Kadang kadang, kita terlupa, ada blog yang perlu diupdate.
Terlupa bukan kerana ia tidak penting. Tapi jari tangan kaku menari di papan kekunci.
Biar aku mengambil sedikit masa, untuk bertenang dan mengukir senyum dalam fatrah tahun tiga ini.
Bukan stress, bukan sibuk.. Cuma sekadar mencari rentak agar aku tidak terkecundang!
Aku perlu bimbingan.
Bila ditanya soal perancangan, aku lepas tangan dan garu kepala yang tidak gatal. Usah didesak. Doaku buat Tuhan agarku ditunjukkan jalan. Amiiin.
Blog ini terlalu banyak mendamba idea dari pemiliknya. Bukan kontang dengan idea, cuma mahu banyak masa dengan Pencipta.
Memohon petunjuk agar langkah sentiasa dipanduNya!
Allahu Allah..
Sometimes life is very tough. But remember, we have Allah. Stay strong!
No comments:
Post a Comment