♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, March 14, 2009

belajar dari aleeya



petang itu,bapa saudaraku datang ziarah ke rumah ku..memandangkan rumah kami hanya berdekatan,jadi die cume mengayuh basikal tuanya kemari.kebetulan juga,asar itu,abang yu,kak za dan aleeya datang bertandang ke rumah juga.Setelah solat asar dan makan cempedak goreng,undang2 keluarga sejak dari dulu harus diadaptasi tidak kire anak mahupun cucu..
sejak dulu lagi,kami adek beradik tidak dibenarkan keluar bermain pada waktu petang selagi jam tidak menunjukkan pukul 5.30 Petang..dan sewajibnya masuk ke rumah sebelum 6.30 petang..Terlalu banyak disiplin yang dititik beratkan untuk membentuk sahsiah yang terpuji.Ayahanda memainkan peranan yang cukup hebat.Andai sesiapa yang melanggar undang2 itu,pasti tidak dibenarkan masuk ke rumah..siapa tidak takut..pernah juga aku mencuba 'dende' itu..dan memang..tiada pilih kasih,denda tetap dijalankan..kelakar rasanya mengimbau saat dikurung diluar rumah kerana kenakalan dan kedegilan..itulah tarbiah..
petang itu,pukul 5.30 petang,kami turun bermain basikal.Aleeya yang baru dua minggu mendapat basikalnya turut sama bermain.sebagai kanak2 yang baru belajar basikal,tentunya aleeya perlukan bimbingan.dan aku dalam masa yang sama,turut menunggang basikal bapa saudaraku..sedang asyik bermain dengan aleeya,tiba2 basikal yang ku tunggang jatuh..aku pun tergolek sama..aduh..sakit..jalan tar itu aku cium..bila lagi berpeluang mencium jalan tar ni..abang dan kakakku tergelak  besar..aku bangun sendiri,tidak mahu dibantu.dasar ego barangkali.sakitnya tidak terperi..tanganku terseliuh..tidak boleh digerakkan..sakit sekali.aku menjerit kesakitan..naik kerumah sekejap,turun semula dengan tangan berbalut,muka masam mencuka..sakit sekali..entah bagaimana basikal yang ak pandu tidak dapat dikawal.Laju?agak la..

"tok se maing lagi ko dik?"tegur abangku.
ak hanya menggeleng.
"serik..sakit."jawabku.

benar.Kesakitan itu membuatkan aku seperti hendak mengatakan,ak tak nak mengayuh basikal lagi.Lihat tanganku!!
nasib baik sebelah kanan,masih tidak kekok kerana ak seorng yang kidal..
Aleeya masih maen..Masih bersemangt bermaen..Berkali2 basikal yang die kayuh terbalik..Lututnya berdarah..Namun die tidak mengalah.DIa bangun dan kayuh lagi.Malah dia cukup gembira..bergelak ketawa..Sekali lagi basikalnya terbalik,maklumlah baru belajar,tangannya tercalar,merah2 darah.
Wah,aleeya tetap tidak berputus asa..Meskipun Umminya menyuruh dia berhenti,namun kanak2 2tahun itu tidak mengendahkan suruhan ibunya.Dia tetap mengayuh dan mengayuh..
Ak yang sedang memerhati dari jauh,rase berpukul..
Kuat betul semangat kanak2 itu..tangan,kakinya penuh dengan calae-calar..namun dia still steady mencuba untuk mengayuh basikal itu..
tanpa mengenal erti putus asa dan tidak kisah dengan kesakitan yang dialami..
mungkin juga kanak2 seperti itu tidak pernah tahu ape itu putus asa..itu lebih bagus..
usah kau belajar ape itu putus asa Aleeya..
Menangis??ya,setiap kali jatuh,aleeya menangis,namun basikal itu tetap dikayuh..
laksana perjalanan hidup yang harus diteruskan meskipun jatuh,sakit dan menangis..
wah!ini benar2 pengajaran yang hebat bagiku..
kenapa aku sekali jatuh saja sudah naek ke rumah..menyuruh ibu membalut tangan yang sakit..sedangkan ALeeya,tidak menyuruh Umminya menyapu minyak pun pada lukanya..Thabatnye Aleeya..sedangkan aku??mungkin kerana aku sudah tahu apa itu putus asa..ash,sudah lame ibuku berpesan,jangan belajar apa itu putus asa..Ummat Islam tidak tahu ape itu putus asa..
Oh,tuhan...
Malu pada Aleeya..
Sampai pukul 6.30 petang,Aleeya disuruh naek ke rumah..Dia mengikut..saat itu baru die berhenti mencuba..kanak2 ini memang besar hatinya..
Abangku menyindirku,
"bawak motor,keta bertahun2,naek beskal jatoh skali dah perit??ingatkan hero sangat.."
benar!!ak telah bertahun2 menjadi pemandu motosikal..setiap hari!!kesekolah dengan motosikal..
kereta??ak hanya pandai memandu kereta sewaktu di tingkatan empat..maksudnya umurku 15tahun..kerana keadaan yang mendesak,ak terpaksa ke tambahan malam dengan kereta sewaktu bersekolah di SEMKAL..
ah,malu pada aleeya..
Andai aleeya pandai berkata2,tentu die gelakkan cikna nya ni..
oh tidak..
ak belajar sesuatu dari Aleeya..
mencuba sesuatu yang baru tidak bererti kite akan terus mahir..malah memerlukan kesabaran yang cukup tinggi..ah,sabar??
satu perkataan unik bagiku..yang mudah terucap di bibir semua orang,tapiterlalu sukar untuk dipraktikkan..
sabar..sabar..sabar..
sebagai manusia yang bertuhankan ALLAH,kite tidak boleh seklai2 berputus asa..itu bukan akhlak seorang muslim..kan??rujuk surah YUSUF..
pengajaean yang cukup hebat..
tanganku berbalut..ak tersenyum..kata ibuku,bukan terseliuh pun..cume agak sakit kerana bengkak barangkali..
Lagi kelakar sewaktu ak minta dihantar ke hospital..
"mane buleh gi spita ni,nati tangan keno kerat.."kata ayahandaku,berlawak barangkali.
malu sendiri.sedangkan aleeya langsung tidak mengadu sakit..malah die cukup gembira..
Petang itu,selepas maghrib,makan sate bersama-sama,sebelum ak berangkat pulang ke DQ esok pagi..(15 mac 09)
mesej dari abang ki yang menyatakan telah smapai ke JOHOR dari JEPUN cukup mengharukan..

malam itu,setelah penat mengemas barang2 yang akan dibawa ke DQ,ak tersenyum lagi melihat tangan yang berbalut..SYAHDUNYA..
sakit memang la sakit..
agaknya bagaimana la nak ke DQ keadaan macam ni..
REDHA saje lah..

oh,DQ seakan menggamitku..namun tangan yang sedikit sakit,seakan menggoda untuk terus tinggal di rumah..malas untuk ke DQ..tambah lagi cuti sekolah baru bermula..pastinya pelbagai picnic dan rehlah mahupun tamrin akan dirancang oleh ahli keluargaku..sedangkan ak terpaksa meneruskan perjuangan di DQ..perjuangan yang bersisa tidak smpai 2bulan pun lagi..hati yang berat kupaksa jua..inilah hidup dan pengorbanan..lagipun,27 mac nati ak akan turun ke JOHOE juga,untuk berjumpa abang ki yang baru pulang dari JEPUN,dan menyertai konvokesyen kak Elly..
PErjalanan ke DQ akan ak teruskan lagi esok pagi..
Pastinya kerja2 yang berlambak menunggu mangsanya di DQ..
ah..tidak mengeluh..

tunggu aku DQ!!
akan ku timba segala tarbiah demi iman yang perlu digilap,agar sinarnya menyinari seluruh alam..bukan hanya diri sendiri..
akan ku infakkan seluruh hidup demi ALLAH..

WASSALAM>>

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.