♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, September 22, 2013

Khilaf diri.

Andai aku jauh,
Dekatkanlah aku kembali.
Andai aku berkeras,
Tariklah aku sekuat hati.
Andai aku lari,
Kejarlah aku.
Jangan biar aku pergi,
Jauh dari perjuangan ini.

Andai aku khilaf,
Tegurlah agar aku tidak lemas.

Andai aku hilang,
Carilah aku.
Sehingga dijumpai.

Bawalah aku,
Pimpinlah aku.
Ke jalan yang sepatutnya aku lalu.
Yakni jalan yang menyambung perjuangan baginda.

Sesekali aku lalai,
Boleh jadi aku tergoda,
Dek indahnya godaan dunia,
Sehingga aku jadi buntu,
Hilang arah tuju.

Allah tempatku memohon petunjuk,
Meluah munajat,
Memanjat doa,
Moga mustajab.

Aku boleh jadi leka.
Boleh jadi alpa.
Boleh jadi lupa.
Boleh jadi gila.

Aku tidak mahu jauh,
Apalagi renggang,
Dengan apa yang aku sayang.

Aku sayangkan dakwah dan perjuangan ini.

Sentiasa.

Segala khilaf diri,
Aku mohon maaf.

Aku tidak memerlukan umpat keji,
Yang aku harap cuma nasihat dan teguran.
Itulah yang terpuji.

Aku tidak mahu jauh.
Apapun yang berlaku,
Bawalah aku bersama.

Aku mahu gagah,
Seperti dulu.
Saayku laungkan kata pembakar semangat,
Buat sahabat sebarisan.
Aku mahu tabah,
Seperti dulu,
Saatku berikan bahu untuk sahabat mengadu,
Meluah masalah.
Aku ingin berubah,
Menjadi yang lebih baek dan terbaek.

Buat beberapa ketika,
Beriku sedikit masa.
Untukku cari semula jiwa.
Juga cinta.
Ia tidak hilang.
Ia mungkin tenggelam.

Terimalah aku kembali.

Dalam dakapan perjuangan suci ini.

Terimalah aku,
Kembali!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.