♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, October 17, 2013

Rindukan DQ

Semua ahli rumah sudah masuk ke kamar masing-masing, tinggal aku sendiri di ruang tamu.

Remote control aku capai dan aku tekan ganas punat off untuk mematikan tv.

Langkah kakiku hayun ke bilik air. Satu persatu anggota wudhu aku siram dengan air dingin itu. Sejuknya mencengkam tulang sum-sum!

Aku menapak ke kamarku. Tangan kiri menekan suis kipas,tangan kanan pula menggapai Al-Quran biru di atas almari baju.

Helaiannya aku selak. Besar kenanganku dengan Quran ini. 18 bulan di DQ, kehulu kehilir dibawa ke segenap tempat. Diusung ke kelas, ke masjid mahupun ke kafe!

Aku berteleku. Bacaan Al Fatihah tamat, tapi aku masih tidak memulakan tadarus. Aku lihat di tepi katilku, sebiji meja kecil yang memuatkan gambar konvoku di bumi DQ. Aku tersenyum. Seperti segar saat itu berputar ligat di mindaku.

Darul Quran..

Aku jadi rindu pada pensyarahku, kelas tasmi, exam syafawi dan tahriri...

Ya,terlalu rindu!

Aku rindu untuk memperdengarkan hafazanku.
Aku rindu untuk berteleku di masjid kesayanganku.

Ya,aku memang rindu!

Aku rindu berjubah kelabu. Yang dulu aku rasa warnanya buruk.

Aku rindu waktu jubah adalah pakaian rasmi.

Aku rindu saatku tidak akrab dengan baju kurung. Apalagi blouse dan skirt. Allahu...

Aku rindu saat pergaulan dengan lelaki adalah ASING.

Aku rindu..

Aku rindu mahu menghirup udara tasik yang menenangkan.
Aku rindu selepas Subuh, berjalan beriringan menyelusuri tasik buatan.
Penuh harapan. Melakar impian!

Ya, aku ternyata dalam kerinduan yang mendalam.

Darul Quran....

Istimewanya ia dihatiku!

Aku semai impian.

Satu waktu nanti,
Tanah barakah itu mahu aku jejaki.
Dengan sahabat sejati.
Atau bersama suami mithali.

Aku ingin bawanya ke masjid,
Yang menjadi saksi mujahadahku,
Yang menjadi saksi kecintaanku,
Yang menjadi bukti keagunganNya.

Aku ingin bawanya ke tasik,
Biar aku genggam erat tangannya,
Supaya dia tahu,
Rindunya aku pada tasik itu.

Inginku pimpinnya di sepanjang jalan,
Akanku ceritakan kisah sweet sour ku,
Setelah 18 bulan aku menuntut ilmu,
Di bumi barakah itu.

Akanku bisik padanya,
Terima kasih kerana menemani aku,
Ke tempat paling bersejarah buatku,
Yang menyimpan jutaan memoriku.

Akanku bukti padanya,
Cintanya aku pada kalamNya,
Takkan ku persia segalanya,
Kerna impianku syurgaNya.

Insya Allah, suatu hari nanti.
Semoga Allah makbulkan! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Femmy said...

so touching. I love DQ students. kalau pergi bilik budak-budak DQ, rasa lain sangat. sukar digambarkan dengan kata-kata.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.