♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, December 16, 2013

Road to final exam. ;)

"Kena mujahadah.."

"Berkoorban. Biar penat, ini jihad."

Kata-kata semangat dari keluarga tak pernah henti. Bagi booster untuk satu-satunya adik-beradik yang sedang menuntut di universiti. Kelima-lima mereka sudah di alam pekerjaan. Nature sedikit berbeza.
Cuma adik bongsu yang masih di bangku persekolahan. Itupun sedang bercuti panjang penuh kenikmatan. ;)

Kekal termotivasi adalah sangat penting untuk perform dalam final exam. Mana tidaknya, selama tiga minggu akan berperang dengan buku-buku serta nota yang bertimbun untuk dimuat-naikkan ke dalam harddisk minda.

Carilah motivasi dan pastikan motivasi itu halalan thoyyiban (halal dan baik). ;)

Perjuangan ke final exam bermula sejak 9/9/2013 lagi. Tapi pecutan terakhirnya akan bermula 23/12/13. Dan kertas pertama akan bermula pada 27/12/13. Akan berakhir pada 9/1/14.

Setahun bos exam. ;)

Mohon tembakan doa dari semua.

Apa yang dicari dalam bidang akademik ini adalah keredhaan Allah.
Perjuangan menuntut ilmu ini adalah Lillah.
Natijah ilmu ini untuk fi sabilillah.

Semoga Allah meredhai. Insya ALLAH. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.