♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, August 12, 2014

Tak tipu, RINDU!

Bismillah alhamdulillah.

3 bulan tak menulis. Satu tempoh yang agak lama untuk seorang yang mahu bergelar penulis aktif.

Beberapa hari ini, kerap saya membuka dan membelek blog ini. Syahdu dan teringat-ingat saat manis saya sangat bersemangat menulis di blog. Boleh jadi FB adalah satu faktor yang besar yang membuatkan saya tidak komited dengan blog.

Jujur, FB tidak sama malah jauh sekali bezanya dengan blog. Di blog, menulis jadi lebih terperimci dan boleh menulis panjang. Di FB kalau tulis panjang sangat nanti orang malas nak baca.

Saya sengaja membayangkan detik jari jemari saya ini rajin menari di papan kekunci untuk menghidupkan laman husnabaek ini. Supaya datang sengaja angin dan semangat untuk saya teruuuus menulis.Bayangan saya kebiasaannya berakhir dengan dengkuran tidur yang sebentar. Ehhe.

Saya jadi rindu membalas komen di ruangan komen. Membalas dengan penuh ilmiah. Jadi seronok bila ada orang sudi menjenguk blog kita untuk perkongsian ilmu. Di FB, kebanyakan yang melawat wall adalah berstatus sebagai stalker dan mahu mencari salah dan kelemahan kita. Sabar aje.

Saya kadang-kadang beberapa kali mahu berhajat menutup FB. Sebab banyak sangat orang benci. Huu. Nangis. :'(

Rindu. Sangat rindu.

Oh ya sedikit update tentang diri sendiri.

Sekarang berada di HUSM Kubang Kerian untuk minggu ke-7 Latihan Industri.
Insya Allah minggu depan akan menghabiskan minggu terakhir Latihan Industri dan kembali ke Kuantan untuk menamatkan satu tahun lagi untuk degree. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan.

Insya Allah akan kembali terus menulis disini.

Semoga berjaya.

Regards,
'AH. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

NJihe.am said...

Assalamualaikum akak, datang raya sini. Akak dah tahun ke berapa di degree sekarang? Semoga kita dipertemukan di uia kuantan lagi... Nak duit raya, tak tahu malu... hikhik.

husnataqwa said...

Wassalam. Akak degree tahun 4 insya ALLAH

Awak nati masuk kuantan ke? bila?

awak nak duit raya boleh. awak datang jumpa akk sebelum 30 syawal. haa, akk bagi nanti. hehe

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.