♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 31, 2014

Rindu untuk menulis.

Terasa sebak juga hati ini bila menekan link blog diri sendiri. Kosong. Sepi. Sunyi. Seperti tuannya telah 'mati'.

Ramai juga yang bertanya, kenapa blog sudah sunyi?

Saya hanya mampu tersenyum. Senyum yang penuh makna.

Saya teringin untuk menulis seperti sebelumnya. Ligat jari jemari ini menari di lantai papan kekunci penuh semangat. Cergas tangan ini berlari-lari di sekeping laptop nipis berwarna biru kesayangan ini.

Rindu. Rindu yang teramat sangat untuk aktif di blog seperti zaman di matrikulasi dulu. ^^

Tapi kekangan masa yang kian mencabar dan kekurangan 'support' untuk menulis membuatkan blog ini semakin hari semakin sunyi.

Insya Allah, saya akan terus menulis. Meskipun bukan di blog, mungkin di FB. ;)
Dan teringat kata-kata lecturer, "Menulislah dengan serius."

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua.

Dan selamat memulakan semester baru untuk semua pelajar UIA yang dirahmati Allah semua. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Siti nabilah said...

Aamin...moga Allah mudahkn urusanmu...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.