♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, November 11, 2013

Kuasa menulis

Saya, selalu berhasrat untuk menulis. Menulis sesuatu yang bermanfaat.
Lecturer pernah berkata, menulis di blog bukan langkah menulis yang betul. Nak jadi macam Hilal Asyraf, mungkin satu dalam sedekad!
Saya juga kerap dimotivasikan untuk menulis dengan penuh intelek. Bukan sekadar bermotivasi atas dasar logik.

Ya, sungguh saya teringin. Dulu, di zaman muda saya suka menghantar artikel di majalah. Rasa gembira teramat bila artikel kita dipublish. Rasa puas yang teramat!

Bukanlah riyak, tapi mengharap ada 'sesuatu' yang boleh dijadikan iktibar oleh pembaca.

Saya mengakui, saya sendiri kerap di'sentap' oleh tulisan-tulisan yang menyentuh hati.
Malah,sering termotivasi dengan tulisan indah yang menggamit jiwa.

Besarnya pahala orang yang menulis. Setiap kali tulisannya dibaca, orang laen beroleh kebaekan, kita beroleh pahala.

Menulislah. Apa saja yang bermanfaat untuk ummah.
Menulislah, apa saja yang mengingatkan manusia kepada Allah.
Yakinlah, semua itu bernilai ibadah.
Ganjarannya pasti cukup indah.
Ya,menulislah!

Satu impak yang besar jika orang di bidang healthcare, mampu menulis artikel. Mengaitkan bidangnya dengan Islam. Membawa orang di budang yang sama mendekati Allah.

Lihat saja Dr Farhan Hadi. Bagaimana tulisannya sekejap sahaja bisa jadi setaraf dengan penulisan Hilal Asyraf!

Lihat pula Dr Danial Zainal Abidin. Dikagumi setelah mengaitkan sains dengan Islam.
Hebat. Subhanallah hebat!

Saya teringin benar, andai diberi peluang, mahu serius di bidang penulisan.

Saya lakar peta hidup saya. Meskipun ia masih berterabur, saya tetap cuba agar muncul dulu kerangka perancangan. Memang terabur.

Mungkin selepas menyelesaikan master, saya boleh meluangkan masa untuk minat saya.

Saya ada cita-cita dan saya ada minat yang agak berbeza.

Cita-cita saya menjadi seorang pensyarah.
Hobi saya pula adalah menulis.

Mungkin, saya perlukan perancangan yang tersusun agar cita-cita dan hobi saya tetap seiringan beegandingan.

Kenapa memilih untuk menjadi pensyarah?
Ya, memang saya mahu menjadi academician. Oh ya, dulu saya berangan menjadi politician tau. ;(
Ada asbab yang tersendiri.
Apapun,mohon doanya!

Saya pernah dilabel sebagai orang yang gilakan publisiti
Mungkin ya.
Entah. Tapi publisiti itu bukan matlamat.
Tanpa publisiti,macamana kita mahu menyebarkan dakwah di abad ini?
Tetapi, ingat.
Bukan publisiti murahan.

Cuma,
Saya kerap kali terasa bila dilabel orang yang gila publisiti dari sudut negatif.
Saya cuma diam dan sekadar tersenyum.
Cukup Allah menilai tujuan dan niat kita.

Cuma,
Biar saya kongsikan,
Antara asbab saya menggunakan nama 'Abdullah Hanzalah adalah kerana mahu menyembunyikan identiti Nurul Husna. Biar orang kenal Abdullah Hanzalah.
Kerana yang kita cari bukan NAMA mahupun publisiti.
Yang penting,
Kita menulis untuk mengajak orang berfikir dan mengingati Allah.

Besar pahalanya.

Mohon doanya.

Rindu untuk terus menulis. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

NJihe.am said...

Assalamualaikum akak, setuju sangat. Teringin nak publish artikel di majalah tapi sekarang sedang sibuk pula.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.