♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, April 29, 2015

The four weeks left

2 comments:
Writing the title, i just feel like crying. 4 minggu sebelum title sebagai pelajar UIA expired. Ya Allah, sedih! I have four weeks. To smile to those who have help me a lot. I have four weeks. To cheer up the people that i love. I have four weeks. To visit the place that i gonna miss. I have four weeks. To draw the best memories in your heart. I have four weeks. To eat every favorite food that i like. I have four weeks. To be the part of your life,here. But, the four weeks is not promised yet. I might be die tomorrow. Thus, the four weeks is nothing. I dont know, do i have enough time to serve the best for the ummah? Do i have enough time to strive for my dream? Only Allah know. And lets Allah decide. I leave all the fate to Him. Lets Him decide the best for me. :D Dear Allah, I really love IIUM. And the people. Please Allah, love them more! :D Regards, 'AH. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, April 06, 2015

Visit the CFS IIUM Petaling Jaya!

1 comment:
Alhamdulillah, saya menunggu saat saya mampu turun ke Petaling Jaya. Bertemu dengan sejuta kenangan yang pernah menghidupkan jiwa. Allah rezekikan untuk menyertai rombongan "introduction to Kuliyyah" conducted by HEALS.

 Saya senang diberi peluang kembali ke tempat yang pernah menyaksikan jatuh bangun seorang Husna. Sepanjang perjalanan dalam bas, menitis juga air mata saya, teringat satu persatu pengajaran hidup yang pernah saya kutip di Petaling Jaya. Saya belajar menjadi multitasker.

Di PJ, hidup saya lebih efektif berbanding di Kuantan. Saya memegang jawatan yang agak tinggi dalam persatuan yang agak besar di PJ. Dan saya juga orang yang handle talaqi di bumi PJ. Waktu tu, masih saya ingat, di dalam bilik, bersepah-sepah fail program-program MEDCY yang perlu diselenggara. Bersepah-sepah juga kitab-kitab yang dijual untuk talaqi, tasbih digital dan risalah-risalah ijazah. Subhanallah. Sibuknya hidup waktu tu, tapi sempat memanjang update blog. Hi. ;)

 Sibuknya hidup waktu tu, rasa macam seronoknya masya Allah. Bagaimana hujung minggu penuh dengan aktiviti-aktiviti usrah. Kadang-kadang menjadi VIP di program-program kecil UIA. Seronok pengalaman tu. Sampai sekarang saya masih belajar untuk menjadi orang yang terbaek 'public relation' nya. Doakan. :D

 Saya senang bila bas masuk ke pintu pagar utama CFS Petaling Jaya. Ada hospital COlumbia yang saya tidak tahu pun sejak bila ia dibina, tapi sekarang ia sudah gah berdiri di depan CFS. Pakcik guard melambai-lambai dan tersenyum panjang pada kami. Seolah-olah mereka memahami ke'excited'an kami kembali ke CFS. Bagai sirih pulang ke ganggang. Bangunan pertama yang saya lihat adalah Mahallah Khadijah (dulu) yang sekarang sudah menjadi Mahallah Abu Bakar.

 Mahallah Khadijah antara kenangan yang sangat banyak tercipta. Paling saya ingat, disitulah saya belajar berinteraksi dengan makhluk dari alam lain. Subhanallah. Saya bersama-sama dengan team sukarelawan diketuai Syahmi Syazeril dan dianggotai Ku Atif, Siti Khadijah dan Muna Rime sebagai core team. Dan dibantu oleh ramai lagi ahli-ahli yang kental jiwanya. Kes-kes histeria yang berlaku di PJ lebih mencabar. Sehingga 4-5 pagi kami tersengguk-sengguk menguruskan pesakit. Saya masih ingat, bagaimana ayat-ayat ruqyah menjadi zikir saban waktu. Ingat lancar kekal di minda, dek kerana diulang-ulang beberapa kali semalaman. Indah Allah mentarbiah kami. Saya kira, ini adalah tarbiah Allah. Allah sedang mendidik hati kami dengan keyakinan kepada Allah. Supaya kami menjadi hamba yang takutkan hanya kepada Allah. Masya Allah. Hebat Allah susun takdir hidup kita. Cantik dan begitu bermakna sekali. Alhamdulillah.
Saya seringkali membayangkan saya mampu meluangkan banyak masa di Petaling Jaya. Saya mampu melawat tempat-tempat yang pernah menjadi 'port lepak', tempat kami menangis bila terasa ujian memberat, tempat makan eskrem bila stress melanda, tempat mandi hujan bila rasa nak enjoy. Allah masya Allah. Tersenyum-senyum saya membayangkan detik kanak-kanak itu.
Saya terus menghala ke Mahallah Khadijah yang dulunya Mahallah Abu Bakar, berhampiran AMF. AMF merupakan tempat yang rutin buat saya selaku orang kuat persatuan. AMF tidak lagi janggal, malah terlalu istimewa dalam kenangan. Pentas AMF menjadi saksi beberapa kali saya melontar ucapan dan buah pandangan buat renungan para sahabat seperjuangan. Masuk ke mahallah itu, saya jadi teringat, mahallah ini pernah menjadi tempat talaqi suatu masa dahulu. Sewaktu talaqi mendapat tentangan pentadbiran UIA PJ. Disitulah kami geng talaqi survive untuk meneruskan majlis ilmu.

Huh, banyakkan onak duri sepanjang di PJ. Tapi itulah yang nak katanya kenangan. Kalau semuanya manis, apalah yang mengindahkan kenangan tersebut. Yang pahit itulah sakitnya. Dan yang manis itulah penawarnya. Masya Allah.

 Alhamdulillah. Saya memandang adik-adik di PJ dengan pandangan kasih sayang. Saya pernah berada di tempat mereka. Betapa seronoknya rasa mahu menghabiskan asasi dan menuju ke main campus untuk meneruskan pengajian di peringkat degree. Saya lihat adik-adik masih terjaga biahnya. Masih ramai yang menutup aurat dengan cantik. Tahniah kepada organisasi-organissasi dan individu-individu yang berjuang mengekalkan biah solehah di CFS. Allahu yubarik alaikum. Meskipun environment sedikit tercalar dengan beberapa ikhtilat yang saya lihat semalam, namun terubat melihat masih ada pelbagai kempen yang dijalankan untuk memastikan biah solehah berkekalan di bumi Petaling Jaya. Mengekalkan biah solehah adalah tanggungjawab semua. Bukan saya orang-orang yang memegang jawatan. Tapi ia adalah tanggungjawab setiap yang bergelar khalifah Allah.

 Kami meneruskan dengan sesi sharing moment. Setiap department dari kuliyyah menerangkan atau lebih tepat mem'promosi'kan department masing-masing. Dengan enam department iaitu:
 -Audiology
-Radiography
 -Biomedical Science
 -Optometry
 -Physiotherapy
 -Dietitic

 Saya mewakili department radiography tentunya. Bila ditanya mereka, kenapa saya memilih bidang ini, saya sendiri buntu. Sebab pada awalnya, saya tidak memilih bidang ini. Saya yang dipilih Allah menyertai bidang ini. Sungguh, ia adalah satu perjalanan yang dirancang Allah. Sebab itulah saya merasakan pilihan kita hanyalah perancangan kita. Selebihnya perancangan Allah lebih berkuasa. Saya seringkali juga bertanya kepada diri sendiri. Kenapa saya berada di dalam kos radiography. Ini adalah kos pilihan ketiga saya. Atau boleh kata, bukan pilihan langsung. Sorry to say. Tapi setelah empat tahun di bidang ini, bidang ini ada manfaatnya dan kena dengan jiwa saya.
Empat tahun yang dilalui membuktikan Allah tidak pernah salah menyusun takdir hidup hambaNya. Malah telah Allah susun dengan begitu cantik sekali. Alhamdulillah.
Saya memandang masa depan yang akan datang. Setelah tamatnya saya di bumi Kuantan sebagai pelajar degree, kemanakah takdir Allah akan membawa saya. Setelah empat tahun saya berjalan di atas pilihan Allah iaitu berada di kos radiography, saya begitu yakin menyerahkan sepenuhunya takdir hidup saya selepas graduasi kepada Allah. Bukan saya tidak merancang. Saya ada perancangan saya. Tapi sebulat hati saya, telah saya serahkan pada Allah, kemana mahu DIA letak saya. Akan saya redha dan ikhlas menerimanya. Kerana saya telah meyakini, Allah tidak akan salah menyusun takdir manusia.

 Saya bercita-cita mahu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, kalau ada rezeki, saya mahu sampai PhD. Saban hari saya memohon petunjuk dari Allah, sekiranya perjalanan menuntut ilmu ini baek untuk saya, maka permudahkanlah. Saban waktu saya berdoa malah turut sama mendoakannya adalah ibu ayah dan keluarga. Dan sekiranya itu bukan takdir saya, sudah tentu ada yang lebih baek untuk saya. Kenapa mahu saya persoalkan Allah? Sedangkan Allah telah menyebut, setiap jiwa itu mendapat apa yang dikerjakannya. Kalau kita baek, maka baeklah hasilnya. Kalau sebaliknya, maka sebaliknya hasil itu. Sebagai usaha, jangan berhenti membuat kebaekan dalam hidup. Terus menerus mencari peluang agar hidup dengan baek dan tidak menzalimi diri sendiri. Panjang saya menulis. Sudah lama saya mahu meluahkan rasa. Hari ini baru saya berjaya.
Percayalah bicara saya, hidup ini penuh ujian yang menduga. Setiap kali datang ujian, kembalilah kepada Allah yang maha kuasa. Sungguh, disisi Allah adalah tempat yang paling selamat dan mendamaikan jiwa
. Percayalah kata saya, tidak semuanya indah dalam kehidupan kita. Sesekali Allah hantar ujian menguji hati dan jiwa. Agar pergantungan kita sepenuhnya kepada DIA.

 Sungguh, hidup ini mengajar saya pelbagai erti. Mengajar saya terus mendekati Ilahi. Mengajar saya agar jangan berhenti mengejar redha Allah Rabbul 'Izzati.

 Buat adik-adik yang ingin menghubungi saya, saya lebih selesa sekiranya dihubungi melalui Facebook. Saya memilih untuk tidak memberikan phone no atas beberapa sebab yang agak peribadi. Bukan sombong ataupun mahu berlagak popular, tapi saya kira pelbagai masalah yang pernah timbul sudah cukup untuk membuatkan saya lebih berhati-hati.

 Bukanlah nak mengehadkan komunikasi, tapi saya lebih senang kita berinteraksi melalui FB. Rasanya, tidak ada isu yang perlu dipertikaikan. Selesa saya menjamin keselesaan anda juga. Boleh tengok link Facebook saya di sebelah kanan blog. Atau type saja, "NURUL HUSNA KAMARUDIN" ('Abdullah Hanzalah) insya Allah saya akan respon PM kalian dengan senang hati.

 Sekiranya ada yang mendapat phone no saya melalui orang laen, sebolehnya abadikan saya phone no itu dengan sejahtera. :D Atau kalau terdesak, boleh hubungi dengan syarat memperkenalkan diri terlebih dahulu. Saya boleh dihubungi secara direct meskipun melalui FB. Saya 24 jam (kecuali waktu tidur, solat, makan dan rehat) aktif di talian (online).Kecuali sekiranya saya berada di luar kawasan liputan Celcom. Maka, tidak ada masalah untuk hubungi saya melalui FB. Email sekalipun. Emael saya adalah : husnataqwa@gmail.com.

 Semoga Allah menghadiahkan yang terbaek untuk kita semua. Dan semoga kita terus mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. 

Sehingga bertemu lagi.

 Regards,
'AH. ;)

gambar tengah bagi briefing pada adik-adik junior di CFS PJ. Semoga bermanfaat!




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, March 15, 2015

Be a strong man.

No comments:
Dalam fatrah siapkan thesis, kepala memang ligat fikir macamana nak susun jadual. Deadline memang ada less than 2 weeks. Tu belum tolak makan minum tidur bersosial beribadah beriadah segala bagai.

Rasa nak nangis fikirkan semua benda kena buat dalam restricted time. Mana nak tunaikan tanggungjawab pada orang-orang sekeliling. Tu baru tanggungjawab pada kawan-kawan dan adik-adik junior. Belum ada lagi tanggungjawab nak uruskan suami dan anak-anak.

Itulah, kita ada 24 jam. Tapi orang yang bijak menguruskan masa, 24 jam tu sudah more than enough untuk mereka. Kalau orang tak bijak susun masa, 24 jam pun boleh jadi sangat sikit untuk mereka isi dengan baik. Itulah yang membezakan orang yang berdisiplin dan orang yang kucar-kacir.

Kadang-kadang rasa letih. Bila tangan sedang semangat nak menulis thesis, tapi ideanya langsung tiada. Buntu. Stuck. No point. No solution. No answer. Waktu tu rasa sangat nak putus asa. Nak jumpa SV dan cakap, "bagilah apa-apa markah pun untuk saya. Saya dah malas dah nak fikir."

Sampai macam tu saya bayangkan.

Tapi Allah kata, Allah sayang orang yang kuat. Kuat fizikal, kuat mental, kuat iman.

Sebab nak dapat kasih sayang Allah tu la, susah macamana pun, sakit macamana pun, kita kena usaha. Sebab orang yang cepat putus asa ni orang yang lemah. Orang yang kuat, dia sentiasa usaha usaha dan usaha untuk buat yang terbaek.

Kalau diberi pilihan, tentulah nak jadi orang yang Allah suka. So dah takde choice laen untuk disukai Allah kena jadi orang yang kuat.

datang UIA bulan Ramadhan tahun lepas untuk selesaikan topik research dengan supervisor. Seronok dapat supervisor yang sporting dan mudah berkira. Semoga kelebihan ini dapat mudahkan jalan menyiapkan thesis. ^^


Senyum. Motivasi kita adalah Allah dan selamanya Allah. Semoga Allah redha dengan perjuangan menyiapkan thesis ni. Kalau dapat redha Allah, insya Allah mudah.

Doakan saya. ^^

Regards,
'AH. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, March 13, 2015

I share my golden picture untuk adik-adik yang bakal ke UIA Kuantan.

No comments:
Ramai adik-adik PM tanya pasal course di UIA Kuantan.

Surely, i feel so glad to help you.

Selama empat tahun di UIA, memang dapat bagi overview for each course kecuali course baru seperti chemistry, plant, maritim. Ha, part tu saya tak tahu. Kena rujuk junior yang memang amek that field.

Satu saja pesanan saya untuk adik-adik, apa saja overview yang saya bagi, its will never be same as your own experience. Every year, things will change. Every intake, a lot of condition might be change. So, dont hold so tight to my opinion.

Lagi satu, pilihlah apa-apa bidang sekalipun, asalkan buat yang terbaek, then everything will go on very ok. So no need to worry so much. Enjoy your day.

Selepas empat tahun berada dalam kos yang bukan pilihan saya, saya rasa takde masalah pun untuk berada di bidang mana sekalipun asalkan kita tahu purpose of life. Serving the ummah!

Nak share sikit gambar-gambar sepanjang ada kat UIA. Nak tunjuk how happy it is.

Semua batch Radiography. We enjoy the night. :D
We had a picnic during our busy schedule with Clinical Practice (posting) at Bandar Temerloh. We enjoy the posting walaupun a bit exhauted!
We are discussing our assignment during lunch hour at hospital. We enjoy the time even its very tough.

We organised the seminar and we present during the seminar. A multitasker will never fail!  
Classmates. We enjoy the hard and hurt time together. =)
MEDCY reunion. Belajar belajar jugak.
To be continue. :D
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

I will start writing!

No comments:
I love my blog. So much. This is my training ground to become a good writer one day soon. I wish!

Sekarang, saya tinggal lagi 3 bulan untuk menghabiskan study di UIA.

Bunyi macam lama. Tapi sebenarnya tak pun. The times will fly so fast. Believe me.

Saya rasa saya baru je masuk UIA. Baru je berkenalan dengan lecturer dan kawan-kawan baru. Sekarang the sad feeling tiap-tiap hari singgah bila bangun tido. Tengok pagar UIA, rasa macam i will miss this. Tengok ATM yang selalu rosak, i will miss this. Tengok guard UIA, i will miss them. Tengok mahallah tengok kuliyyah, all the feeling is like, i will miss miss all of this sambil nangis dalam hati.

Now, i on my way in writing thesis. No class. No schedule. It based on how you manage your own time. Bila hidup takde jadual ni, baru kita rasa, kita ni bagus ke tak.

Let me tell you this, sebelum ni waktu ada jadual, when its stated dalam jadual kelas start pukul 9 pagi. Then i will prepare my pakaian (usually i will iron all the clothes for one week during weekend, so this is not a problem for me) as early as 8 am. I have a good attitude i think (astaghfirullah..), sebab i make my self compulsory to be in the class 30 minutes before the lecture starts. Its good actually. 30 minutes before class saya dah duduk di kerusi dalam kelas. Bertenang, tarik nafas hembus dan perbetulkan niat.

"Saya datang ni nak belajar. Nak tuntut ilmu sebab Allah suruh. One day nak jadi lecturer. Nak ajar ilmu kat student. I need to be the best!"

Tu sebelum ni la, waktu department bagi jadual. Sekarang ni, i have no respective schedule. Nak pergi mana, tak kisah. Nak buat apa, lantak. Takde sape nak marah dan xde sape nak cek. Good kan?

Dulu saya ingat best macam tu. Tapi sebenarnya keadaan ni sangat memerlukan disiplin yang tinggi dalam diri kita. Kalau takde disiplin yang tinggi, sampai pukul 11 pagi boleh jadi masih di atas katil.

Hidup berubah. Banyak benda yang akan terus berubah.

Tapi selagi mana kita tahu apa main purpose kita hidup kat dunia ni, berubah macamana sekalipun hiudp ini, kita akan tetap on the right track. Believe me. So, clear your vision. You will enjoy your life.

Eh macam banyak sangat idea mencurah curah ke ladang gandum bila menulis.

I wish i can always update blog.

Ni 1st post untuk tahun 2015.
Actually i have a lot of good thing to share with the world!

Wait ya. I will. :D

Ok see you all soon.

Regards,
'AH. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, September 20, 2014

Year 4 : I start to value thing

3 comments:
Sejak masuk tahun akhir ni, rasa macam semua benda saya nak hargai.

Semua event rasa nak join.

"Ni kali terakhir ni pergi program ni."

Lepas dah graduate nanti kita tak tahu kita ada di mana. Kita tak tahu kita masih ada dalam persekitaran yang begini lagi atau tidak.

Kat UIA memang senang nak cari program-program yang baek.

Lepas ni dah keluar UIA, entah apa yang akan berlaku. Kena usaha lebih sket la nak cari pengisian-pengisian yang baek. Subhanallah.

I love UIA so much. So so much.

Dapat saya rasakan betapa sedihnya bila dah betul-betul habis belajar nanti.

9 bulan sebelum waktu itu tiba. Dan saya akan terus hargai semua yang ada dsisi.

Regards,
'AH. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, August 18, 2014

Last week at HUSM

2 comments:
Pertama kali dapat jadual penempatan di HUSM selama 8 minggu, rasa nak menangis. 

Sekarang alhamdulillah Allah bagi kudrat, Allah bagi sihat, Allah bagi semangat dan berjaya habiskan LAPAN minggu tersebut.
Photo: Minggu terakhir selalu menjadi minggu yang best. 

Kenapa tak pernah rasa perasaan best macam ni sebelum ni?

Meniti minggu terakhir di HUSM. 

With love,
'AH. ;)
Walaupun 3 hari MC. Tu maksima MC. Kalau ikutkan dapat 2 minggu MC. Tapi hati punya cekal taknak ganti hari bekerja, saya gagahkan diri. Dan Allah bagi kekuatan. Alhamdulillah. 

Sekarang ni tengah menaip dengan komputer hospital sambil tunggu patient datang. Harap-harap patient tak datang. Bukan malas. Tapi kan tak baik mendoakan orang sakit. 

Minggu akhir ini saya bertugas di bahagian kecemasan. So deal dengan patient yang kemalangan dan ditimpa musibah. Menarik kes-kes yang ditemui. Terskru tangan, bertusuk kayu dalam lengan, termasuk batu dalam mata, tertelan duit. Wah. Macam-macam. 

Dan saya suka nasihatkan, "Banyakkan sabar ye.."

Ada satu patient tu, saya cakap "banyakkan sabar ye.."
Dia marah saya balik.
"Kau tahu ape. Kau tak rasa sakit. Kau tak tahu aku sakit macamana."

Saya senyum. Dalam hati  memberontak cakap, "Macam aku tak pernah sakit."

Tapi demi etika kerja dan profesionalism, saya trus tersenyum dan beri khidmat yang terbaek.

Jadi muslim yang profesional ni selain kena jaga etika, kita lagi lagi la kena jaga adab. Bawa nama Islam kan. ^^

Semalam saya balik agak lambat. Sekarang asyik nak balik lambat-lambat je. Punyalah rasa chenta sangat dengan HUSM ni. Tu yang rasa liat nak balik UIA. 

Insya ALLAH minggu depan akan balik semula ke UIA. 

Setelah hampir 3 bulan meninggalkan bumi Kuantan, memang tak tipu rasa rindu.
Rindu nak gi kuliah. Bila fikir kuliah rasa rajin je nak pergi UIA. 
Rindu nak lepak kat Teluk Chempedak. Nostalgia kot kat situ. Bila stress je lepas pergi Afzan, mesti pergi TC. 

Ingat, bila stress cari Tuhan dulu. Baru pergi memerhatikan ciptaan Tuhan. ^^

Harap-harap tahun empat ni which is tahun AKHIR kat UIA ni takde lah stress sangat macam sem lepas. Saya rasa sepanjang hidup di UIA, sem lepas paling ngeri. Buktinya blog memang tak hapdet langsung.  Sebab memang tough. Subjek tough. Kelas packed. Clinical Practicenya lagi. Memang mencabar.

Saya tidak berharap banyak untuk tahun empat. Cukup untuk melaluinya dengan sejahtera,aman sentosa. Insya Allah.

Ok. Walaupun saya dah menulis banyak, patient tetap tak datang. Apa lagi yang boleh saya buat. Melayan FB pun sudah habis News Feed saya scroll. Hehe. 

Saya memang tak suka duk diam. Otak boleh jadi beku. Maka saya akan katakan tidak pada kerjaya yang selalu buat otak saya beku. Ok. 

Sekian. Sehingga jumpa lagi. ^^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, August 12, 2014

Tak tipu, RINDU!

2 comments:
Bismillah alhamdulillah.

3 bulan tak menulis. Satu tempoh yang agak lama untuk seorang yang mahu bergelar penulis aktif.

Beberapa hari ini, kerap saya membuka dan membelek blog ini. Syahdu dan teringat-ingat saat manis saya sangat bersemangat menulis di blog. Boleh jadi FB adalah satu faktor yang besar yang membuatkan saya tidak komited dengan blog.

Jujur, FB tidak sama malah jauh sekali bezanya dengan blog. Di blog, menulis jadi lebih terperimci dan boleh menulis panjang. Di FB kalau tulis panjang sangat nanti orang malas nak baca.

Saya sengaja membayangkan detik jari jemari saya ini rajin menari di papan kekunci untuk menghidupkan laman husnabaek ini. Supaya datang sengaja angin dan semangat untuk saya teruuuus menulis.Bayangan saya kebiasaannya berakhir dengan dengkuran tidur yang sebentar. Ehhe.

Saya jadi rindu membalas komen di ruangan komen. Membalas dengan penuh ilmiah. Jadi seronok bila ada orang sudi menjenguk blog kita untuk perkongsian ilmu. Di FB, kebanyakan yang melawat wall adalah berstatus sebagai stalker dan mahu mencari salah dan kelemahan kita. Sabar aje.

Saya kadang-kadang beberapa kali mahu berhajat menutup FB. Sebab banyak sangat orang benci. Huu. Nangis. :'(

Rindu. Sangat rindu.

Oh ya sedikit update tentang diri sendiri.

Sekarang berada di HUSM Kubang Kerian untuk minggu ke-7 Latihan Industri.
Insya Allah minggu depan akan menghabiskan minggu terakhir Latihan Industri dan kembali ke Kuantan untuk menamatkan satu tahun lagi untuk degree. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan.

Insya Allah akan kembali terus menulis disini.

Semoga berjaya.

Regards,
'AH. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, April 26, 2014

Sebuah Cinta.

4 comments:
Saya amat dukacita membuka laman blog sendiri.
Hidup segan, mati tidak mahu!

Adik junior dari Petaling Jaya memberi mesej di inbox FB saya,
"Kak Husna, kenapa dah tak menulis? Hidup di Kuantan terlalu sibuk sehingga kita tak mampu nak update blog ke akak?"

Saya senyum. Sibuk? Atau tidak pandai membahagikan masa?

Saya cuma seorang pelajar degree. Juga pejuang dakwah sepenuh masa. Dua taklifat ini sepenuhnya saya lakukan di bumi UIA. Ia bukan banyak.

Bayangkan saja orang yang memegang taklifat sebagai pelajar, isteri, ibu, pendakwah.. Saya tengok, mampu saja mereka survive.

Dimana bezanya? Bezanya keberkatan masa.

Mungkin kena kawen, baru ada keberkatan. Hehe. :p

Bezanya bagaimana kita menguruskan masa.

Minggu ini, ramai yang pulang ke kampung halaman. Bertemu ibu ayah dan keluarga kesayangan. Saya juga merancang untuk pulang. Mana tidaknya, saya sudah terlalu rindu untuk bertemu insan-insan yang pasti menenangkan hati.

"Takpe, kakak belajar dulu. Habiskan kerja-kerja sekolah."

Saya tahu, Ibu mengharap saya pulang.
Beberapa hari sebelumnya, Ibu pernah bertelefon dan bertanya,
"Kakak, betul ke Munir kata Cikna balik hujung minggu ni?"

Saya kelu. Bagaimana mahu saya katakan,
"Boleh balik. Tapi sabtu malam kakak kena balik Kuantan dah. Sebab hari Ahad dah kena pergi Temerloh."

Saya kecewa. Kekangan akademik memang menduga. Saya tidak pernah menyangka, di tahun tiga, saya tidak mampu balik hujung minggu di rumah. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya!

Saya rindu zaman budak-budak. Hoh!

Kerana sebuah cinta pada ilmu, inilah pengorbanannya.

Ya, kerana sebuah cinta.

Biar menangis, tak dapat pulang ke kampung halaman. Asalkan hati kuat untuk terus berjuang.
Menyelesaikan degree dengan riang. Insya Allah.

Cinta itu perlu pada pengorbanan. Yup, indeed!



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, April 04, 2014

Alam 'clinical' : Cabaran buat minda

4 comments:
Kini, saya sudah memulakan alam 'clinical'. Dimana setiap pagi akan ke hospital seawal 8 pagi dan kembali semula selepas 5 petang. Sebelum saya berada di tahap ini, saya membayangkan betapa seronoknya memakai kot putih, berjalan dengan beg sekolah, kemudian memasuki gerbang hospital dengan rasa penuh teruja.

Tapi ternyata, setelah seminggu melaluinya, ia tidak sebahagia yang disangkan. Ia penuh ujian dan perlukan kesabaran. Ia bukan sekadar belajar ilmu bidang kita, tapi ia lebih dari itu. Ianya adalah belajar tentang KEHIDUPAN.

Saya teruja kongsikan dengan dunia, betapa seminggu yang saya lalui sudah banyak ajar saya erti kehidupan. Memberi rasa dan impian pada hati untuk sebuah kehidupan akan datang yang bakal dibina.

Saya merasa letihnya bekerja. Penatnya subhanallah. Lebih teruk berbanding menghadiri kelas seawal 8 pagi sehingga 6 petang. Di UIA, saya sudah terbiasa menghadiri kuliah dari 8 pagi sehingga petang. Malah, ada sehingga malam. Tapi ternyata, latihan se'tough' itu tetap tidak mampu membuatkan saya 'biasa' dengan alam clinical ini.

Ibu Ayah saya selalu mencabar diri saya, sebelum bernikah dan menjadi seorang isteri, saya mesti belajar semua urusan rumahtangga dan belajar untuk mengurus hidup dengan betul dan tersusun. Sejak 6 bulan yang lalu, pesanan ini ibu khususkan untuk saya. Katanya sebagai persediaan untuk saya menjadi isteri solehah bakal penghuni syurga. :D

Saya menyahut cabaran itu. Kalau dulu, saya hanya seorang anak manja yang menunggu makan terhidang di meja, sekarang tidak lagi. Saya belajar memasak sendiri. Malah, saya baru saja menyedari, saya sangat suka memasak. Ya, sangat!

Saya belajar mengemas rumah saban pagi. Semuanya supaya kelihatan tersusun dan kemas sekali. Alhamdulillah, saya tidak lagi mengharapkan 'orang gaji'.

Sekarang, ditinggalkan di rumah sewa, dengan alam clinical yang memenatkan jiwa raga, saya ajar diri untuk berdikari dan kuat hati. Balik dari hospital, saya terus memasak. Menyediakan santapan dinner untuk seluruh ahli rumah sewa. Kemudian, saya bersiap pula untuk study (kewajipan sebagai pelajar lah kan) sampai tengah malam. Paginya bangun seawal mungkin untuk bertemu Tuhan memohon keberkatan dan seterusnya bersiap untuk ke hospital lagi. Rutin yang amat menguji ketahanan fizikal.

Tapi rutin itu membuat saya menghargai ibu ayah. Membuat saya menghargai kakak dan abang. Alhamdulillah, saya banyak belajar. :D

Di hospital, lain pula ceritanya. Dibuli dan ditengking itu adalah norma biasa. Tapi alhamdulillah, saya belum pernah lagi ditengking. Satu doa yang saya ucapkan saban waktu,

"Ya Allah, lancarkanlah perjalananku menuntut ilmu. Sejukkanlah hati orang yang berurusan denganku dan jauhhkanlah aku dari dizalimi."

Its work. Totally work!

Konklusinya, memintalah pada Tuhan agar perjalanan menuntut ilmu ini dipermudahkan Tuhan.

Sepanjang alam clinical ini, saya tidak tinggal solat hajat, memohon agar Allah mudahkan urusan clinical, beri saya kekuatan jiwa dan mental, beri saya kekuatan fizikal. Semuanya saya minta. Bukankah Allah kata, mintalah apa saja dariNya. Kerana hanya Dia yang berhak memberi. Alhamdulillah. ^^

Ada kawan-kawan saya yang dibuli oleh staf disana. Kena lipat kertas tisu. Kena tukar cadar katil. Kena tulis nama patient di log book. Itu perkara biasa. Sebagai student, ikutkan sajalah. Tapi bila dah kerja nanti, jangan ulang perkara bodoh yang sama kepada student ye.

They come to learn, treat them nicely. It should be like this. :)

Ok. Saya sudah terlalu berat kepala setelah melalui seminggu yang mencabar.

Rutin saya sama saban hati, sebagai clinical student, surirumah dan juga degree student yang kena hadap exam dan assignment.

Tidur agak lewat, sekitar pukul 1 pagi, tiada tidur siang, dan bangun semula seawal 5 pagi. Hari Khamis, habis saja waktu bekerja, saya terus memandu 2 jam perjalanan pulang ke Kuantan. Dan bakal meneruskan rutin sebagai degree student untuk menempuh peperiksaan midssemester. Tidur saya tidak cukup, rehat saya apatah lagi. Tapi nikmat menuntut ilmu itu subhanallah, indahnya tiada rasa bosan dan jemu.

Doa yang tidak saya tinggal,

"Ya Allah, jatuh cintakanlah aku dengan ilmuMu.."

Sebab rasa cinta itu mampu buat api jadi salji tau. :)

Ok, saya terpaksa merehatkan diri. Kalau ikutkan hati, ingin saya terus menulis sehingga pagi, melepaskan gian yang terpendam. Hihi.

Sehingga bertemu kembali.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, March 17, 2014

Berbicara dengan air mata

No comments:
Hari kesepuluh, selera makan yang totally hilang. Rasa batuk yang semakin teruk.
Bercakap pada diri sendiri,
"Kenapa ALLAH tak bagi sembuh? Sebab terlalu banyak buat dosa. Terlalu banyak lupakan Allah. Terlalu banyak belakangkan Allah.. Waktu Allah bagi nikmat, lupakan ALLAH.. Itulah Allah bagi ujian. Allah bagi sakit, supaya ingat selalu pada Allah."
Telefon berdering. Panggilan dari ahli keluarga. Hati berbelah bagi, mahu dijawab atau dibiarkan saja. Suara diperbetulkan berkali-kali, supaya bunyinya seriang selalu.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Eh lainnya suara? Demam tak OK lagi?"

Soalan itu terbiar sepi.

"Tengah buat apa tu?"
Tukar topik.

"Orang tanya ni, tak OK lagi ke? Kenapa tak cakap? Dah makan belum?"

Diam. Sepi. Tidak ada jawapan yang baek.

"Kenapa ni? Cuba jawab soalan orang tanya ni."

"Ok je la. Tade ape. Batuk je, tu yang suara lain. Ok la, henset takde bateri. Dah nak mati. Nanti call balik malam ni."

Panggilan sengaja diputuskan. Button shut down ditekan lama. Biar ia mati. Andai ia cuma menghubung cerita yang mendukacitakan hati.

Tidak berdaya memberitahu, masih diuji dengan sedikit kesakitan. Bimbang hati-hati yang sedang tenang, mula rasa tergugat ketenangan. Kerana risaukan sekeping jasad hina yang sedang diuji Tuhan.

Buka tablet. Whatsapp dari family.
Menceriakan. Tersenyum. Semoga selamanya bahagia. Dan moga tawaku kembali menceriakan.

Makan malam. Dengan semangat, mahu menghirup sup tulang. Mengikut nasihat abang, supaya selera kembali mendatang.

Ya, seleraku terundang. Makan nasi habis sepinggan. Setelah seminggu aku tidak dapat menikmati selera yang begitu. Biasanya nasiku ke pinggan orang. Mangsa yang terpaksa menghabiskan makanan untuk mengelakkan pembaziran.

Aku gembira. Sekurangnya, aku mampu makan. Baru beberapa minit menghabiskan sisa di pinggan, terasa begitu mual. Aku terus ke toilet. Semua nikmat makan yang terundang sudah dikumbah semula sebagai muntah. Satu persatu makanan keluar, seperti asal. Kecewa. Ya, terlalu kecewa.

Stress. Ya, bertambah stress. Aku pandang cermin dan berkata, "Husna kena sihat. Esok ada paper. Minggu ni sangat tough. Husna kena sihat."
Dan tanpa aku sedar, air mata itu mengalir perlahan.
Semakin laju dan laju. Seolah tidak ingin berhenti.

"Jangan manja." Aku ingatkan kembali pesanan lecturer kepada diri. Dan cuba untuk tersenyum pada imej sendiri. Hambar. Sangat hambar.

Sungguh, ujian kesakitan ini membuat aku sukar untuk ketawa. Ujian ini membuat hatiku lebih sensitif. Mudah terasa dan dahagakan kasih sayang jua perhatian.

Fragile. Memang fragile orang yang sedang kesakitan. Satu faka yang aku sedar sejak dulu lagi.

Aku meneruskan jihad ilmu. Menghadap nota yang bertimbun. Untuk peperiksaan esok hari. Bukan aku tidak cuba belajar awal. Tapi ternyata aku masih gagal menguruskan masa dengan baik. *sigh

Kepalaku berat. Semua maklumat yang dibaca aku tahu ia tidak dihadam. Yang aku harap, cuma keberkatan. Biar Allah tahu, aku berusaha. Meskipun aku sendiri tidak tahu apa yang aku baca. Dengan batuk yang tidak pernah membiarkan aku sendiri walau seketika. Dengan kepala yang memberat waktu melihat screen computer. Semuanya menyumbang kepada usaha yang aku yakin tidak sia-sia. Allah kira usahaku. Walaupun hasilnya tidaklah sehebat selalu. Aku tahu Allah nilai usahaku. Malah, aku yakin Allah tidak akan mempersia-siakan usahaku. Allahu Allah.

Aku teingat para nabi dan assabiqunal awwalun. Ujian mereka jauh lebih berat. Dan kesabaranlah yang membuatkan mereka berjaya.

Aku kepal tangan kanan dan letak di bahu kiri, aku tepuk perlahan dan cakap pada diri, "Sabar. Perkuatkan kesabaran." Dan aku cuba tersenyum. Memberi senyuman yang paling indah untuk diri sendiri.

Aku mohon maaf pada ketidakmampuan jasad ini. Mohon untuk berehat, mengumpul tenaga untuk jasad ini kembali ceria dan menceriakan. Allahu Rabbi. Beri peluang aku menjadi matahari, buat semua orang yang aku sayangi. Beri peluang aku menjadi pelangi, buat orang yang aku kasihi. Beri peluang aku menjadi purnama buat orang yang aku rindui.

Terima kasih Allah atas nikmat saat yang berharga ini. Semoga aku tidak jauh malah mendekat denganMu, Ilahi Rabbi! ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, March 15, 2014

Kuantan Medical Centre, kita bertemu lagi. ;)

No comments:
Sewaktu tahun pertama dulu, semalaman bermalam di KMC. Selepas melarikan diri dari HTAA.
Yang tak seronoknya bila sakit di UIA ialah takde orang nak temankan. Yang bestnya, belajar banyak untuk berdikari. Kata independent. ;)

Semalam, Jumaat yang cukup bermakna. Allah hantar pergi KMC. Hampir warded, tapi alhamdulillah KMC full. Fuh, zaman sekarang semua orang nak yang terbaek untuk kesihatan, tak kisahkan bayaran.

Paginya, saya ke klinik UIA, buat kali kedua selepas lebih seminggu batuk, demam, muntah, diarrhea dan rasa tade selera makan. Gagahkan juga diri ke kelas sebab sayaaaang nak tinggal lecture. Doktor suruh rehat, taknak. Degil. Sekarang baru padan muka. Sila tanggung sendiri.

Selepas ke klinik UIA, Doktor nak refer saya ke HTAA. Oh, saya refuse. I have no time to wait. Lagipun sape nak temankan pergi sana? T.T

I take my own decision lepas tanya Ibu, untuk refer ke KMC.

Pergi je KMC, terus admit ke A&E (kecemasan). Doktor kata muka terlalu pucat dan tachycardia (susah nak bernafas).

Terus drip dan pengsan. Lepas sedar balik terus amek gambar upload FB. Haha. Gila FB. ;)

Sebab ramai sangat cari saya hilang tak datang kelas.


Photo: This is my road to mid-semester exam. :D

Finally. 

Dear friend,
Sila jaga kesihatan anda dengan baek.

Doakan saya.

*tak warded. Berehat sebentar bersama Kitkat. 

Jumuah mubarakah dari Kuantan Medical Centre. ;)
Lepas upload lagi ramai cari. Siap ada yang nak datang melawat lagi. Adeh. =.='

Admit around 9 pm, sedar-sedar pukul 10 am. Pukul 12 dah mengamuk dengan doktor nak balik UIA. Ahha. ;)

Pukul 2 baru doktor izinkan balik UIA. Tu pun lepas bayar bil yang mahal nak mati. =.='

Expected.

Dalam hati cakap, "Nasib baek aku tak admit terus sampai esok pagi. Kalau tak i cant imagine the bill!"

Sampai sekarang pun demam masih. Batuk pun masih. Sakit perut pun masih. Perlukan rehat yang banyak dan mohon untuk tidak diganggu. Perlu fokus banyak perkara terutamanya miderm exam yang bakal bermula isnin nanti. Nangis sorang-sorang fikir nak exam macanama study tak banyak. Allah. ;(

Doakan saya ye.
Dah lama tak sakit macam ni sampai warded2. ;)

Allah uji lagi sebab Allah sayang. ;)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, March 14, 2014

NIkmat sihat yang ditarik Allah

No comments:
2.51 pagi.

Terkebil-kebil mata saya. Masih segar dan cerah. Mana tidaknya, baru saja celik selepas melelapkan diri seusai Maghrib tadi.

Allah sedang menguji. Hilang selera makan. Kalau dipaksa makan, akan muntah semula. Badan terasa sangat lemah. Kepala mudah rasa hendak pitam. Tekak sakit dan berpasir, menambah hilang selera makan.

Semakin hari, semakin memburuk.

Minggu depan bakal menghadapi mid-semester exam. Menangis. Macamana nak exam dalam keadaan begini? T.T

Alangkah besarnya nikmat sihat itu. Sepanjang semester ini, inilah kali pertama merasai nikmat sakit sehingga terganggu aktiviti samada meeting ataupun belajar.

Dalam kelas petang tadi, demam selesema menyerang. Fokung menghilang. Lecturer menzahirkan rasa kasihan. Tapi tetap memberi sokongan, "Jangan manja. Kena lawan."


Saya merasa kuat. ;)

Saya jadi buntu sendirian. Tidak pernah saya berjaga malam. Kebiasaannya jadual hidup saya cukup teratur. Pukul 2 pagi pasti sudah tenggelam ke alam mati sementara. Bangkit semula seawal 5 pagi, menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

Tapi malam ini jadual sudah tunggang terbalik. Sedang esok saya ada hari yang panjang untuk dijalani. Saya ada kelas dari pagi, sehingga petang. Yang memerlukan jasad yang kuat untuk melaluinya. Allahu Allah.

Saya teringatkan ibu di kampung. Besar harapannya untuk mendengar saya kembali sihat. Besar juga harapan saya sendiri untuk kembalikan kesihatan jasad ini.

Besarnya nikmat sihat. Tidak terhitung melainkan detik kita merasa sakit.

Berharganya sebuah kesihatan. Tidak ketahuan melainkan tibanya ujian kesakitan.

Subhanallah, tetapkanlah aku dalam iman. Berikanlah aku kesabaran. :')

Semoga Allah permudahkan urusan. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, March 13, 2014

Separuh masa pertama.

1 comment:
Menghabiskan sisa-sisa tahun ketiga dengan senyuman.

Seronok rupanya jadi kanak-kanak berbanding jadi orang dewasa.

Bakal menghadapi mid-semester exam tidak lama lagi. Mohon doanya.

Semoga Allah redha perjalanan ini.

Walaupun dah tak mampu nak menari-narikan jari di laman ini, hati selalu teringat. Membayangkan suatu hari nanti mampu meluangkan sebanyak mungkin masa untuk menulis, melunaskan hobi yang sentiasa terpendam. Atau lebih tepat, terpaksa dipendam. ^^

Semoga belajar degree ini cepat-cepat habis. Semoga perjalanan ini cepat-cepat selesai. Dan dengan penyelesaian yang terbaek. Insya ALLAH.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, February 23, 2014

Road to oversea. ;)

1 comment:


Jom fly. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Final Year Project (FYP)

No comments:
Semoga Allah beri idea. 
Semoga Allah datangkan ilham. 



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, February 13, 2014

Feel blessed.

2 comments:

Ketahuilah.
Hidup ini sangat indah jika kita ikhlas.

Biar apa saja kekecewaan kita,
kehampaan kita,
rasa sedih di hati kita,
ikhlaslah.

Anggaplah itu aturan Tuhan buat kita.

Tuhan mahu kita rasa sedih.
Rasa kecewa.
Rasa hampa.

Rasa yang pahit itu sebenarnya buat kita lebih dekat bergantung dengan Allah.

Allah mahu kita dekat denganNya.

;)

Senyumlah.

Apa saja yang datang. 

Senyum itu membahagiakan.

Melihat orang tersenyum juga sangat membahagiakan. 
Percayalah! ;)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, February 12, 2014

Jangan menangis,sayang. ;)

No comments:
It is you. 

Bila didatangi ujian,
Orang yang kita cari tentunya orang yang sedia mendengar.
Cukuplah mendengar.
Ia sudah membahagiakan.

Bila menghadapi tekanan,
Yang kita harapkan adalah senyuman.
Senyuman itu pasti mengendurkan.
Segala ketegangan yang tersimpan.

Bila rasa serabut mendatang.
Yang aku harap adalah motivasi.
Kata-kata yang membuatkan aku terus berdiri.
Agar terbang pergi segala kekusutan hati.

Terima kasih orang-orang yang menyumbang.
Penghilang tekanan dan penghapus ujian.

Terima kasih orang-orang yang tersayang.
Akan aku kenang segala kasih sayang.
;)

"Jangan menangis, sayang. 
Ada Allah disisimu. 
Mendengar segala luahan hatimu.
Ada Allah denganmu.
Yang sentiasa menyayangi.
Tabahlah dalam ujian.
Awak adik yang terbaek."
-Abang. ^^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, February 09, 2014

Cuti 3 minggu yang bermakna. ;)

No comments:
Balik saja dari Kuantan, saya memberitahu Ibu,
"Kakak cuti 3 minggu ni, Ibu. Insya Allah awal Februari kakak balik Kuantan."

Ibu diam.
Eh kenapa takde respon ni.

"Kenapa Ibu senyap je.."

"Yelah, kakak cuti 3 minggu. Lepas ni ada cuti lagi ke? Lepas ni kalau kakak dah kawen, takde dah cuti macam ni. Gunakanlah sebaiknya."

"Huk aloh. Macam esok je kakak nak kawen. Cehh. Insya Allah Ibu."

Then, saya terfikir, patutlah orang asyik nangis je bila akad nikah. Sedih sangat rupanya. Huk aloh. ^^

Minggu pertama saya minta Ibu beri saya peluang untuk istirahat. Sebelum memulakan tugasan sebagai surirumah terbaik abad ini. Saya keluar beli barang keperluan, penuhkan peti sejuk yang kosong terutamanya. Kitkat dah macam kedai penjual kitkat dah dalam peti ais tu.

Ayah kata,
"Kakak! Kitkat tu bukan nasi!"

Mana tidaknya, saya asyik  makan kitkat. Nasi tak selera sangat.

Hujung minggu pertama, saya jadi 'tour guide' yang tak bertauliah. Kena bawa tetamu melawat Wakaf Che Yeh. Saya telefon Abang, minta kebenaran dan juga minta 'jalan'.

"Heh, pernah pergi ke Wakaf Che Yeh? Tahu ke nak pergi? Tahu ke Wakaf Che Yeh tu macamana?"

Ok, ini kali pertama saya pergi Wakaf Che Yeh dengan serius. Sebelum ni tak pernah masuk kot.

Esoknya pulak bawa tetamu ke Rantau Panjang. Terkejut Ibu.

"Kakak nak bawak diorang pergi Rantau Panjang? Kakak tahu ke??"

Adeh. Menangis dalam hati. Saya sendiri memang tak pergi Rantau Panjang melainkan waktu kakak nak kawen 3 tahun lepas. Apa rupanya pun saya dah lupa. Sampai sana, nasib baik tak masuk Thailand. Jakun. Sampai tetamu tu cakap lagi, "Awak ni orang Kelantan ke tak?"

Cehh. Saya Kelantan tulen ok. ;)

Hujung minggu yang menarik. Terima kasih semua yang terlibat. ^^

Saya siapkan station saya untuk bekerja. Workstation la kononnya. Nak membaca, nak menulis. Kemas sekemas-kemasnya.

"Esok, kakak nak start membaca dan menulis! Serius."

Ibu senyum je dengar monolog luaran anak perempuannya ni. Haih.

Esoknya, saya bangun pagi, semangat berkobar-kobar. Nak bekerja ni. Nak bekerja.

Tiba-tiba dapat call,
"Dekna datang Johor boleh? Kakak demam denggi. Takde sapa nak jaga dia di wad."

Saya tergamam. Terdiam. Laptop yang sedang dibuka saya tutup semula. Buku yang tersusun untuk dibaca, saya pandang kosong. Berat hati saya untuk pergi. Sebab saya ada janji yang perlu ditunaikan. Teringat janji, hati rasa berbelah bagi.

Saya angkat mata dari laptop, terpandang potret family di meja. Saya tersenyum. Angguk kepala macam dalam drama, dan kata pada diri sendiri,
"Kalau aku tolong orang, Allah akan tolong aku."

Saya mendapatkan Ibu dan berkata,
"Biar kakak pergi Johor. Biar kakak temankan di wad nanti."

Ibu tersenyum. Lama kemudian Ibu berkata,
"Ibu tahu kakak tak pernah mengecewakan."

Sebak juga bila Ibu berkata demikian. Semoga benar Ibu terhibur dengan saya. Dan meredhai saya.

Terngiang-ngiang ayat Ibu sepanjang saya dalam bas perjalanan ke Johor Bharu. Mula rasa bimbang andai selepas ini saya mengecewakan ibu. Mohon jauh, Ya Allah. Saya tidak suka mengecewakan. Sesiapapun.

Seminggu saya di Johor. Menggunakan masa sepenuhnya mencurah bakti buat abang dan kakak. Saya cuma seorang adik yang mahu meraih keberkatan hidup dengan berbakti kepada mereka, sebelum ajal menjemput. Atau mungkin sebelum saya menjadi suri buat seorang lelaki suatu hari kelak. Fuh, jiwang terlebih ni. ^^

Saya korbankan apa yang saya mampu. Ruang cuti saya selama seminggu habis terbakar di bumi Johor, atau lebih tepat, terbakar hangus di wad hospital. Sungguh membosankan berada di wad hospital, orang kata. Tapi saya tidak mahu mentaliti bosan itu menggari minda saya. Saya tetap mahu happy dan enjoy. Maka, saya berjaya enjoy di hospital tersebut. Kita sekiranya tak mampu mengubah suasana, ubahlah persepsi kita. Suasana hospital memang bosan. Ubahlah persepsi kita, buat sesuautu yang menggembirakan. Saban pagi selepas Subuh saya berjalan-jalan sekitar hospital. Membayangkan pekerjaan saya seorang doktor. Sambil memakai tag nama kakak. Ahhah. Mujur saya tidak jadi doktor. Malasnya nak jadi doktor. Penat!
Malam pula saya mengalunkan Al-Quran lembut sehingga kakak tertidur. Selepas dia tidur, saya yang masih tidak dapat melelapkan mata menerawang berfikir jauh tentang masa depan!

Pengorbanan bukan mudah untuk dibuat. Tapi kerana sayang, pengorbanan itu sungguh menenangkan. Tidak timbul rasa rugi menghabiskan seminggu di Johor Bharu. Malah beruntungnya saya berpeluang menggunungkan pahala. Moga-moga segunung pahala itu menghapuskan jutaan dosa dan noda seorang hamba yang dhaif ini.

Saya juga sempat menghadiri majlis perkahwinan sahabat UIA, Nazierah Rosman. Pada awalnya, abang tidak membenarkan saya kesana. Abang, yang bersikap protective atau lebih tepat overprotective memang sudah saya jangkakan. Risau benar jika saya keluar sendirian. Sedang di UIA, selalunya memang bersendirian. Jarang berteman. ^^

Sesi pujuk memujuk akhirnya berjaya meyakinkan abang bahawa adik perempuan bongsu ini sudah mampu berdikari. Sudah dewasa dan perlu hidup persis orang dewasa. Betul bukan? ;)

Sampai bila abang mahu simpan saya di bawah ketiak abang? Kata saya. Satu hari nanti saya akan hidup tanpa abang juga.
Tapi jawab abang, kalau awak hidup jauh dari abang lepas ni, awak kena kawinlah dulu.
Heh, selama ni bukan main demand nak adik ipar yang macam-macam seperti dalam skema yang dia tetapkan. *mengeluh

Oh panjangnya saya berceloteh. Saya kena berhenti rasanya. Ada lembaran lain yang perlu saya penuhkan dengan tulisan. Kenapa di blog laju tangan saya menari-nari. Tapi bila beralih lembaran, tangan saya menjadi kaku. Oh Allah. Berilah ilham! ;)

Ok, sehingga bertemu lagi.




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Minggu pertama semester baru.

No comments:
Minggu pertama kali ini sangat menyenangkan. Sungguh, tidak ada banyak kelas. Hanya ada dua kelas sepanjang seminggu.Minggu yang tak mungkin dinikmati pada minggu akan datang. 

Semester ini saya agak berterabur. Hilang punca, sedikit. Mungkin dengan banyaknya ujian yang pelbagai datang tanpa henti, membuatkan diri sedikit tidak terurus. Tapi alhamdulillah, bibir masih mampu tersenyum dan sesekali mampu ketawa riang. Eh sesekali ke? Macam selalu je. ;)

Tidak ada sebab untuk kita tidak tersenyum apabila didatangi ujian. Kita kan orang beriman yang yakin bahawa ujian itu datangnya dari Tuhan? Mustahil Tuhan memberikan sesuatu yang menzalimi hambaNya. Tuhan itu Maha Penyayang, kawan-kawan! 

Photo: Guru terbaek dalam hidup ini adalah kehidupan.

Seronok sangat dapat menghabiskan hujung minggu bersama abang dan family.
Belajar bagaimana kehidupan seorang isteri.
Belajar bagaimana kehidupan seorang ibu.
Belajar bagaimana kehidupan bermasyarakat. 

Ilmu untuk hidup yang sangat berguna.
Manfaatnya bukan biasa-biasa.

Terimakaseh Allah atas nikmat yang tidak terhitung ini.

*bercuti di Cherating dengan penuh komitmen. ;)

Hujung minggu saya berpeluang bercuti bersama abang dan family di Cherating. Hadiah dari abang untuk seorang adik yang hebat, katanya. Teruja saya mempunyai ahli keluarga yang sangat supportive. Alhamdulillah. Berenang, menyelam, bermain ombak adalah aktiviti wajib apabila bercuti. Jadi teringat pula pada family holiday kami. Kebiasaannya bertemankan abang bermain ombak di tengah pantai. Tapi kali ni bertemankan Power Ranger yang tak pandai berenang. Ehheh. Saya pula jadi coach renang yang garang. ^^

Menariknya di Cherating, selepas Subuh, kami bertiga ke tepi pantai. Langit masih gelap, hanya ada cahaya lampu dari kapal-kapal yang berlabuh di tengah lautan. 

Check one two
Check one two

Kemudian kami mengalunkan Asmaul Husna dengan penuh semangat. Diikuti lagu haraki yang membina jiwa untuk meneruskan kerja Islam dalam apa saja keadaan sekalipun. 

Keseronokan bermain dengan anak saudara (Naim dan Nuha) memang tidak dapat dinafikan. Seronok dapat melayan budak-budak. Rasa hilang segala tensi yang ada di kepala. Alhamdulillah. ;)

Bakal memulakan minggu kedua yang sedikit tough. Semester ini sungguh mencabar bagi saya. Lebih-lebih lagi dengan adanya clinical posting selama enam minggu. Lamanya subhanallah! 

Clinical posting bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Tapi ia adalah satu kewajipan. Nak tak nak, saya tetap kena enjoy dan cari jiwa untuk riang gembira dengan clinical practice tersebut. Go Husna, go! ;)

Saya masih mencari semangat untuk meneruskan semester ini yang diyakini mencabar. Ya, semangat itu datangnya dari Allah. Sepertimana datangnya kekuatan seorang hamba. Saban malam saya memohon agar Allah beris aya motivasi dan semangat untuk meneruskan tiga semester panjang yang tersisa dan satu semester pendek. 

Saya bayangkan girangnya hati ibu dan ayah bila saya menghampiri tahun-tahun akhir pengajian. Saya bayangkan indahnya hidup saya pasca graduasi kelak. Semoga betul-betul indah. Allahumma Amiin. ;)

Saya berazam untuk istiqamah menulis. Tapi memikirkan kekangan masa yang bakal saya hadapi, saya mula hilang harapan. Tapi saya mesti tetap mencuba. Sebab saya seorang yang besar jiwanya. ^^

Demikianlah coretan minggu pertama yang membosankan tanpa kelas dan aktiviti yang mencabar. 

Semoga minggu yang mendatang lebih menarik dan penuh dengan warna-warna keriangan. Insya Allah. 

Mohon doanya semua! 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.