♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, March 17, 2014

Berbicara dengan air mata

Hari kesepuluh, selera makan yang totally hilang. Rasa batuk yang semakin teruk.
Bercakap pada diri sendiri,
"Kenapa ALLAH tak bagi sembuh? Sebab terlalu banyak buat dosa. Terlalu banyak lupakan Allah. Terlalu banyak belakangkan Allah.. Waktu Allah bagi nikmat, lupakan ALLAH.. Itulah Allah bagi ujian. Allah bagi sakit, supaya ingat selalu pada Allah."
Telefon berdering. Panggilan dari ahli keluarga. Hati berbelah bagi, mahu dijawab atau dibiarkan saja. Suara diperbetulkan berkali-kali, supaya bunyinya seriang selalu.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Eh lainnya suara? Demam tak OK lagi?"

Soalan itu terbiar sepi.

"Tengah buat apa tu?"
Tukar topik.

"Orang tanya ni, tak OK lagi ke? Kenapa tak cakap? Dah makan belum?"

Diam. Sepi. Tidak ada jawapan yang baek.

"Kenapa ni? Cuba jawab soalan orang tanya ni."

"Ok je la. Tade ape. Batuk je, tu yang suara lain. Ok la, henset takde bateri. Dah nak mati. Nanti call balik malam ni."

Panggilan sengaja diputuskan. Button shut down ditekan lama. Biar ia mati. Andai ia cuma menghubung cerita yang mendukacitakan hati.

Tidak berdaya memberitahu, masih diuji dengan sedikit kesakitan. Bimbang hati-hati yang sedang tenang, mula rasa tergugat ketenangan. Kerana risaukan sekeping jasad hina yang sedang diuji Tuhan.

Buka tablet. Whatsapp dari family.
Menceriakan. Tersenyum. Semoga selamanya bahagia. Dan moga tawaku kembali menceriakan.

Makan malam. Dengan semangat, mahu menghirup sup tulang. Mengikut nasihat abang, supaya selera kembali mendatang.

Ya, seleraku terundang. Makan nasi habis sepinggan. Setelah seminggu aku tidak dapat menikmati selera yang begitu. Biasanya nasiku ke pinggan orang. Mangsa yang terpaksa menghabiskan makanan untuk mengelakkan pembaziran.

Aku gembira. Sekurangnya, aku mampu makan. Baru beberapa minit menghabiskan sisa di pinggan, terasa begitu mual. Aku terus ke toilet. Semua nikmat makan yang terundang sudah dikumbah semula sebagai muntah. Satu persatu makanan keluar, seperti asal. Kecewa. Ya, terlalu kecewa.

Stress. Ya, bertambah stress. Aku pandang cermin dan berkata, "Husna kena sihat. Esok ada paper. Minggu ni sangat tough. Husna kena sihat."
Dan tanpa aku sedar, air mata itu mengalir perlahan.
Semakin laju dan laju. Seolah tidak ingin berhenti.

"Jangan manja." Aku ingatkan kembali pesanan lecturer kepada diri. Dan cuba untuk tersenyum pada imej sendiri. Hambar. Sangat hambar.

Sungguh, ujian kesakitan ini membuat aku sukar untuk ketawa. Ujian ini membuat hatiku lebih sensitif. Mudah terasa dan dahagakan kasih sayang jua perhatian.

Fragile. Memang fragile orang yang sedang kesakitan. Satu faka yang aku sedar sejak dulu lagi.

Aku meneruskan jihad ilmu. Menghadap nota yang bertimbun. Untuk peperiksaan esok hari. Bukan aku tidak cuba belajar awal. Tapi ternyata aku masih gagal menguruskan masa dengan baik. *sigh

Kepalaku berat. Semua maklumat yang dibaca aku tahu ia tidak dihadam. Yang aku harap, cuma keberkatan. Biar Allah tahu, aku berusaha. Meskipun aku sendiri tidak tahu apa yang aku baca. Dengan batuk yang tidak pernah membiarkan aku sendiri walau seketika. Dengan kepala yang memberat waktu melihat screen computer. Semuanya menyumbang kepada usaha yang aku yakin tidak sia-sia. Allah kira usahaku. Walaupun hasilnya tidaklah sehebat selalu. Aku tahu Allah nilai usahaku. Malah, aku yakin Allah tidak akan mempersia-siakan usahaku. Allahu Allah.

Aku teingat para nabi dan assabiqunal awwalun. Ujian mereka jauh lebih berat. Dan kesabaranlah yang membuatkan mereka berjaya.

Aku kepal tangan kanan dan letak di bahu kiri, aku tepuk perlahan dan cakap pada diri, "Sabar. Perkuatkan kesabaran." Dan aku cuba tersenyum. Memberi senyuman yang paling indah untuk diri sendiri.

Aku mohon maaf pada ketidakmampuan jasad ini. Mohon untuk berehat, mengumpul tenaga untuk jasad ini kembali ceria dan menceriakan. Allahu Rabbi. Beri peluang aku menjadi matahari, buat semua orang yang aku sayangi. Beri peluang aku menjadi pelangi, buat orang yang aku kasihi. Beri peluang aku menjadi purnama buat orang yang aku rindui.

Terima kasih Allah atas nikmat saat yang berharga ini. Semoga aku tidak jauh malah mendekat denganMu, Ilahi Rabbi! ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.