♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, February 09, 2014

Minggu pertama semester baru.

Minggu pertama kali ini sangat menyenangkan. Sungguh, tidak ada banyak kelas. Hanya ada dua kelas sepanjang seminggu.Minggu yang tak mungkin dinikmati pada minggu akan datang. 

Semester ini saya agak berterabur. Hilang punca, sedikit. Mungkin dengan banyaknya ujian yang pelbagai datang tanpa henti, membuatkan diri sedikit tidak terurus. Tapi alhamdulillah, bibir masih mampu tersenyum dan sesekali mampu ketawa riang. Eh sesekali ke? Macam selalu je. ;)

Tidak ada sebab untuk kita tidak tersenyum apabila didatangi ujian. Kita kan orang beriman yang yakin bahawa ujian itu datangnya dari Tuhan? Mustahil Tuhan memberikan sesuatu yang menzalimi hambaNya. Tuhan itu Maha Penyayang, kawan-kawan! 

Photo: Guru terbaek dalam hidup ini adalah kehidupan.

Seronok sangat dapat menghabiskan hujung minggu bersama abang dan family.
Belajar bagaimana kehidupan seorang isteri.
Belajar bagaimana kehidupan seorang ibu.
Belajar bagaimana kehidupan bermasyarakat. 

Ilmu untuk hidup yang sangat berguna.
Manfaatnya bukan biasa-biasa.

Terimakaseh Allah atas nikmat yang tidak terhitung ini.

*bercuti di Cherating dengan penuh komitmen. ;)

Hujung minggu saya berpeluang bercuti bersama abang dan family di Cherating. Hadiah dari abang untuk seorang adik yang hebat, katanya. Teruja saya mempunyai ahli keluarga yang sangat supportive. Alhamdulillah. Berenang, menyelam, bermain ombak adalah aktiviti wajib apabila bercuti. Jadi teringat pula pada family holiday kami. Kebiasaannya bertemankan abang bermain ombak di tengah pantai. Tapi kali ni bertemankan Power Ranger yang tak pandai berenang. Ehheh. Saya pula jadi coach renang yang garang. ^^

Menariknya di Cherating, selepas Subuh, kami bertiga ke tepi pantai. Langit masih gelap, hanya ada cahaya lampu dari kapal-kapal yang berlabuh di tengah lautan. 

Check one two
Check one two

Kemudian kami mengalunkan Asmaul Husna dengan penuh semangat. Diikuti lagu haraki yang membina jiwa untuk meneruskan kerja Islam dalam apa saja keadaan sekalipun. 

Keseronokan bermain dengan anak saudara (Naim dan Nuha) memang tidak dapat dinafikan. Seronok dapat melayan budak-budak. Rasa hilang segala tensi yang ada di kepala. Alhamdulillah. ;)

Bakal memulakan minggu kedua yang sedikit tough. Semester ini sungguh mencabar bagi saya. Lebih-lebih lagi dengan adanya clinical posting selama enam minggu. Lamanya subhanallah! 

Clinical posting bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Tapi ia adalah satu kewajipan. Nak tak nak, saya tetap kena enjoy dan cari jiwa untuk riang gembira dengan clinical practice tersebut. Go Husna, go! ;)

Saya masih mencari semangat untuk meneruskan semester ini yang diyakini mencabar. Ya, semangat itu datangnya dari Allah. Sepertimana datangnya kekuatan seorang hamba. Saban malam saya memohon agar Allah beris aya motivasi dan semangat untuk meneruskan tiga semester panjang yang tersisa dan satu semester pendek. 

Saya bayangkan girangnya hati ibu dan ayah bila saya menghampiri tahun-tahun akhir pengajian. Saya bayangkan indahnya hidup saya pasca graduasi kelak. Semoga betul-betul indah. Allahumma Amiin. ;)

Saya berazam untuk istiqamah menulis. Tapi memikirkan kekangan masa yang bakal saya hadapi, saya mula hilang harapan. Tapi saya mesti tetap mencuba. Sebab saya seorang yang besar jiwanya. ^^

Demikianlah coretan minggu pertama yang membosankan tanpa kelas dan aktiviti yang mencabar. 

Semoga minggu yang mendatang lebih menarik dan penuh dengan warna-warna keriangan. Insya Allah. 

Mohon doanya semua! 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.