♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, September 12, 2013

Minggu pertama di tahun tiga

Selepas habis Taaruf Programme, saya ambil banyak masa untuk merehatkan diri. Perlu kekuatan fizikal dan mental untuk melalui tahun tiga dengan penuh ceria.

Rehat bukan bermaksud goyang kaki. Tidak. Rehat disini bermaksud banyak bertafakkur dan mencari kekuatan rohani agar momentum diri terus meninggi meniti tahun. Mohon doanya.

Minggu pertama menyaksikan kesibukan yang 'boleh tahan'. Melibatkan diri dengan aktiviti di luar kelas adalah KEPERLUAN walaupun di tahun tiga ini saya berazam untuk memberi fokus lebih pada akademik. Fokus lebih di medan akademik tidak bermaksud melupakan agenda tarbiah,dakwah dan siasah. Apalagi ia adalah tugas tetap khalifatullah.

Saya melibatkan diri sebagai Mentor KAHS Family Club (KFC). Sedang diri sendiri bukanlah layak untuk jadi mentor. Tapi rasa yang agak tinggi untuk berkongsi dengan adik-adik mendorong hadirnya rasa volunteer untuk jadi Mentor. Berkongsi agar kehidupan adik-adik lebih baik dari diri sendiri. ;)

Semalam, gathering bersama department. A story by Head of Department, Br Halim did inspired me too much. Thanks for the sharing, Sir. Lepas ni jumpa dia nak habaq kat dia, "Sir, menarik kisah sir. Boleh buat buku. Biar saya jadi writter." ;)

Dalam hidup ini ujian itu adalah perkara biasa. Walau apapun yang terjadi pada kita, langkah kaki mesti terus dihayunkan. Usah rasa lemah dan putus asa.

Pada waktu cuti hari tu, saya ada pasang niat, untuk jadi student yang pendiam bermulanya tahun tiga. Ternyata ia bukan nature saya. Tak berjaya pun. ^^

Ala kulli hal, yang pastinya kita mesti sentiasa bawa diri kita ke arah yang lebih baik. Dari tahun dua ke tahun tiga, prestasi dan kehidupan kita wajib lebih baik. Mohon doanya.

Ada orang bertanya pada saya, kenapa saya terlalu teruja untuk ke Australia menyambung Master. Hakikatnya, itu adalah motivasi saya untuk sukses di bidang akademik. Dan ia juga cita-cita saya. Di bidang yang saya berada sekarang, saya tidak boleh jadi orang yang biasa-biasa. Saya perlu jadi orang yang luar biasa agar saya boleh mengubah apa yang perlu di ubah di bidang ini agar ia selari dengan syariat Islam. Saya berazam untuk menjadi somebody. Dan saya kira ia adalah fardhu kifayah buat kita sebagai seorang muslim yang memahami hakikat syariatullah. ;)

Lecturer saya mencadangkan agar saya bekerja terlebih dahulu sebelum menyambung master. Kerana itu lebih baik. Pengalaman bekerja adalah penting untuk survival ke peringkat yang lebih tinggi. Saya tidak dapat beri jawapan. Ianya berkait dengan perancangan kehidupan yang lebih detail untuk itu. Setakat hari ini, saya berazam nak menyambung master sebaik sahaja habis degree. Di mana, itu bukan persoalan yang besar.

Then, anak usrah tanya, bila nak kawin?
Perancangan ke arah itu belum ada yang tersusun.
Saya banyak merancang dalam bidang akademik.
Dalam urusan rumahtangga, saya lebih suka menyerahkannya kepada keluarga.
Macam nerd saja jawapannya. ^^

Jadi, segala gosip yang wujud itu diluar kawalan dan tanggungjawab saya.
Wallahu a'lam. ;)

Tahun tiga, semoga ianya baik untuk saya. Malah lebih baik. Dan saya berazam melakukan yang terbaik. ;)


Insya ALLAH, semoga perancangan kita selari dengan perancangan ALLAH. Bukankah sebaik-baik muslim adalam muslim yang menyerahkan segala urusannya kepada ALLAH? Pergantungan makhluk itu tidak lain tidak bukan hanya selayaknya kepada Al-Khaliq.

Mohon doanya. ^^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.