♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 23, 2009

KASIHNYA AKU KEPADA dia.

kasihnya aku kepada dia…

beberapa orang cakap, ana ni bukan seorang yang penyayang. Kalo sayang pon nak ekspresi ‘sayang’ tu memang susah. Kalo ade pon,jarang-jarang. Itu ape yang orang kate je. Sedang ana meneliti sendiri.. agaknya betol kot. Entah. Kalo sayang gile-gile pon kat sape2 je. Terutama kawan-kawan, memang taknak ngaku. Pelik jugak. Haha.
Ego tak bertempat kate mereka. Bukan taknak ngaku. Kena ke ekspresi? Haha. Tah tak paham. Ape yang ana buat untuk anda itulah tanda ana sayang anda. Ana marah anda, itu tanda ana sangat kasih kepada anda. Ana tinggalkan anda, itu tanda ana memang kasih pada anda. Persoalan ekspresi dengan lisan, memang ana kureng sket. Haha.
Hem. Tak pe. Katalah ape saje yang ingin dikatekan.
Sebenarnya.. esok hari konvokesyen abang ana, Khalifa Taufiq Kamarudin.
Seperti yang dijanjikan, sepatotnya ana dan kakak akan ke Perak esok(160809).
Tapi memandangkan kakak ade beberapa urusan yang tak dapat dielakkan. Maka kakak tak dapat pergi ke Perak bersama ana. Nampaknya ana kena pergi sorang ke Perak untuk hadir ke konvokesyen abang ana. Erk. Macam mane ni? Ana menelefon ibu memberitahu masalah tersebut. Ibu pon mengharapkan ana datang. Abang, tentunya lebih3 lagi nak ana hadir ke majlisnya. Ana mula serba salah.
Tapi disebabkan rase kasih kepada die, ana ambil keputusan untuk pergi ke Perak.
Itu satu cabaran dan mungkin jugak kerja gile.
Kawan2 cakap,
“tak takot ke nak g Ipoh sorang? Bukan hang pernah sampai pon Ipoh.”
Itu benar. Pernah je sampai Ipoh, tapi sorang2 belom pernah lagi la. Haih.
Tapi ana bertekad. Ana akan turun Ipoh ahad nanti. Sapa nak ikot? Jom temankan ana. Haha.
Tak pe. Memang berat rase hati. So ubati hati sendiri. Nak pegi tuh mana ana tahu arah tujuan. Abang ana konvo di UTP,Tronoh..
Tak pe. Redah je. Tanda kasih sayang ana kepada dia. Hakikatnya same, ana jarang meluahkan rase sayang kepada die. Tapi ini caranya ana tunjukkan rase kasih ana kepada die. Kalo abang call, kadang2 bile nak tamatkan panggilan tu ade jugak cakap,
“I love you” Tapi jarang jugak. Kalo abang cakap pon, besenya ana gelak je. Tak pon cakap, “me too..”
Haha. Ego punya pasal.
Sebenarnya abang ana ni baru je dapat kerja di kilang terbesar di Kelantan, Rhom-Wako.
Di pengkalan chepaa.
Parents ana gembira bukan maen abang dapat keje kat kelantan.
Kata mereka,
“nanti mesti dapat menantu orang kelantan kali ni..”
Haih. Parents ana memang nak menantu perempuan orang kelantan. Menantu lelaki? Erk. Mungkin jugak. Tapi tak kesah pon. Haha. Sorang kedah,sorang johor.. menantu dari johor bakal bertambah kot. Erk,tentunya bukan dari ana la. Kakak ana. Ana tak de calon pon. Nak jadi anak yang baek. Tak maen calon2 ni. Haha. Yelah tu. Syhhhh….
Haha.
Memandangkan gaji pon tak dapat lagi… wlaopon gaji sebagai engineer lumayan seyh. Katanya nak bagi ana hset baru dengan gaji pertamanya. Tak mintak pon. Tak kesah pon.
Ok. Sebab tak dapat first salary lagi, maka untuk membina hidup baru.. seperti nak sewa rumah, beli kelengkapan rumah sewa, nak datang konvo.. semuanya perlukan duet. Abang duk umah sewa sebab perjalanan dari Pasir Mas Ke pengkalan chepaa bukan dekat. Sangat jaoh. Minyak petrol mahal eh.
Jadi untuk semua itu, die mitak pinjam duet biasiswa ana. Abang yang baek, die tak sanggup nak mintak dengan parents lagi. Sebab dah banyak kali mintak. Die rase segan kot. Ana faham. Dan ana tak rase sedih pon korbankan duet biasiswa ana. Lagipon abang pinjam je. Nanti die bayar balek. Kan? Sekarang dlaam bank duet ana ade rm90 sahaja. Untuk hidup selama 1bulan ramadhan. Perit seyh. Tapi tak kesah. Janji abang bahagia dan senang hati. Ana kene berjimat. Memang kena. Bile tengok duet dalam bank, rase gak sayu. Tapi sebab rase sayang dan kaseh tuh, anajadi tak kesah. Tak pe.. tak pe.. dan tak pe..
Walopon ana rahsiakan dari parents pada awalnya, namun hakikatnya rasie tak mampu disimpan lame2. akhirnya parents ana tahu. Reaksi mereka? Marah? Tak ade pon. Sikit pon tak marah. Mereka terharu. Mereka tak sangka ana buat macam tu. Sejak dari dulou memang dimanjakan. Tak lepas. Bile parents tahu, ana tetap tak nak parents bayar duet tu. Tak pe. Ana masih mampu hidup. Nanti ana terdesak,pasti ana mitak dari parents ana. Tapi kasihnya parents kat anak ni memang tak le blah..
Akaun BSN ditopap loaded kembali. Tapi ana tak pernah gune.
Dan tak nak gune. Belajar berdikari dan hidup susah. Belajar untuk berjimat cermat.
Memang taka de ibu bapa yang nak tengok anaknya susah hati. Itu ana tahu. Sebab itu ibu sangat susah hati bile tahu ana taka de duet. Sebenarnya ana sendiri tak kesah. Itu bukti kasih sayang ibu. Tak dinafikan. Meskipun ibu punya keinginannya yang tersendiri, namun keinginan ana lebih diutamakan. Keinginan anak2 lebih di’aulakan. Kasihnya seorang ibu kan.
Kasih sayang itu terlalu indah. Teramat indah. Jika kasih, tentu kite tak kesah untuk berkorban dan terkorban kan. Tak kesah. Betol tak kesah. Duet bukan nilainya. Duet bukan ukurannya. Biar pon diri sendiri papa kedana tak berwang, janji insane yang disayangi senang dan gembira. Itulah kaseh sayang. Kaseh dan sayang. Indah bukan kepalang. Biarpon susah dan payah, tapi demi sebuah kaseh dan syang semuanya rase mudah.
Ibu.. terima kasih atas pengorbanan yang tidak terhingga itu,
Abang.. semoga sukses selalu.. dan tahniah.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.