♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, December 13, 2013

Kisah banjir besar Kuantan.

Sudah lama saya tidak menari-narikan jari jemari ini di papan kekunci yang masih baru.
Masih tercium bau 'kedai' dari laptop yang berusia lima bulan ini. Kalau baby, usia lima bulan ni, kecik sangat lagi. Minum susu je, lepas 6 bulan baru boleh makan. ;)


Ahad : pre flood di Kuantan.
Saya dalam proses bermuahsabah. Membelek diari 2013 yang selepas ini akan disimpan di dalam kotak khazanah di bawah katil. Sejak Januari, saya baca satu persatu agenda hidup yang pernah saya lalui. Semuanya menarik. Ada yang membuatkan saya tersenyum. Ada juga yang membuatkan saya mencebik, tanda menyesal atas tindakan diri sendiri.

Diari cukup bagus. Ia mengingatkan kita tentang apa yang telah kita buat. Sepertimana Raqib dan Atid mencatat amalan kita. Saya terbayang, bagaimana agaknya rupa buku amalan saya. Berdebar bila memikirkannya. Subhanallah. ;)

Saya tersenyum lagi. Memandang planner bulan Disember. Banyaknya urusan yang perlu diselesaikan. Semoga ALLAH melapangkan urusan saya dan urusan semua sahabat. Insya Allah.

Kuantan dilanda banjir besar, awal Disember baru-baru ini. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk melihat musibah banjir yang memusnahkan ciptaan manusia. Musibah ini cukup besar. Saya dapat merasakan banjir ini jauh lebih hebat berbanding tahun lalu. Tahun lalu juga Kuantan dilanda banjir, tapi tidak seteruk ini.

Ceritanya, saya tidak sedar berlakunya banjir. Hari Ahad malam, saya mengajak sahabat bersahur di RFC, untuk berpuasa sunat pada hari Isnin. Maka, hari Isnin,selepas habis kelas, kami berjanji untuk berbuka puasa bersama, seperti rutin kebiasaannya.

Hari Isnin itulah semuanya bermula. Hujan sangat lebat. Teramat. Dari pagi sehingga petang. Seusai kelas CT Scan, saya terus menghubungi sahabat untuk terus membeli makanan berbuka, risau seandainya keadaan memburuk.

Kami meredah hujan yang sangat lebat, mendapatkan sedikit makanan berbuka. Alhamdulillah. Basah kuyup, tapi dapat berbuka dengan lazatnya. ;)

Hujan tidak berhenti membasahi bumi Kuantan. Saya membatalkan niat untuk ke kuliyyah (study). Lena diulit hujan yang lebat.

Keesokan paginya, seperti biasa saya meneruskan meeting bersama adik-beradik Welfare SRC. Sedang di luar, hujan sangat sangat lebat. Kebetulan, saya tidak ada kelas selama dua hari, atas faktor lecturer bercuti.

Saya rasa begitu selesa, sehingga saya membuka facebook dan mendapati keadaan di Kuantan sangat teruk. Mangsa banjir mula dipindahkan ke pusat banjir. Makanan di kafe sudah habis. Kedai-kedai sudah banyak ditutup. Jalan raya juga ditutup.

Saya terkejut. Dan tanpa sedar, termenangis. Selesanya aku!
Sedang mereka di luar sana teruji dengan musibah.

Malamnya, bekalan eletrik terputus tanpa notis yang jelas. Ramai yang mengeluh. Saya menahan diri dari mengeluh. Teringat pesan Nabi, jangan mudah mengeluh, dahulukan bersyukur.

Saya tetap ke kuliyyah untuk menyiapkan assignment yang bertimbun kerana hujung minggu nanti saya merancang mahu bercuti di Johor.

Hujan tidak berhenti. Eletrik tiada sehingga tengahari. Makanan tidak ada dan sangat terhad. Baru sedikit ujian. Entah mereka di Syria dan Mesir bagaimana?

Di UIA, kami tidak terjejas sedikitpun dengan banjir. Cuma terkesan dengan eletrik yang terputus dan bekalan makanan yang terhad. Air tidak melimpah, semua tempat adalah selamat. Alhamdulillah. ;)

Malam Selasa, saya mencemar duli ke tempat pemindahan banjir. Saya terkejut, hampir pitam. Ramainya subhanallah! Dan keadaan di sana sangat menyentuh hati. Saya termenangis lagi. Entah kenapa hati saya sangat mudah tersentuh.

Saya melihat orang perempuan dengan anak kecil, makcik-makcik yang berusia tidur tidak beralas, apalagi berbantal. Saya benar-benar tersentuh!

Kepala saya berpusing-pusing. Bermandi hujan yang lebat dan tidak mendapat rehat secukupnya membuatkan saya rasa mual. Tambah pula tidak mendapat makanan yang berkhasiat. Hanya maggi yang jadi peneman.

Saya dinasihatkan pulang ke mahallah, sedangkan niat saya untuk membantu. Kata seorang brother,
"Jangan nanti orang kena tolong awak pulak kat sini."

Menerima nasihat itu dengan lapang, saya terus memandu pulang ke mahallah sendirian dalam lebat hujan yang berpanjangan.Zikir dan nama Tuhan menjadi peneman.

Rasa seperti hendak demam. Tapi saya gagahkan diri ke kuliyyah. Hujan sudah berhenti, tidak selebat semalam. Sesekali hujan turun, renyai.


Di kuliyyah, ketua jabatan mengajak untuk berkerjasama dengan beliau untuk membantu mangsa banjir. Saya sangat gembira untuk menyertainya, dengan lapang hati. Maka, selepas kelas, saya membantu mengutip derma daripada lecturer dan staff di kuliyyah. Kutipan derma berjumlah RM600. Alhamdulillah. Semuanya pemurah. ;)

Selepas lima petang, saya bersama lecturer, terus ke bandar untuk mencari barang keperluan.
Selepas menghabiskan RM500, kami bergegas ke pusat pemindahan banjir. Dan mengagihkan barang-barang keperluan. Alhamdulillah.

Saya turut berbangga dengan lecturer yang sangat bersemangat membantu.
Antaranya ketua jabatan saya sendiri, Br Abdul Halim Sapuan.
Lecturer MRI saya, Br Iqbal Jamaluddin.
Dan lecturer dari Kuliyyah of Pharmacy, Br Salahuddin.

Keesokannya, keadaan bertambah baik. Hari Jumaat, hujan sudah renyai-renyai. Sesekali hujan turun dengan lebat. Tapi dari respon orang ramai, keadaan makin membaik. Alhamdulillah.

Jumaat malam, saya mengikut lecturer ke meeting bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat di Wisma Belia. Mengambil pengalaman membuat kerja kebajikan.

Malamnya, rombongan dari Kuala Lumpur dijangka tiba ke UIA Kuantan untuk membawa bantuan bekalan dari KL. Life Line Tajdid dengan kerjasama Al-Kahfi, telah menghantar 3 biji lori dan 7 hilux yang membawa pelbagai jenis bantuan kelengkapan untuk mangsa banjir.

Maka, hari Sabtu, merupakan hari yang sangat memenatkan. Saya bersama sahabat SRC, menguruskan distribution bekalan tersebut sekitar Kuantan dan Kemaman. Pengalaman yang cukup berharga. Kredit buat Br Abdul Halim, kerana sudi menjebakkan diri saya untuk bekerjasama bersama beliau dalam misi ini, walaupun tidaklah secara rasmi. ;)

Pusat banjir di UIA Kuantan dibuku dengan kerjasaama pihak pentadbiran dan diuruskan dengna efektif oleh majlis perwakilan pelajar (SRC). Alhamdulillah. Syukur teramat kerana Allah beri peluang untuk berkhidmat kepada mereka yang memerlukan.

Ahad, saya yang menangis dalam hati sebab teringin sangat balik Johor, terus membeli tiket bas ke Johor Bharu. Memandangkan hujan sudah berhenti, matahari sudah memunculkan diri. Perancangan awalnya, saya ke Johor pada hari Jumaat malam lagi. Tetapi memandangkan jalan keluar dari Pahang totally close due to flood, hasrat murni saya terpaksa dibatalkan. Tapi Allah mengubat rasa sedih itu dengan memberi peluang membuat kerja kebajikan. Alhamdulillah ala kulli hal. ;)

Saya menghabiskan hari Ahad dan Isnin di bumi Johor bersama yang tersayang. Alhamdulillah. Gembira tidak terhingga. ;)

Hari Selasa, saya kembali ke Kuantan. Bumi Kuantan sudah berhaba panas. Tapi kerosakan disebabkan banjir masih jelas terlihat. Tidak berbayang andai musibah itu menimpa saya dan keluarga. Besarnya ujian ini buat semua mangsa banjir.

Rumah sahabat saya, tenggelam sehingga yang kelihatan cuma bumbung. Hanya  Allah yang mengerti dukacitanya mereka dengan ujian ini.

rumah lisa
Saya yakin, pasti ada ibrah yang tersembunyi. Buat semua yang terlibat, banyakkan mengingati Allah dan ikhlaslah dengan musibah ini. Insya ALLAH, Allah gantikan dengan yang lebih baik. ;)

Rabu dan Khamis, hujan sudah tidak membasahi bumi Kuantan. Tapi cuaca masih mendung dan mendamaikan. Subhanallahi alhamdulillah. ;)

Hari Rabu, saya bersama classmate, ke rumah salah seorang staff UIA untuk melakukan kerja pembersihan. Saya terkejut! Subhanallah.

Andai saya yang menerima ujian ini, tentu saya ajak family berpindah ke rumah yang baru. Tidak tahu dimana nak mula berkemas. Tak tahu macamana nak kemas. Keadaannya.. Subhanallah.. Taktercerita! Semuanya tunggang langgang. Penuh lumpur. Baunya toksah cakap. Memang pergh.

Saya membantu apa yang patut. Tidak dapat membantu banyak. Sekadar menolong sedikit meringankan beban. Alhamdulillah. ;)

Semoga kak Yana dan keluarga terus tabah menghadapi ujian selepas banjir dan mengingati Allah sentiasa. Itulah ubat ketenangan yang tidak ternilai harganya. :)

Dengar cerita, bakal ada gelombang kedua yang akan menyerang Kuantan. Katanya, banjir yang lebih besar dengan hujan yang lebih lebat. Mohon doanya agar Allah menyelamatkan kita semua. Insya ALLAH.

Inilah pengalaman yang boleh tahan bermakna dalam tahun 2013. Musibah banjir banyak beri pengajaran kepada saya untuk terus mengingati ALLAH dan mengagumi kekuasaanNya.

Andai DIA mahu musnahkan dunia ini, sangatlah mudah bagiNya. Hanya dalam sekelip mata.

Sebagai hamba, taatlah kepadaNya dan mohonlah perlindungan dariNya sentiasa. Insya ALLAH.

Doakan saya juga. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

Lucky Club Casino site - The lucky club app review 2021
Lucky Club offers luckyclub.live a range of entertainment for all of your favourite sports betting needs. They have been running a daily high odds betting odds promotion,  Rating: 8/10 · ‎Review by LuckyClub.com

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.