♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, August 15, 2009

finished it!

Finished it.

Jumaat.
Hari terakhir HEALTH AND FITNESS WEEK.
Skurang2nya mampu menarik nafas lega.. Lepas ni takk ade lagi nak terperap di AMF. Dah jadik macam ayam perap dah.. haha.
Dah tak ramai orang yang datang. Yang ramai pon datang ke booth bekam dan sabun2. mungkin sebab hari ni hari jumaat. Maka, manusia lebih suke berada di bilik, menambah amal ibadat di sayyidul Ayyam ni. Kan? Kenapa tidak. Hari ni adalah kepala bagi segala hari. Ana paling suka hari Jumaat. Tak tau la kenapa. Sebab esok cuti? Haha. Mungkin. Tapi kalo hari jumaat je, hati rase tenang semacam je. Rasa lepas beban dunia. Ye ke. Haha.
Anyway, hari ni jugak hari bulletin MEDCY first edition dikeluarkan. Namun, komitmen tak mampu ana beri sepunuhnya. Sebab berada di AMF. Mintak tolong rakan2 seperjuangan pon, ramai yang punya komitmen laen. Tak pe la. Ok je.
Sekarang. Ape yang ana dapat dari program seminggu yang infiniti kepenatannya ni..??
Ok. Banyak. Sangat banyak. Antaranya. Dalam kesebukan ni, kite mampu berfikir dengan lebih aktif. Contohnya, dalam satu masa, kite akan memikirkan banyak perkara. Dan kite kena setelkan pelbagai masalah yang timbul. Pemikiran menjadi kreatif. Ape yang paling penting, ketenangan dan diplomasi dengan hikmah dalam menyelesaikan masalah. Then. Ukhwah. Memang. Persaudaraan antara orang yang tak pernah kite kenal. Dan tak pernah terbayang akan kenal pon. Tapi bile buat kerja, skurang2nya ade dasar untuk menjadi rapat dan kenal. Itu bagos. Skop dakwah menjadi luas secara positifnya. Selain itu. Kite sbg tempat rujukan. Kenapa perlunya campur tangan anda? Yes. Ana maksudnya orang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam agama. Seperti Ustaz Muntaqim itu sendiri. Ustaz Asyraffuddin. Ustaz Sidqi. Kenapa tidak. Ramai yang mengambil fatwa dan pendapat dari meeka. Inilah pentiingnya campur tangan mereka. So, secara tidak langsung, proses meng’islamisasi’kan UIA berjalan. Walaopon mungkin tisak secara menyeluruh. Namun itu lebih baek daripada anda berada di bilik. Mengutuk mereka. Dan sedangkan anda tidak berbuat ape2. itu jaoh lebih terok dan busok.
Smile dan peace.
Ok. Tak pe. Banyak bende yang kite dapat. Kalo nak membezakan suasana dengan mantan tempat belajar ana, DARUL QURAN. Terlalu jaoh. Ye.tentu. sebab kata seorang sahabat ana sewaktu ana cube membandingkan DQ vs UIA.
“mana mungkin husna membezakan UIA dan DQ. Kerana itu adalah due benda yang berbeza. Tak dapat dibezakan.”
Mungkin. Tak patot sekiranya setiap aspek ana mahu bezakan DQ vs UIA.
Tapi, benda yang ketara yang jelas ana nampak. Adalah. Haha. Suspend.
Tentunya ketepatan masa.
Kalo kat UIA, setiap meting pasti berjalan ikot mase. Progeam yang dijalankan memang sharp pada time yang dijanjikan. Ye ke. Contohnya ade meting pukol 9.15 malam. Memang meting akan bermula. Nak kata tentang DQ? Tak pe lah. Simpankan saje. Hanya ana dan dia yang tahu. Ok.
Namun begitu, dari segi objektif dan matlamatnya,ia failed.
Bukan nak kondem program kelolaan sendiri. Tidak. Ini program medcy. Programme manager nya, ana dan Raja sendiri. Takkan nak kondem kot. Haha.
Tapi hakikatnya, ana lebih suke program yang jelas objektifnya. Ya,setiap perkara tentu ade objektifnya. Namun, sejaoh mane keberkesanan objektif itu dan kesan positifnya dalam jangka mase panjang dan jangka mase pendeknya. Paham tak? Maksud ana. Kat DQ, setiap program yang dianjurkan mestilah komplit dengan objektif yang memberi kesan bukan hanya untuk waktu sekarang,malah waktu akan datang. Harap paham. Berbelit ayat ana kan. Dan sekali lagi,ana tak mahu mengutuk ataupun mendedahkan aib di pihak yang satu lagi. Namun hakikatnya. Kedua2nya pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan msing2. dan ana pula menilai dari perspektif ana sebagai manusia yang lemah dan hina nih. Oh. Jangan marah kepada pihak yang terlibat ataupun tidak.
Keluar dari bilek seawall pukol 10 pagi dan kembali smula untuk solat asar. Memang penat. Tapi adil sebab semua orang penat. Sume orang punya objektif yang tersendiri dan mempunyai role yang tersendiri dalam program kali ni. Oh, program pertama ana di UIA. Walopon hakikatnya ana hanya Pemberi Masalah. Haha.
Tak pe. Kata seorang ustaz. Proses mengislamisasi dan mentarbiah itu tidak mengambil mase 2 hari mahupun seminggu meskipun 10 tahun lamanya. Proses mengislamisasikan dan mentarbiah itu harus berjalan seiring dengan masa. Sentesa. Berterusan. Continuosly. Paham> that’s mean.. bukan sekadar seminggu sahaja islamisasi ini dibuat dan dijalankan. Namun ia wajib dibuat secara berperingkat. Dan harus berterusan. Jangan pernah berhenti. Ubah dan islamisasikan sedikit demi sedikt. Lama2 usaha itu akan kelihatan dan insya Allah akan ade pewarisnya nanti yang akan menyambung proses pengislamisasikan UIA. Hahaa.
Jangan marah. Mungkin post ana semakin hari semakin “comel” atau perkataan yang lebih tepat, MATANG. Nak kate ana dah berubah matang. Rasenya masih belom spenuhnya. Haha. Tak pe. Sedikt3. haha. Kan proses mentarbuah itu dilalui secara berperingkat. Kan? So. Doakan ana. Supaya proses pengislamisasian dan pentarbiahan yang ingin ana cube bawak sedikit demi sedikit berjaya. Jika tak mampu mengubah dunia sekalipon, ia skurang2 nya memberi kepuasan kepada diri sendiri. Skurang2 nya bile ditanya Allah tentang tanggungjawab, kite telah melakukan sesuatu. Lebih baek daripada kite goyang kaki dirumah dan lebih terok ade pihak yang mengutuk orang laen yang memperjuangkan dakwah. Sedangkan die tidak berbuat ape2. mulut je lebih. Ini taka de kena mengena dengan sesapa pon. Peringatan kita bersama. Jika anda tak mampu melakukan perkara yang besar untuk islam, maka buat lah perkara yang kecik. Skurang2nya anda berbuat sesuatu. Itu lebih baek berbanding dengan menonton dan memberi komen. Kan? Ok.
Namun ana tak nafikan ana sendiri membuat kesilapan. Terover. Terlebih. Termengada-ngada. Tu lah. Manusia. Yang lemah dan seringkali lupa. Itulah ana. Mungkin tidak anda. Tak pe. Tapi itu ana. Lemah. Lemah. Dan lemah. Sekiranya ade teguran mahupun nasihat. Dialu-alukan. Bukan di sini. Boleh dihantar ke email ana. …husna_taqwa@yahoo.com.
Bilhikmah..i;allah.
Semoga teguran yang diterima mampu mengubah diri sendiri menjadi lebih baek. Secara positifnya.. selagi tidak ditegur,selagi itu ana merasakan apa yang ana buat adalah betol. Ops. Tak jugak. Ana tahu ana ade membuat silap. Ade. Memang ade. Sedar. Memang sedar. Tak pe. Ana tetap alu-alukan teguran anda semua. Silakan.
Ok. Sekarang ana dah makin matang. Ye ke? Hakikat. Post ana semakin berubah kan.
Haha.
Takpe. Ana memang suke melakukan perubahan. Sekarang pon dalam proses melakukan perubahan lagi. Tunggu. Tungu perubahan akan datang. Dan doakan perubahan ana semakin baek dan semakin memberi kebaekan kepada agama yang ana dan anda pegang. Kite perlukan perubahan kan? Seperti mana kereta proton saga diubahsuai sejak ia dikeluarkan zaman dahulu kala lagi. Sehingga sekarang, proton saga pon masih diubah suai. Menjadi semakin baek mungkin. So, manusia pon same sahaja. Perlukan ubah suai. Mengikut keadaan semasa. Jika dulu proton saga lame sesuai di zaman datuk dan nenek kite. Sekarang proton saga baru lebih bermakna untuk zaman sekarang. Begitu jugak ana. Dan mungkin jugak anda. Lakukan perubahan. Tentunya menjadi lebih baek. Ubah. Sedikit demi sedikit. Minggu depan bulan Ramadhan. Peluang semakin besar untuk berubah. I’allah. Same2 mengubah diri kea rah yang lebih baek. I’allah. Doakan ana. Doakan dia. Dan doakan anda jugak.
Ok. Jumpe lagi.
Salam kemesraan.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.