Hidup segan, mati tidak mahu!
Adik junior dari Petaling Jaya memberi mesej di inbox FB saya,
"Kak Husna, kenapa dah tak menulis? Hidup di Kuantan terlalu sibuk sehingga kita tak mampu nak update blog ke akak?"
Saya senyum. Sibuk? Atau tidak pandai membahagikan masa?
Saya cuma seorang pelajar degree. Juga pejuang dakwah sepenuh masa. Dua taklifat ini sepenuhnya saya lakukan di bumi UIA. Ia bukan banyak.
Bayangkan saja orang yang memegang taklifat sebagai pelajar, isteri, ibu, pendakwah.. Saya tengok, mampu saja mereka survive.
Dimana bezanya? Bezanya keberkatan masa.
Mungkin kena kawen, baru ada keberkatan. Hehe. :p
Bezanya bagaimana kita menguruskan masa.
Minggu ini, ramai yang pulang ke kampung halaman. Bertemu ibu ayah dan keluarga kesayangan. Saya juga merancang untuk pulang. Mana tidaknya, saya sudah terlalu rindu untuk bertemu insan-insan yang pasti menenangkan hati.
"Takpe, kakak belajar dulu. Habiskan kerja-kerja sekolah."
Saya tahu, Ibu mengharap saya pulang.
Beberapa hari sebelumnya, Ibu pernah bertelefon dan bertanya,
"Kakak, betul ke Munir kata Cikna balik hujung minggu ni?"
Saya kelu. Bagaimana mahu saya katakan,
"Boleh balik. Tapi sabtu malam kakak kena balik Kuantan dah. Sebab hari Ahad dah kena pergi Temerloh."
Saya kecewa. Kekangan akademik memang menduga. Saya tidak pernah menyangka, di tahun tiga, saya tidak mampu balik hujung minggu di rumah. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya!
Saya rindu zaman budak-budak. Hoh!
Kerana sebuah cinta pada ilmu, inilah pengorbanannya.
Ya, kerana sebuah cinta.
Biar menangis, tak dapat pulang ke kampung halaman. Asalkan hati kuat untuk terus berjuang.
Menyelesaikan degree dengan riang. Insya Allah.
Cinta itu perlu pada pengorbanan. Yup, indeed!
4 comments:
subhanallah...moga kuat ya ukhti..
moga terus mara mengejar redha & cintaNya.
Great Post, admired it will be cat-and-mouse for your abutting posts,the internet would be a abounding bigger place. Charm accrue it up!
Electromagnetic Lock Dealers in bhubaneswar
Thanks for bold up such aces information. I acquire bookmarked you and will acquire in bandage with your new posts. I like this post, accrue autograph and accordance advising post...!
Biometric Time Attendance System Supplier in bhubaneswar
Hey, nice site you have here! Keep up the excellent work!
BioStamp Plus Fingerprint Access Controller System
Post a Comment