wajah serius. Siapa tahu mereka ingat saya sudah berkeluarga. Pernah ada yang menganggap nama Abdullah Hanzalah itu adalah nama gabungan saya dan suami. Tak kurang juga yang mengatakan nama tersebut adalah nama anak kami. Ini pun sungguh epik! Garu kepala sampai pening. ;)

"Tahu akak tak kawen lagi.." katanya segan silu. Saya pula yang jadi bersalah. Saya tidak suka mengecewakan orang,tambah lagi orang tersayang!

"Ce cerita kat akak, macamana awak boleh kawen dengan lelaki tu?" soal saya,selamba. Wajahnya bingung.

"eh, soalan akak ni epiklah! (perkataan baru yg saya belajar harini). Sebab cinta lah!" jawabnya,bersahaja tapi penuh yakin.

"Hoh, susahnya. Macamana nak tahu kita cinta ke tak kat dia?" soal saya,innocent.

"Akak suka warna apa?"

"Biru!"

"kenapa dalam banyak warna,akak suka biru? Kenapa bukan kuning?"

"Hentaaaa... Tak pernah fikir. Sebab chanteklah kot!"

"Itulah cinta kak. Kita tak tahu kenapa,taktahu apa sebab,tapi kita suka. Kalau boleh semua barang nak warna biru. Macam tu juga kalau boleh mana-mana nak ada dia."

Saya tergamam. Perumpamaan yang baek!

Saya sengih. Sengih tiga!

"Akak ni, kelakarlah!" saya anggap itu pujian,bukan sindiran berbaur sinis buat saya. Heh!

"Saya tengok tunang saya,saya rasa lapang. Dia tak hensem pun kak. Nak banding dengan brother kat UIA ni,ada yang jauh lagi hensem. Tapi sebab cinta, dia sorang je yang kita nampak. Yang kita rasa dia istimewa. Cinta tu kan rasa fitrah yang Allah bagi,kak." senyum lebar adik ini memberi penjelasan.

Saya angguk. Pengajaran yang indah.

Hidup ini, tak bermakna bila dah jadi senior,dah tamau pakai pendapat dan pandangan junior. Sikap tawadhu adalah keterbukaan untuk menerima pendapat orang yang kita rasa lebih rendah dari kita.

Saya senang sekali dengan perkongsian ini. Meskipun tajuknya tidak sesuai saya persoalkan dek kerana kekangan taklifat yang menggunung tinggi, membukit curam. Epik!

Tapi memandangkan umur kian meningkat, dewasa kian mendatang, sesekali seronok juga bercerita riang tentang keluarga muslim. Disamping gigih membedah isu semasa (perasan jah kebih ni), soal baitul muslim tetap essential buat kita semua.

Saya kurang mengerti bagaimana seorang wanita boleh mampu menunggu lelaki pilihan hati selama 8 tahun.
Jika begini ceritanya, benarlah ia kuasa cinta!

Takut sangat dengan perkataan CINTA. Sebab rasa tak layak nak bagitau saya cinta Allah,sedang masih ada hak Allah yang tidak tertunai!

Cinta manusia? Rilekss. Simpan dulu sehingga dia jadi halal.  kalau dah halal, hah berchentalah bagai nak rak pun, tade sape dah nak marah. Malah gurau senda dan kasih sayang suami isteri bernilai pahala.

Ingat nak tulis sikit,tapi dah jadi berjela.

Izinkan beta mengundur diri! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum..
Allahurabbi..sungguh baik perkongsian ini..
mabruk..^_^

Anonymous said...

oh adik-adik,
akak ni mmg terbaik punya student.
semua lect masuk kelas konfem sebut nama dia.
paling febret br zainul, br iqbal.
akk ni duk library sepanjang hari kuttt.

contohilah dia.

Anonymous said...

adik sy ni mmg hebat..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.