♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, February 09, 2014

Cuti 3 minggu yang bermakna. ;)

Balik saja dari Kuantan, saya memberitahu Ibu,
"Kakak cuti 3 minggu ni, Ibu. Insya Allah awal Februari kakak balik Kuantan."

Ibu diam.
Eh kenapa takde respon ni.

"Kenapa Ibu senyap je.."

"Yelah, kakak cuti 3 minggu. Lepas ni ada cuti lagi ke? Lepas ni kalau kakak dah kawen, takde dah cuti macam ni. Gunakanlah sebaiknya."

"Huk aloh. Macam esok je kakak nak kawen. Cehh. Insya Allah Ibu."

Then, saya terfikir, patutlah orang asyik nangis je bila akad nikah. Sedih sangat rupanya. Huk aloh. ^^

Minggu pertama saya minta Ibu beri saya peluang untuk istirahat. Sebelum memulakan tugasan sebagai surirumah terbaik abad ini. Saya keluar beli barang keperluan, penuhkan peti sejuk yang kosong terutamanya. Kitkat dah macam kedai penjual kitkat dah dalam peti ais tu.

Ayah kata,
"Kakak! Kitkat tu bukan nasi!"

Mana tidaknya, saya asyik  makan kitkat. Nasi tak selera sangat.

Hujung minggu pertama, saya jadi 'tour guide' yang tak bertauliah. Kena bawa tetamu melawat Wakaf Che Yeh. Saya telefon Abang, minta kebenaran dan juga minta 'jalan'.

"Heh, pernah pergi ke Wakaf Che Yeh? Tahu ke nak pergi? Tahu ke Wakaf Che Yeh tu macamana?"

Ok, ini kali pertama saya pergi Wakaf Che Yeh dengan serius. Sebelum ni tak pernah masuk kot.

Esoknya pulak bawa tetamu ke Rantau Panjang. Terkejut Ibu.

"Kakak nak bawak diorang pergi Rantau Panjang? Kakak tahu ke??"

Adeh. Menangis dalam hati. Saya sendiri memang tak pergi Rantau Panjang melainkan waktu kakak nak kawen 3 tahun lepas. Apa rupanya pun saya dah lupa. Sampai sana, nasib baik tak masuk Thailand. Jakun. Sampai tetamu tu cakap lagi, "Awak ni orang Kelantan ke tak?"

Cehh. Saya Kelantan tulen ok. ;)

Hujung minggu yang menarik. Terima kasih semua yang terlibat. ^^

Saya siapkan station saya untuk bekerja. Workstation la kononnya. Nak membaca, nak menulis. Kemas sekemas-kemasnya.

"Esok, kakak nak start membaca dan menulis! Serius."

Ibu senyum je dengar monolog luaran anak perempuannya ni. Haih.

Esoknya, saya bangun pagi, semangat berkobar-kobar. Nak bekerja ni. Nak bekerja.

Tiba-tiba dapat call,
"Dekna datang Johor boleh? Kakak demam denggi. Takde sapa nak jaga dia di wad."

Saya tergamam. Terdiam. Laptop yang sedang dibuka saya tutup semula. Buku yang tersusun untuk dibaca, saya pandang kosong. Berat hati saya untuk pergi. Sebab saya ada janji yang perlu ditunaikan. Teringat janji, hati rasa berbelah bagi.

Saya angkat mata dari laptop, terpandang potret family di meja. Saya tersenyum. Angguk kepala macam dalam drama, dan kata pada diri sendiri,
"Kalau aku tolong orang, Allah akan tolong aku."

Saya mendapatkan Ibu dan berkata,
"Biar kakak pergi Johor. Biar kakak temankan di wad nanti."

Ibu tersenyum. Lama kemudian Ibu berkata,
"Ibu tahu kakak tak pernah mengecewakan."

Sebak juga bila Ibu berkata demikian. Semoga benar Ibu terhibur dengan saya. Dan meredhai saya.

Terngiang-ngiang ayat Ibu sepanjang saya dalam bas perjalanan ke Johor Bharu. Mula rasa bimbang andai selepas ini saya mengecewakan ibu. Mohon jauh, Ya Allah. Saya tidak suka mengecewakan. Sesiapapun.

Seminggu saya di Johor. Menggunakan masa sepenuhnya mencurah bakti buat abang dan kakak. Saya cuma seorang adik yang mahu meraih keberkatan hidup dengan berbakti kepada mereka, sebelum ajal menjemput. Atau mungkin sebelum saya menjadi suri buat seorang lelaki suatu hari kelak. Fuh, jiwang terlebih ni. ^^

Saya korbankan apa yang saya mampu. Ruang cuti saya selama seminggu habis terbakar di bumi Johor, atau lebih tepat, terbakar hangus di wad hospital. Sungguh membosankan berada di wad hospital, orang kata. Tapi saya tidak mahu mentaliti bosan itu menggari minda saya. Saya tetap mahu happy dan enjoy. Maka, saya berjaya enjoy di hospital tersebut. Kita sekiranya tak mampu mengubah suasana, ubahlah persepsi kita. Suasana hospital memang bosan. Ubahlah persepsi kita, buat sesuautu yang menggembirakan. Saban pagi selepas Subuh saya berjalan-jalan sekitar hospital. Membayangkan pekerjaan saya seorang doktor. Sambil memakai tag nama kakak. Ahhah. Mujur saya tidak jadi doktor. Malasnya nak jadi doktor. Penat!
Malam pula saya mengalunkan Al-Quran lembut sehingga kakak tertidur. Selepas dia tidur, saya yang masih tidak dapat melelapkan mata menerawang berfikir jauh tentang masa depan!

Pengorbanan bukan mudah untuk dibuat. Tapi kerana sayang, pengorbanan itu sungguh menenangkan. Tidak timbul rasa rugi menghabiskan seminggu di Johor Bharu. Malah beruntungnya saya berpeluang menggunungkan pahala. Moga-moga segunung pahala itu menghapuskan jutaan dosa dan noda seorang hamba yang dhaif ini.

Saya juga sempat menghadiri majlis perkahwinan sahabat UIA, Nazierah Rosman. Pada awalnya, abang tidak membenarkan saya kesana. Abang, yang bersikap protective atau lebih tepat overprotective memang sudah saya jangkakan. Risau benar jika saya keluar sendirian. Sedang di UIA, selalunya memang bersendirian. Jarang berteman. ^^

Sesi pujuk memujuk akhirnya berjaya meyakinkan abang bahawa adik perempuan bongsu ini sudah mampu berdikari. Sudah dewasa dan perlu hidup persis orang dewasa. Betul bukan? ;)

Sampai bila abang mahu simpan saya di bawah ketiak abang? Kata saya. Satu hari nanti saya akan hidup tanpa abang juga.
Tapi jawab abang, kalau awak hidup jauh dari abang lepas ni, awak kena kawinlah dulu.
Heh, selama ni bukan main demand nak adik ipar yang macam-macam seperti dalam skema yang dia tetapkan. *mengeluh

Oh panjangnya saya berceloteh. Saya kena berhenti rasanya. Ada lembaran lain yang perlu saya penuhkan dengan tulisan. Kenapa di blog laju tangan saya menari-nari. Tapi bila beralih lembaran, tangan saya menjadi kaku. Oh Allah. Berilah ilham! ;)

Ok, sehingga bertemu lagi.




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.