♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, October 11, 2013

Cuti Midsemester + Aidil Adha.

Jumaat yang damai.

Berpusu-pusu student bergerak pulang ke kampung masing-masing.

Sedang saya masih disini. Menunggu kepulangan semua orang sebelum bergerak pulang. Itu tandanya prihatin. ^^

Tanpa sedar, rupanya sudah separuh semester berlalu. Masih tercium lagi bau Taaruf Week 2013. Jamuan untuk komiti DNI pun belum sempat buat.

Pilihanraya Kampus sudah diumumkan tarikhnya. Berdebar hati saya untuk merasai bahang PRK buat kali kedua di bumi UIA.

Ibu sudah tidak sabar benar menanti kepulangan saya. Pelbagai tempat sudah dia ajak saya pergi.

"Kakak, nanti balik kita gi masjid sama-sama ya."

"Laa, Ibu pergi la dulu. Tunggu kakak balik lambat lagi."

"Takde kakak, tak best.."

Kalau nak makan pun tunggu saya,

"Kakak, adik ajak makan pizza. Nanti kakak balik kita pergi ya."

"Lah, kesian adik. Tak payahlah tunggu. Pergi je dulu. Nanti kakak balik kita makan benda lain pulak."

"Taknak lah takde kakak. Tak seronok."

Ya ALLAH. Gembiranya bila dengar Ibu cakap macam tu.

Gembira sebab rupanya kehadiran kita disisi Ibu sangat bermakna.
Alhamdulillah, walaupun ia bukan manifestasi anak solehah, saya tetap cukup gembira.

Saya tidak sabar untuk pulang. Menatap wajah ibu ayah kesayangan. Juga adik beradik yang keriangan.

Kalau boleh, bila balik ke rumah, saya mahu gunakan sepenuhnya masa bersama Ibu Ayah.
Nak ceriakan mereka, nak ringankan beban mereka..

Sebab bila dah balik UIA, hati rasa lebih senang untuk all out 'bekerja'.

Insya ALLAH,
esok pagi (sabtu) akan bertolak balik ke Kelantan.

Mesej Ibu tadi, bagitahu bertolak Sabtu pagi. memandangkan pada awalnya nak bertolak malam ini. Tapi disebabkan kerabunan mata, terpaksa tunda ke esok bagi.

"Jangan lupa singgah rumah mertua." Ibu balas mesej.

Kemudian, lama saya berfikir, apa maksud Ibu ni. Mertua mana ni?

"Mertua.. Kat mana rumah dia?" soal saya, bergurau.

"Lupe belum ada menantu nombor enam kihkihkih."

Saya tahu benar Ibu sedang bergurau.
Teruja menunggu kepulangan saya.

Atau teruja menunggu menantu yang keenam?
Tak mungkin.

Ibu pernah cakap,
"Takutnya kakak kawin. Nanti kakak dah tak boleh ceriakan keluarga kita lagi."

Ibu.. Ibu..
Sampai Syurga, kalau boleh kakak nak ceriakan keluarga kita.

Subhanallah, rindunya nak balik kampung!!!

Semoga  perjalanan pulang esok selamat dan dipermudahkan Allah.

Allahumma amiin. ;)

Cuti ni nak enjoy dan have a nice time with family.

Buku, saya tak menganaktirikan anak ya. Saya cuma sedang berlaku adil. Sila jangan merajuk ya, Encik Buku! ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum..
moga urusanmu dipermudahkanNya.
teringat pula mak ana..mak ana pun pernah ckp takut kalau ana kawin nanti..
moga kita sentiasa dpt bahagiakan makayah selagi ada masa.^_^

NJihe.am said...

Assamualaiku akak, moga urusan dipermudahkan.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.