♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, May 26, 2009

copy of cinta AISYA..part 1

copy of CINTA AISYA..part 1


Labels: CERPENKUBahagian Pertama

Malam itu adalah satu malam yang panjang bagi Uqbah. apa yang dilihatnya semasa makan di Old Town di One Utama Mega Mall petang tadi masih lagi bermain didalam kepalanya.

" Ah, mengapakah dia berubah sekelip mata! " bentak hatinya.

Uqbah adalah seorang pelajar cemerlang di universitinya. Dia memilih bidang Fiqh Wa Usul dan telah berjaya dengan pangkat mumtaz pada masa pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan pada tahun lepas. Empat tahun di Jordan digunakan dengan sebaiknya oleh Uqbah untuk mecari ilmu dan mencari pengalaman hidup berdikari. Hidup di tempat orang bukannya mudah untuk di tempuh labih-lebih lagi Uqbah adalah pelajar persendirian yang datang tampa tajaan pada tahun pertama. Permohonannya untuk mendapatkan pinjaman dari yayasan negerinya ditolak mentah-mentah dek kerana campur tangan politik daripada exco kerajaan negerinya.


Pada mula-mula keberangkatan Uqbah ke Jordan, die telah berjanji kepada dirinya akan istiqomah di dalam pelajaran. Selain daripada ingin melayakkan diri untuk membuat permohonan biasiswa daripada agensi tertentu pada tahun ke-2, dia juga ingin membuktikan bahawa golongan yang ditindas oleh kekejaman boleh berjaya. Namun, cita-citanya hampir tenggelam apabila dia mula jatuh hati pada rakan sekuliahnya walhal pada masa itu, pengajiannya baru sahaja di semester pertama.


Dia sebenarnya tidak menyangka bahawa Aisya, gadis yang diminatinya itu akan memberi tindak balas yang positif. Segalanya bermula pada suatu malam.

" Anti, malam ini ana nak tanya anti sesuatu, ana harap anti tidak terkejut dan kalau boleh buat biasa sahaja walaupon anti mungkin tidak akan menerimanya.."

Dia menghantar mesej itu melalui " yahoo mesengger " yang biasa digunakknya untuk menghubungi kaum keluarga dan rakan-rakan. Dengan agak lama sedikit, Aisya pun membalas.

" ye, ok je, ade ape nta? terus terang je.. ana ok je "

Teragak-agak dia menaip mesej balas di dalam kotak yahoo mesenggernya.

" Macam ni anti, ana sebenarnya sejak kita kene kuliah sama-sama, ana jadi suka ke anti, ana tak tau nak cakap camne, just nak bgtau ana mula sayangkan anti dan cintakan anti. Ana tak kisah ape yang anti nak cakap, cume kalu anti x terima pon, hope tak bagitau kepada sesiapa pun.... "

Tampa memikirkan apa-apa, Uqbah terus menekan ' send '. Dia sudah tidak memikirkan apa-apa lagi pada masa itu, yang ada didalam kepalanya hanyalah apakah jawapan yang akan di berikan oleh Aisya kepadanya.

Dengan waktu yang agak lama, akhirnya mesej Uqbah tadi dibalas jua oleh Aisya.

" Anta, sebenarnya..ana dah boleh agak apa yang anta nak bagitau ana malam ni. Dah lama ana perasan yang anta suka kat ana. Tapi hati ana berbelah bahagi. Sebenarnya mak ana dah ada calon untuk ana. Ana tak tau nak cakap macam mana........ "

Mesej Aisya tergantung di situ sahaja. Walaupun agak kecewa, Uqbah tetap membalas kembali mesej kepada Aisya.

" Kalu camtu takpe lah, nak buat macamne, dah tak ade rezeki la tu... Ok lah anti, ana nak tido dulu. salam "

Uqbah terpaksa membalas sebegitu untuk berselindung diri dari perasaan malu. Dia tidak mahu memaksa Aisya supaya suka kepadanya. Tetapi, tiba-tiba kotak mesejnya berbunyi menandakan Aisya masih membalas mesejnya tadi.

" Anta serius ke Uqbah? Kenapa kate takde rezeki? Ana tak tolak lagi anta. Sekarang ana nak tanya anta, anta betul-betul ke suke kat ana? "

Pertanyaan Aisya itu segera di balas oleh Uqbah.

" Ya anti, ana betul-betul suka kepada anti. Ana sayang sangat kepada anti. Ana tolong anti selama ni pun sebab ana nak amik hati anti. Maafkan ana jika ana tidak ikhlas selama ini.... "

Agak lama sedikit barulah mesej balas Aisya muncul di skrin komputer riba Uqbah.

" Anta, sebenarnya, hati ana berat kepada anta. Ana tau mak ana dah ada calon, tetapi ana sendiri tidak tahu siapa dan macam mana orang tu. Mak hanya bagitau melalui telefon je. Ana tau yang mak ana cakap macam tu supaya ana tidak bercinta di sini dan hanya tumpukan untuk belajar. Uqbah, ana terima anta...... "

Mesej itu betul-betul membuatkan Uqbah hilang arah. Tidak percaya rasanya.Terlalu gembira. Dia tidak tahu apa yang patut diucapkan. Dia membalas kepada Aisya.

" Betul ke ni anti? Alhamdulillah anti terima ana... Ana janji akan jaga anti betul-betul selepas ni.. Sekarang apa yang nak ana buat untuk anti? "

" Jangan buat apa-apa.. Tolonglah rahsiakan perkara ini.. Ana mohon jangan kita berhubung jika tiada urusan kecuali untuk hal pelajaran atau kahwin. Simpan rahsia ini elok-elok dan bila sampai masa nanti gunakan pengantara. Assalamualaikum ".

Itulah mesej terakhir Aisya pada malam itu. Uqbah memerhati patah demi patah mesej itu dan membalas pula.

" Insyaallah anti.. Ana akan tunaikan permintaan anti itu.. Terima kasih kerana memberi peluang kepada ana.. Waalaikumussalam ".

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<>>>>>>>>><<<<<<<<<  Majlis Dialog Agama yang di adakan itu selesai lebih kurang pukul 12.00 malam. Uqbah lega kerana dia telah sahaja selesai memikul satu beban dan amanah orang kepadanya. Walaupun majlis itu nampak senang di kendalikan, namum dia harus membuat yang terbaik bagi memastikan setiap persoalan yang timbul berkaitan agama dijawab dan diterangnya dengan jelas. Majlis itu diadakan di Stadium Syeksyen 13 Shah Alam. Oleh kerana lokasi itu berdekatan dengan rumah ibu saudaranya, Uqbah memohon kepada Rahmat untuk beredar terus tetapi Rahmat menghalangnya kerana selepas itu akan diadakan jamuan ringan. Setelah menjamah sedikit jamuan ringan, Uqbah meminta maaf kepada rahmat jika terdapat kekurangan pada dirinya tadi dan memohon pulang dahulu ke Denai Alam, rumah ibu saudarannya. Dia masih lagi tidak memberitahu Rahmat tentang agendanya untuk meminag aisya entah mengapa dia sendiri pun tidak mengetahuinya. Setibanya Uqbah di rumah ibu saudaranya di Denai Alam, ibu saudarannya menyambut Uqbah dengan riang sekali. Sempat juga ibu saudaranya berceloteh dan berjenaka, maklumlah, Uqbah telah biasa berkeadaan begitu. sebelum ini juga Uqbah banyak menghabiskan waktu cuti sekolah di rumah ibu saudaranya itu. Bak kata lain rumah ibu saudaranya itu dah jadi macam rumah sendiri cume lokasi sahaja berbeza. Dahulu rumah ibu saudaranya di Taman Bukit Subang tetapi telah berpindah kerana Denai Alam lebih strategik dan mempunyai banyak lagi kemudahan berbanding kawasan rumah lama. Rombongan untuk meminag Aisya hanya tinggal 2 hari lagiuntuk di hantar. Oleh kerana itu, Uqbah tidak pulang terus ke Terengganu dan hanya tunggu sahaja ketibaan keluarganya di rumah ibu saudaranya di Denai Alam. Petang itu Uqbah mengajak ibu saudaranya ke One Utama Mega Mall untuk mencari beberapa barang keperluan. Bapa saudaranya tidak turut serta kerana mempunyai urusan kerja diluar. Jika dahulu, ibu saudaranya yang akan memandu kereta tetapi sekarang Uqbah pula yang memandu dan jika dahulu ibu saudaranya yang akan mengeluarkan belanja tetapi sekarang tiba masa Uqbah pula yang akan mengeluarkan belanja. Jika dahulu dia banyak terhutang budi kepada ibu saudaranya itu dan sekarang tibalah masa dia membalas segala budi itu. Sesungguhnya Uqbah bukanlah kacang yang melupakan kulit. Walaupun ibu saudarannya mahu membayar segala perbelajaan mereka pada hari itu, namun Uqbah menolak dengan sopan, dia tidak mahu menyusahkan ibu saudaranya lagi. Setelah membayar, dia dan ibu saudaranya singgah sekejap untuk makan di "Old Town Kopitiam". Semasa sedang seronok bersembang bersama ibu saudarnya sambil menjamah makanan, tiba-tiba Uqbah ternampak sesuatu yang menghancurkan segala harapannya. Tiba-tiba dia tidak berselera untuk makan. Otaknya bercelaru dan dia terus menjadi diam kaku. Dia ternampak Aisya bersama seorang lelaki keluar daripada panggung wayang yang berada berdekatan dengan Restoran "Old Town Kopitiam" di dalam One Utama Mega Mall itu. Betul-betul dia nampak dengan mata kepanya sendiri. Terdiam Uqbah. Segala-galanya musnah. ibu saudaranya yang menyedari keadaannya yang tiba-tiba itu menjadi hairan tetapi tidak bertanya apa-apa. Mungkin Uqbah sedang memikirkan sesuatu fikir ibu saudaranya. Sewaktu hendak pulang ke denai Alam, dia meminta ibu saudarnya untuk memandu. Dia takut dia tidak dapat tumpukan kepada pemanduan keretanya nanti. Sepanjang perjalanan pulang, dia diam membisu, mulutnya terkaku rapat memikirkan perwatakan Aisya yang sangat berubah yang baru sahaja dijumpainya tadi. Masih terbayang lagi perwatakan Aisya semasa dia keluar dari panggung wayang tadi. Segalanya berubah. Pakaiananya berubah, tiada lagi pakaian muslimah yang melekat di badannya. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui akan segala tiap sasuatu kejadian. Terangilah aku dengan kebenaran. >>>>>>>>><<<<<<<<<>


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.