♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, May 02, 2009

ingat 5 sebelom 5

"kak..kak.."
tak larat nak jawab..dengar..dengar suara yang memanggil..mata cube digagahkan untuk dibuka.
"adek??"
suara abang kedengaran memanggil juga.Maaf..benar2 tak mampu..
Pandangan hitam,kabur..berpusing2..kelopak mata terase berat..sesekali cahaya putih menyilau mata..ayat quran kedengaran dibaca..suara itu cukop dikenali..sayu hati mendengar dendangan ayat suci itu..pipi terase panas dek air mata..
"sabar eh kak..kite on the way pegi hospital ni.."
tangan digenggam kuat..tak boleh dipastikan siapa yang menggenggam tangan..hati makin hiba..
tiba2 dada terasa berat untuk bernafas..berat skali..ye..tak boleh tarik nafas..air mata makin laju mengalir..cahaya putih menyilau mata..terasa sakit..pedih sampai ke jantung..
mati...??adakah ini sakit mati??ah..smalam baru bergelak tawa,berkejar2 dengan anak saudara..berenjoy sakan di shopping centre..semalam baru berbincang masa depan dengan keluarga..semalam juga abdul munir minta dibelikan baju BEN 10..pagi tadi masih larat memasak nasi goreng bersama ibu..

"setiap yang hidup pasti akan merasai mati.."
"apabila datang ajal kepadamu,takkan lewat walau sesaat dan takkan cepat walau sesaat"

dada semakin berat..oksigen semakin susah untuk diambil dan ditukar menjadi karbon dioksida..
hanya satu dalam fikiran..
MATI..
belom sempat minta maaf dan ampun kepada kedua ibu bapa..belum sempat mengucapkan terima kaseh buat adek bradek yang tak lekang membantu..belom sempat mengucap rase sayang buat sahabat2 yang sentesa disisi..belom sempat menatap wajah guru2 yang tak jemu menyumbang bakti..
ingat 5 sebelom 5...
waktu hidup sebelom waktu mati...
cahaya putih semakin kuat menyilau mata.senak sekali...dan kemudian tak tahu apa yang berlaku..tak kedengaran lagi suara syahdu yang mengalunkan ayat suci yang sememangnya sebati dalam diri..berakhirkah sebuah perjuangan??mudahnya allah menunjukkan kekuasaan dan keesaanNYA..sekelip mata,keadaan indah bertukar menjadi sedih..

"dik..dik.."kedengaran satu suara sayu memanggil.
kelopak mane sedikit ringan..cube sedaya upaya untuk dibuka..kekuatan lahiriah cukop penting..mesti bangun..mesti kuat..mesti...mesti..
mata dibuka,kelihatan syiling putih kapur melindungi.pusing kekiri kelihatan ibu berwajah tenang memandang penuh makna..namun kelihatan wajah ibu sedikit sugul.risau mungkin.
tak mampu untuk berkata2..senyum pon tidak..tangan di'drip' dengan larutan isotonik..kepekatannye tidak dapat dipastikan..hampir habis..doktor lelaki datang mendekati,tersenyum manis.Hidung masing ditutup dengan alat bantu pernafasan.Kedudukan kepala lebih rendah berbanding kaki.
"feeling better?"doktor memulakan bicara.
Ibu mengusap kepala yang masih utuh bertutup dengan tudung labuh kuning itu..
sesekali mengucup dahi tanda syukur barangkali.Ayahanda tidak kelihatan.Tidak pasti kemana..
Doktor mencapai fail dihujung katil.Berkata sesuatu kepada nurse yang setia dibelakangnya.
"U tau tak..tekanan darah yang normal bagi budak2 macam U ni 120/80..hem..dan U tau tak tekanan darah U berapa?"Kepala digeleng.Mana mungkin tau,Doktor yang cek,doktor lah yang tau..
"75/50"kata doktor beserta gelengan kepala.
bese je..mata terasa masih berat.Tangan kiri diangkat.Jam yang dibeli dari Jepun dipandang.
1.30 tengahari..Alat bantuan pernafasan dibuka oleh nurse.Larutan isotonik ditukar.
"Nak solat.."kata pertama yang keluar dari mulut.
"kan boleh jama'..nanti la dulu.kan tak stabil lagi tu.."
kepala digeleng.
Doktor menulis sesuatu di fail.Entah ape yang dicatat.Terpulang.
Seorang nurse datang.Menjinjing dulang nasi dan ubat??
tak nak!!!
Ayahanda masok.Abang dan Adik pon turut dibelakang.
"makan ubat."kata ayahanda.Kepala digeleng.
"Nak balek.kalau tak,tak nak makan nasi,tak nak makan ubat.."
Tak dilayan.
Nurse memberi ubat.Tak layan.Nurse memujuk.Tetap tak layan.Mata kembali dipejam.
Terbayang tarikh 18 Mei 2009..tarikh ulangtahun kelahiran abang Yu..bukan itu saje..
Imtihan final year untuk mendapatkan sijil tahfiz..
Hati mula risau..Sesekali dada perasa pedih setiap kali nafas ditarik.Gastirk la ni..haih..
Hati gundah gelana..Iadah baru sampai surah As-Syura..Takot..Gementar..
"nak balek rumah.."rayu lagi.
Tetap tak dilayan.Ubat diatas meja.Tolak ke tepi.Mata kembali dipejam.
Kedengaran Ibu dan AYahanda berbincang sesuatu..
Akhirnye setuju dibawa pulang ke rumah.Doktor agar berat melepaskannye.Namun kedegilan manusia tak boleh dilawan.
Dapat surat cuti saket..
seminggu??terbeliak biji mata.Tak mungkin.Surat itu disimpan di dalam poket jubah.Kepala ligat berfikir.Macam2 yang difikir.Doktor yang sedang ramah berpesan itu dan ini langsung tak menarik perhatian.
Hset diambil.
17 missed call
14 messages received
Ingat 5 sebelum 5..
masa sihat sebelom masa sakit..
masa lapang sebelom masa sempit..
semua berputar difikiran..
lemahnya jiwa menghadapi dugaan..
Kadang2 selagi tidak diduga kita tidak merasa..selagi tidak diuji kite tidak rase teruji..
bercakap mungkin mudah..berpesan memang senang..tapi menghadapinye perlukan kekuatan iman..wajah kedua ibu bapa ditatap sayu.Kesian mereka..Titis air mata seakan mahu turun laju.Tahan dulu..gagahkan kaki melangkah..Mesti kuat..
Allah tolonglah hamba..
Senangnye Allah mahu menduga..Kebahagiaan yang dikecapi sekelip mata bisa diambil pergi.
Tanpa tanda dan peringatan lagi..
tidak ade lagi senyum dan gelak ketawa..
panggilan dari abang dan kakak yang nun jauh di perantauan dibiarkan dulu.bukan masenya.
sebagai manusia,kite kadang2 terlupa untuk mensyukuri nikmat yang ade..nikmat yang ade jarang disyukuri,yang tak de tiap2 hari kite minta dan rayu..bile yang ade sudah pergi dan yang diminta belom termaqbul lagi,baru terase..terasa teruji dan terbeban..
Wahai hati,TENANGLAH..pasti ade penyelesaiannye..
pasti ade hikmah disebaliknye..
Mesej dari seorang sahabat menarik perhatian..

"husna,minta nasihat sket..ana down.."

haih..ana pon lagi la tengah down..tangan digagahkan..mesej ditaip berupa nasihat..semoga jiwanya dan jiwaku same2 terubat dengan nasihat yang sedikit itu..tengok,adil kan allah e2??
DIA menghantarkan orang  yang bermasalah untuk dinasihati dalam keadaan diri sendiri yang memang perlukan nasihat..sekaligus dalam mase yang same memberi tasji kepada sahabat dan diri sendiri..
Semalam mesej dari rakan sekelas..

"tolong bagi idea..ana nak kena bagi tazkirah kat student skolah mak ana"

ini dakwah yang tidak rasmi..idea cube dicungkil setelah mengetahui sasaran yang hendak didakwah..e2 penting..sasaran yang kite nak tumpukan sewaktu berdakwah..kerana setiap orang ade skill pemikiran  yang berbeza..
jika kanak2,cara dakwahnye harus menarik dan sesuai dengan taraf umur dan pemikirannye..
kalau pelajar sekolah menengah biasa,harus ditekankan benda2 yang asas..
kalau golongan intelek pula gunakan cara yang lebih berhikmah dan ilmu sains perlu tinggi agar dia turut tertarik..
kalau golongan tua,lebih mudah..hatinya cenderung mengingati mati..lembut untuk ditarbiah..i'allah..

mesej yang 14 e2 tak semuanya ana buka.tak mampu..
tapi mesej dari orang yang 'dekat' dengan ana agak menarik perhatian.

"apa yang enti maksudkan dengan cinta dan nafsu?canne kite nak bezakan?kenapa tak terangkan dengan detail2 kat husnabaek punye blog?"

ana bukan taknak terangkan..tapi masa agak membataskan ana..maafkan ana..
mungkin kat sini ana boleh jawab sket soalan darinya..
ana sendiri pon kurang pasti untuk membezakan antara cinta dan nafsu..
cinta tu lahir dalam jiwa yang suci..
canne ana nak terangkan eh..haih..
sebagai contoh mudah..
seorang lelaki dan perempuan..andai kata lelaki itu terjatoh cinta dengan perempuan tersebut..cinta yang bagaimana??kalau cinta dengan nak ber'sms',bergayut berjam2,ber'dating'..nyatanye itu adalah nafsu..itu bukan cinta..itu adalah perasaan tertarik bersalut nafsu..
cinta ni macamane??kalau ana,ana lebih senang kalau orang yang ana cintai itu ana tak hubunginye dengan begitu kerap..jangan salah faham..ana tak maksudkan dengan sesiapa..
dan cinta tu tentunye wajib diakhiri dengan pernikahan..
katakanlah anda mencintai die..
anda wajib ana perancangan..
contohnye,masuk matrik 2tahun,masok main campus tahun kedua bertunang..tahun keempat kawen..
matlamatnye satu,kahwin..e2 cinta..anda ade matlamat suci dan semuanye kerana Allah..ana bukan orang yang cukop arif dengan perkara2 ini..mungkin perlu ditanya pada orang yang lebih arif..ana bercakap mungkin hanya atas dasar sedikit ilmu dan pengalaman..cukop sedikit..
soal cinta dalam islam..ana pernah berbincang dengan ~mydoctor..
ana kurang ingat ape yang ana pernah katakan..tapi benda ni kami bincangkan agak detail..
ana tidak berani nak meletakkan hukum bagi couple dari sisi islam..ana bukan orang yang berhak..tak layak rasenya untuk ana bercakap tentang perkara ini disini..kerana ana bukanlah manusia yang sempurna tentang cinta dan nafsu..ana cukop lemah dalam mengatasinya..so memang ana terasa malu untuk bercakap tentangnya..tambah lagi cinta pada ALLAH pun entah di tahap mana..ana malu sendiri..
maafkan ana..
asif jiddan..
walaupon ramai yang bertanye pendapat ana..tapi ana takot untuk berkata2..takot kata yang ana ucapkan tak mampu ana kota..
nauzubillah..
same2 doakan agar kite semua kekal pada jalan kebaekan..
dan buat sahabat2 ana yang ana tahu ber'couple'..memang ana tak pernah marah.selagi mane anda tak melanggar batas syariat..
selagi mane anda masih mampu khusyu untuk bersolat dan ikhlas dalam menunaikan ibadat laen,
selagi  mane anda masih mampu meletakkan cinta yang entah dimana penamatnye itu tak melebihi cinta anda pada allah,rasul dan parents..
tapi ana cukop sedih kalau anda membelakangkan allah dalam bertindak dan membuat keputusan..
ingatlah,kesudahan yang baek adalah bagi orang2 yang bertaqwa..
terima kasih buat sahabat2 yang banyak komen dan bertanya macam2 tentang ape yang ana tulis kat sini..kadang2 mesej2 tu ana tak sempat nak jawab..sebab kadang2 jawapan untuk soalan yang ditanya terlalu sukar untuk diterangkan dengan taip mesej..tapi ana akan cube sedaya upaya memberikan jawapan yang memuaskan hati antum wa antunna..
kadang2 soalan yang dikemukan ana tak mampu nak jawab kerana ilmu ana masih sikit..terlalu sikit..maafkan ana..
dan buat sahabat2 yang tak lekang bertanya khabar tentnag kondisi ana,ana mohon ampun dan maaf,kadang2 ana serabut bile anda mendesak ana dengan bermacam2 soalan..bersabar,ade mase sesuai,pasti ana ceritakan semuanye..
beberapa sahabat tanye kenapa takde kotak chat kat sebelah blog ana..
tak bersedia lagi menerima kritikan secara terang2an..
bersabar..
dan kenapa name blog ana husnabaek?
kenapa bukan husnataqwa..??
bukan ana nak kate ana ni baek..tapi maksud HUSNA-IHSAN-HASAN adalah baek..selain tu ana bercita2 nak jadi semakin baek dari hari ke hari..seseorang yang pernah ana kenal pernah kata pada ana..bile ana tanye,bile beliau akan melayan ana dengan elok2..
"bile kamu jadi baek.."
nampaknye ana bemom baek la kan??haha..maka doa2kanlah ana jadi baek..
lagipon name husnataqwa tu macam dah femes sangat..kat cafe darulquran memang femes aa..lagipon biarlah bervariasi sket..
semoga berpuas hati dengan jawapan ana..
ana minta maaf banyak2 pada kawan2 ana..ana tak m ampu nak berikan yang terbaek..mungkin kite boleh same2 tingkatkan saqofah kite..i'allah..martabatkan ilmu allah..i'allah..


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.