♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 23, 2009

MUSAFIR KASIH FAMILY

Musafir kasih family

Seawall jam 9 pagi, kaki melangkah keluar pagar CFS.
“betol ke tindakan ni?” soal hati.
Keinginan tak dapat dibendeng lagi. Tetap melangkah pergi.
Ya allah, mudahkan perjalanan hambaMu ini. Melepasi pak cik guard dengan senyuman dan menayangkan kad matrik dengan riang. Keluar saje, sebuah teksi kebetulan berhenti. Memang lebih prefer memilih teksi berbanding bas. Bukan berlagak atau banyak duet. Tak. Tapi tak reti sebenarnya. Haha. Kelakar tak? Kat kelantan selalu bergerak dengan kenderaan sendiri, jadii kurang arif dan takot tak sampai ke destinasi. Persoalannya,macamane kalo salah ternaek bas? Macamane kalo loceng bas tak berhenti? Macamane kalo bas tak lalu kawasan tu? Maka,teksi dicatar menuju ke stesen LRT Universiti. Dari Stesen Universiti teros ke Masjid Jamek dan tukar tren lagi ke Plaza Rakyat. Susah jugak. Duet keluar macam air. Panggilan dari Abang Taufiq disahut riang.
Pelbagai pesanan diberikan. Itu dan ini. Tak pernah habes dengan ‘pesanan penaja’nya itu. Haih. Senyum sendiri.
Tuhan, ramainya orang. Cuak. Memang. Tak tipu. Mana nak tuju pon tak tahu. This is the first time nak cari bas sendiri ke Ipoh. Ini kali pertama. Cuak. Cuak. Dan cuak. Gelabah.
Bese je.
Ekspress Kesatuan? Tak pernah dengar pon. Tapi kat labelnya tertulis, UTP,Iskandar dan Lumut. Lantas tiket ke UTP ana beli. Dalam hati tuhan saje yang tahu. Sebenarnya kurang yakin dengan tindakanyang dibuat. Pergi UTP? Sorang?
“Husna betol ke nak pegi sorang ni?” soalan kawan2 dibiar sepi.
Mereka tak paham. Konvokesyen abang sekali saje. Dan harapan abang untuk ana hadir tak mungkin ana sanggup hancurkan. Walaupon pada mulanya ana merancang ke UTP dengan Kakak dan Abang Ipar. Tapi rancangan Tuhan menentukan kakak tak dapat hadir atas beberapa sebab. Ajakan abang masih terngiang2 di telinga. Haih. Sayang.. kerana itu kaki tetap melangkah. Hati tetap menggagah.
Bas ekspress Kesatuan dipandu oleh pemandu India. Kurang senang. Kenapa la tak pilih bas transnasional ke.. tak de rase cuak macam ni. Berkali-kali pesan kepada driver,
“pakcik nanti berhenti di UTP tau.”
Pukol 1.30 petang tiba di UTP. Bersolat. Dan sejak pagi belom menjamah nasik. Erk, gastric.. sakitnya perot. Sabar. Abang Sulong nampak memahami. Lantas nasik bekal dari Kelantan dihidang untuk santapan. Terima kasih,abang!
Berehat sebentar di Masjid UTP. Subhanallah. Indah! Cantik! Syahdu! Tak dapat menahan air mata tatkala bersolat didalamnya. Keindahannya menyebabkan hati rase tunduk dengan kebesaran allah. Maha suciMu Ya Rahim.. Rendahnya diriku disisiMU..
Tak tipu.. sangat hebat binaan masjidnya. Menguntum senyuman. Teringat masjid DQ. Tersenyum lagi.
Pukol 2.30 petang bergerak ke dewan kaunselor. Ibu dan ayah serta abang belom ku jumpa.
Mereka lebih awal berada di dewan kaunselor.
Rezeki. Diberi peluang masok ke dewan kaunselor menyertai konvo. Alhamdulillah.
Dewan yang sangat besar dan canggih. UTP sangat canggih dan mewah. Sesuai dengan PETRONAS nye itu,kan? Mewah. Dan mewah. Ana sendiri cukop tahu, abang sebagai graduan Sarjana Muda kejuruteraan Mekanikal tak pernah hidop susah slame bergelar plajar UTP. Mewah dan senang. Itulah gambarannya. Tahniah abang Fiq.
Selesai sesi dewan yang pada awalnya best tapi lame2 boring tahap cipan.
Sesi bergambar pula. Pelukan erat tanda kebanggaan kedua ibu bapa. Gembiranya ibu!
Tahniah tiada terhingga untuk abang taufiq!
Sudah lewat petang. Seusai makan di restoran Seri Iskandar, homestay Taman Maju jadik tempat persinggahan. Merehatkan diri dan badan. Esok isnin dan kuliah seperti biase. Tapi ana? Nampaknya kali ni menjadi pelajar kurang cemerlang. Ponteng kelas! Atau ayat yang lebih elok, skip kelas. Haha.
Jeng! Jeng! Jeng!
Pukol 8 pagi, mesej dari madam Beena.
“Hello Husna. Please inform others that there will be listening test this evening at 2 o’clock. Compulsory to attend. Tq.”
Subhanallah. Nak nangis! Tak mungkin mampu sampai UIA secepat itu. Tapi mesti diusahakan jugak. Dari Ipoh ke KL mengambil mase hamper 3 jam. Sabar. Dan bertenang pesan ibu. Ibu sangat rilek. Tapi hatinya susah dan risau. Abang taufiq sudah bertolak pulang ke Kelantan sebab dia kerje di Rhom Wako,kilang terbesar di Kelantan.
Apa nak buat ni… cuak. Gelabah. Argh!
Ayahanda tiada di homestay,menghantar abang taufiq ke Ipoh. Kenapa ana tak ikot abang ke Ipoh? Kalau tak mesti dah boleh balek teros. Jangan mengeluh. Bertenang pesan ibu lagi.
Nasib sedikit baek, homestay yang disewa berdekatan dengan Hentian Seri Iskandar. Berjalan kaki ke sana menunggu bas ke Kuala Lumpur. Pertama, bas ekspress Kesatuan yang dijanjikan tiba pukol 10.15. ana menunggu di situ. Sendirian. Cuak. Ana tahu ibu lebih cuak. Maka ana berlagak tenang. Abang yang tahu cerita ni lagi la cuak. Tak pe. Ana boleh survive.
Sedang ana berkira2 sempat atau tidak untuk sampai di UIA pukol 2,tiba2 Madam Beena menelefon.
“Husna, the papers are not ready yet. So the exam was cancelled.”
Subhanallah. Waktu itu tak dapat tahan air mata. Mengalir selajunya. Tuhan.terima kasih sepenuh hati. Selawat keatas Nabi ku panjat tiada henti. Tuhan.. tuhan..
Engkau terlalu berkuasa dan Penyayang..
Bas belom tiba. Pergi ke kaunter tiket Plus Liner. Katanya bas ke KL pukol 10.55pagi. okey. Sekarang tukar bas pulak. Tunggu bas,sendirian.
Cuak dan takot. Susah jugak ye.
Tak pe. Tak pe. Tak pe.
Dan akhirnya bas plusliner melintas tanpa berhenti mengambil ana di bus stand itu. Terlepas bas. Hampa dan kecewa. Bertukar kepada bas seterusnya, Sri Maju. Sayang,bas ke Kuala Lumpur baru saje lepas. Hampa. Hampa. Sedih. Kecewa. Sayu. Susah hati. Risau. Semuanya!
Akhirnya, ayahanda pulang dari Ipoh. Dan tmengambil keputusan sekali lagi ke Ipoh menghantar ana ke stesen bas. Kesian Ba’. Namun riaknya tenang. Tak nampak rase susah. Sedangkan ana tak mampu menahan hati. Mesej abang menyuruh ayahanda menghantar ana teros ke KL, ana abaikan. Tak sanggup menyusahkan mereka. Cukop. Cukop setakat ini. Ibu memandang ana sayu. Ana tahu ibu sedih dan susah hati. Pandangan mata ibu yang redup menyebabkan hati ana sebak. Ana menyusahkan ibu. Lagi dan lagi. Ana sedihkan hati ibu. Lagi dan lagi. Tiada henti ana membebankan ibu. Tapi mata ibu tetap begitu. Redup merrenung. Seolah memberi kekuatan.
Kata ibu,
“jangan susah hati. Kite selesaikan sume..”
Ibu dan ibu.. engkaulah ibu. Berat hati ana merasa susah dan payah, ana tahu lagi berat hati seorang ibu mendalami ape yang sedang anaknya rase. Ibu. Ibu.
Ana cube gembirakan suasana. Ibu jangan sedih. Jangan dan jangan. Ibu. Jangan risaukan anak ibu ni. Anak ibu dah pandai berdikari. Ibu mendekat. Ibu usap kepala. Ibu kucup lembut. Ibu kata, sabar. Ibu kata,jangan susah hati. Ibu urut jari yang terseliuh gara2 basket ball hari tu. Ibu pandang redup. Ibu kata,kuat. Ibu tahu ana sedih. Ibu tahu ana tahan air mata. Ibu tahu ana sebak. Walaupon ana tak tunjuk. Ibu tahu. Terima kasih ibu.
Dari Ipoh, teros ke Medan Gopeng. Makan tengahari di kedai Mamak kegemaran ayahanda. Kemudian kali ni bas transnasional menjadi kepercayaan. Seusai makan, mereka menghantarku ke tempat naek bas. Tepat pukol 2 bas bertolak ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Setelah berat dan pelbagai ujian yang diterima, akhirnya air mata ibu terburai kelegaan. Selamat anakku. Itu barangkali dialog hati ibu. Dan ibu sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke Kelantan. Selamat hendaknya ibu dan keluarga.
Ape yang penting.
Kita merancang. Tapi kite jangan lupe. Allah juga sedang merancang untuk kite. Kan?
Kadang2 plan kite dah rase macam smooth je. Tapi plan allah meskipon berliku pasti adehikmat dan pengajarannya. Tiba di UIA PJ pukol 6 petang dengan keadaan hujan lebat. Syukur dan syukur.
Dan prinsipnya,serahkan segala pekerjaan kite kepada allah setelah kite merancang. Nescaya hati mudah menjadi redha. Hati tidak selalu mempersoalkan takdir Ilahi. Jangan risau. Allah itu perancang terbaek. Meskipon susah dan payah, pasti ade senangny,kan ibu? Itu pesan ibu. Dalam setiap kesusahan itupsti ada kesenangan. Pesan ibu. Makaseh. Sayang ibu. Jangan risau, meskipon hati rase berat dan terbeban dengan ape yang allah uji, tapi itulah yang bestnya hidop ni. Kalo hidop kite smooth je.. mesti tak best kan..
Same cam kalo kite maen game dan kite asyik menang. Mesti bosan maen game tu. Betol tak?
So begitulah hidop ni..
Kadang2 kite kena rase susah agar kite tak bosan untuk hidop. Kan?
Ape yang penting, sabar dan redha kunci hati yang tenang. Terima kasih ibu. Sayang keluarga. Sayang semuanya.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.