♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, November 20, 2009

TUHAN. Terima kasih atas 'ibrah ini..

sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat yang dikenali mahupun tak dikenali.
Setiap jiwa itu perlu pada pengisian,jika jiwa itu tidak diisi maka ia akan kosong,apabila ia kosong,maka perkara2 yang tidak sepatotnya akan mengisi kekosongan itu.
subanallah. Maha suci Allah kerana telah menunjukkan ana sedikit 'ibrah yang mungkin buleh dikongsi sesama kite.
Semalam,selepas melawat sekejap di closing ceremony QLEP,(tahniah Zakirah mendapat Johan on Memorising Hadith Contest) ana teros ke meting MEDCY bersama Azam dan comittee 1st year yang laen,berkenaan Anual Grand Dinner yang bakal berlangsung.
Sedang 'khusyuk' membicarakan perihalnya,ana mendapat beberapa mesej. namun,ana abaikan. Kononnya meting first. Untuk mesej yang ketiga,ana dapat mesej daripada Ateh Qurrotu mengatakan bahawa seorang sahabat kami diuji dengan sedikit ujian,yakni,hilang diri seketika dan dikuasai oleh makhluk Allah yang laen.(tetiba berderau bulu roma). Mula rasa cemas. Namun,meting diteroskan. Berbincang dengan Fathiah mengenainya. Kemudian meting sudah tidak mampu nak fokus dah. Ana mendapat dua panggilan telefon,dan rasanya memang nak balek menjengok perkara yang berlaku. Maka selepas Ustaz Azam menutup majlis dengan tasbih kafarah dan Surah As-Asr,ana teros berlari ke Mahallah Khadijah,walopon sebelom tu beberapa barrier telah berjaya diatasi,(hehe).
sampai aje je Mahallah,ana bertemu dgn Ateh,beberapa Senior Banin dari DQ pon ade di situ. Antaranya Akhi Syafiq Kamil,dan junior dari DQ jugak,Akh Syahmi Syazeril dan Akh Majdi,Akh Bukhari Akh Irfan dan beberapa orang fellow.
Kemudian ana pon turut serta masok ke dalam bilik. Sahabiah nampaknya sudah tidak menjadi dirinya sendiri. Suara sudah berubah. Itu bukan pointnya. Pointnya ape yang dicakapkan oleh 'jin' yang ada dalam badan sahabiah tersebot.
ikoti dialog yang mungkin sedikit berbeza dari realitinya.
Akh: kenapa kacau manusia..?
jin: alaa..saya bukan kacau die. manusia ni yang banyak sangat buat masalah,buat pesta..
akh: apa salah manusia?
jin: buat2 tanya pulak,kamu dah tahu kan..
akh: bagitau laa. nak tahu.
jin: manusia ni jahat. penipu. dah la. malas nak cerita. panjang laa..
mungkin itu aje sedutan yang buleh dan mampu nk cerita. hakikatnya,benarlah apa yang dikatakannya. sebelom perkara ini terjadi,ana sekadar membuat analisis tersendiri menggunakan otak sendiri dengan keadaan yang berlaku baru2 ini.
pada 18hb baru2 ni,ade malam kebudayaan untuk Mahallah Khadijah Festival.
Pada malam kebudayaan tersebut,diadakan persembahan tarian Hindustan,China dan macam2 tarian laa dengan lagu yang kuat. mungkin anda akan berkata ia perkara biasa. sama2 sister,tade masalah la kan?
pada malam tersebut ana turut menyaksikan persembbahan tersebut,apa yang ana kurang senang apabila 'pesta' itu dibuat didalam surau. wajarkah perkara sebegitu dilakukan? ana tidak berniat mahu kondem mane2 pihak. tidak. mungkin pihak yang menganjurkan tidak menyedari tentang perkara ni. ana sendiri pon langsung tak kesah. api bile difikirkan berkali2,rase kurang selesa pulak dengan keadaan sebegitu. Yelah,surau,walopon ia adalah surau,bukan masjid,namun kesuciannya perlu dijaga. tak kesah la kalo peristiwa 'jin' ni melibatkan benda ni ataupon tak,tapi sedikit pengajaran buat semua,hormatilah surau dan imarahkanlah surau dengan perkara2 yang selayaknya diadakan disurau. mungkin ini satu postmortem terbaek untuk pihak penganjur. semoga kesilapan seperti ini tidak berlaku dan tak berulang. memang sejak akhir2 ni dah beberapa kes yang sama berlaku. dikacau,histeria dan sebagainya. perkara ini tak buleh dipandang remeh. bukan masalah dia lemah,dia kurang iman,die tak baca Quran. Bukan! masalah disini adalah sifat dan akhlak manusia itu sendiri yang kadang2 bertindak seolah2 mahu membinasakan diri mereka sendiri. Maha suci Allah. Tuhan yang menguasai Alam ghaib dan nyata.
Dari pukol 11malam sehingga pukol 1pagi ana disitu,sehingga shabiah ana betol2 sedar. alhamdulillah,dengan bantuan seorang ustaz(tiak pasti berasal dari mana) namun sangat membantu,dan ana blaja jugak cara nak sembuhkn orang yang kena serangan makhlus halus ni. ana rasa ana kuat,sebab dah beberapa kali jugak berhadapan dengan perkara sebegini,tapi tatau la kenapa kali ni..seram sket. haha.
balek saje ke bilek,ana tak boleh nk lelapkan mata,tringat,terbayang2 apa yang dikatakan 'jin' itu tadi. apa yang ana fikirkan adalah satu tanggungjawab untuk ana dan anda supaya kite sama2 sedarkan dan ingatkan sesama kite supaya menjaga perkara2 kecil sehingga perkara2 besar sebagai seorang manusia. ana terfikir,macamane caranya supaya semua orang sedar dan berusaha untuk mengimarahkan Mahallah dengan NUR dan kebaekan. subhanallah Maha Suci ALLAH.
erk,hakikatnya mmg rase berdebar dan sejuk ketar. memang tk boleh tido dan sampai sekarang tak cukop tido, hanya tido hampir 3jam sahaja semalam.(eleh,rasul pon tido 3jam je dalam hidup baginda,kite tido 3jam pon rase tak cukop??malu2..)
selaen kesan berdebar2 dan terketar2,ana juga mengalami komplikasi tangan kanan yang mmg 'kurang sehat'. sewaktu menenangkan sahabiah,terpaksa menggunakan tenaga hampir sepenuhnya,dan menyebabkan tangan kanan sampai sekarang terasa kebas dan lenguh2 tak boleh buat ape2. huh.. best jugak. satu ujian untuk ana lebih taqarrub pada Allah. Risau juga sekiranya ana pulak yang diserangnya. kata ibu,ana kuat,maka teroskan zikir,jangan putus,biar zikir basah di bibir. hikmahnya,ia bpleh membiasakan bibir ana dengan zikrullah. alhamdulillah.
benarkan setiap apa yang terjadi tentu ade hikmah yang sngat besar mungkin?
ya,hanya Dia yang tahu.
tolonglah ya Allah,hilangkan debaran ni. (macam debaran jatoh cinta plak,erk,mungkin kah??)
selaen tu,antara pengajaran laen yang ana buleh amek ialah,jangan berhenti beramal. Tuan Guru selalu memberi ana zikir2 supaya diamalkan. namun syang,ana tak konsistern dengan amalan tersebot. mungkin itu satu kesilapan. benar,kesilapan yang maseh buleh diperbaeki.
Zikir itu bakal menjadi pembenteng diri kite dan jua sumber kekuatan kite.
Tahajud lagi2 laa.. memang seupayanya tak meninggalkan tahajud,walopon kadang2 terlanggar jugak.
tapi benarlah,tahajud jugak sumber kekuatan kite,menguat jiwa dan hati kite. Maha suci allah.
Maka,banyakkanlah zikir. banyakkanlah mengingati Allah.
Kerana kekuatan itu milik allah. Maka hanya allah yang berkuasa memberi kekuatan itu kepada kita.. maha suci Allah. Alhamdulillah,
moga apa yang baek itu buleh dijadikan pedoman dan yang burok itu pengajaran buat kite semua..
(erk,tak tipu seram)
salam satu malaysia.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

zinnirah said...

hooo..akk mmg kuat a. caya a kak.

Anonymous said...

mana sensitiviti anda sbg huffaz? majlis tarian diadakan di surau,anda mampu berlapang dada?

hafiz said...

baguz,blog ni smakin best.hurm,isu ni wajar diketengahkan.saya dengar pun saya rase nak mengamuk,apalagi jin-jin itu sekalian. Allah tentunya lebih murka. husna,nampaknya usaha dakwah amar maaruf nahi mungkar perlu dipandang lebih serius. mana kepekaan kite?allahu yubarikfiih.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.