♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, November 18, 2009

"sayang..bangunlah berjuang bersama.."

*bertentang mata.
Ya Allah,sejenis naluri apakah yang sedang menjalar dalam hati ini?
Mata dipejam serapat-rapatnya. Lindungi aku Tuhan dari godaan syaitan.

"Wahai perempuan-perempuan yang beriman,tundukkanlah pandangan matamu.."
-surah Annur:34

Sesi ceramah diteruskan dengan jayanya. Kawan-kawan disebelah khusyu' mendengar dan menimba seberapa banyak yang mungkin ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz Nazirul. Tapi,perasaan aku yang melayang-layang. Terbang bersama angin yang diputar oleh kipas angin berjenama Panasonic ini. Tiba-tiba terasa bahu ditolak kasar.
"Masya Allah Ukhti.. Apa yang ukhti menungkan tu. Dari tadi ana panggil." rupanya seorang muslimah teman seperjuangan yang memanggil. Jauhnya ana berkhayal.
"Nampaknya enti kena cepat-cepat bina Baitul Muslim ni. Kuat sangat berangan-angan."
kata seorang Akhowat yang lain.
Aku hanya tersenyum. Baitul Muslim? pada umur yang sebegini? Aku memandang ke arah Tenggara,mungkin 28 darjah. Kebetulan waktu itu dia sedang berbicara dengan seorang ikhwan. Tersenyum-senyum sambil menepuk bahu ikhwan tersebut. Jika benar,diakah calonnya?
Istighfar. Moga jauh dari angan-angan yang boleh merosakkan iman. Sesi ceramah sudah berakhir. Rasanya input yang aku dapat sangat sedikit dibandingkan dengan hampir 3 jam kami di situ. Itulah padahnya berkhayal. Masya Allah,hati ini mungkin dikuasai syaitan.
Sewaktu dalam perjalanan keluar dari dewan ceramah,beg hijau itu aku galas lemah. Laksana memikul beban yang sangat berat. Seolah-olah dirancang, dia pun baru saja melangkah keluar dari dewan,dan sekali lagi mata kami bertembung. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan mata. Namun seolah-olah terasa seperti masih dipandang. Di dalam hati,doaku panjatkan kepada Tuhan. Jauhi aku dari bisikan syaitan.
"Ukhti Nafisa, ikhwah itu sangat hebat. Ana pernah dengar dia bercakap,berdegar-degar. Memang punya jiwa haraki yang sangat tinggi laa. Salute betul ana kat dia."Ukhti Jamilah menceritakan perihal dia. Siapa yang tidak mengenali dia,ikhwah hebat dalam dakwah dan perjuangan Islam. Sebut sahaja namanya,pasti semua orang mengangguk kepala tanda mengenali nama yang gah itu. Siapa yang tidak tahu pengorbanan dia untuk Islam. Siapa yang tak tahu kegagahan dia dalam perjuangan. Lelaki berjiwa juang! Itulah yang selayaknya aku describe tentnag dia. Tuhan,malunya aku pada dia. Sedangkan dia hebat dalam medannya,sedangkan aku? Sangatlah jauh jika dibezakan dengan dia. Aku tidak sehebat dia. Tidak segagah dia. Apalagi mahu berdiri sebaris dalam saf perjuangannya,tentulah tidak layak. Malunya hamba!
####################################################

"Ukhti Nurul,malam ni ada meeting untuk projek kita bulan depan. Kita bergabung dengan Kumpulan Syamiil untuk misi kali ni. Memandangkan ukhti tak pernah lagi uruskan misi dakwah kita,apakata kali ni ana serahkan misi ni untuk ukhti mengetuainya? ana percaya kebolehan ukhti." ketua kumpulanku, Muslim memerintah,ala-ala Sultan Muhamed Al-Fateh gayanya.
"Astaghfirullah.. Ana terima taklifan ini. Moga-moga tunjuk ajar akh sentiasa mengiringi ana yang baru bermula belajar bertatih ni. Sebelum tu,boleh ana tahu siapa ya yang bakal bekerjasama dengan ana nanti?"soalku,bersopan dengan ketuaku yang cukup disegani itu lantaran kepetahannya mengeluarkan hujah dari AL-Quran dan Al-Hadith. Malunya hamba dikelilingi mereka yang cukup hebat.
"Ana rasa ukhti kenal sepotong nama ini yang memang nyata kehebatannya. Syahid Karim namanya." Aku tersentak. Subhanallah. Syahid Karim? Sepotong nama yang aku harapkan menjadi teman hidupku itu? Sepotong nama yang selalu terbayang untuk membimbing aku dalam jalan dakwah ini? Diakah orangnya? Aku sedikit blur.
"Ukhti kenalkan? Ana harap ukhti tak ada masalah untuk bekerjasama dengan Syahid. Lagipun ana rasa dia orang yang sesuai untuk bantu ukhti kendalikan misi dakwah kita kali ini. Ok lah Ukhti,ana minta diri dulu,nanti petang ni ana akan inform Syahid untuk contact ukhti bagi memulakan kerja untuk misi mulia kita kali ni. Maal salamah." Aku hanya mengangguk sedang dalam kepala berfikir bagaimana menghadapi ikhwan yang cukup aku segani itu? Tambahan pula ikhwan yang sesekali mengambil tempat yang kian istimewa di hati meskipun tidak mempunyai sebarang connection sekalipun.
Petang itu,aku sedang menaip kertas kerja misi baru yang diterima dari boss Muslim tadi. Penat jugak menaip ni. Kebetulan setiausaha untuk misi ini masih belum kembali ke sini setelah neneknya meninggal dunia 3hari yang lepas.
"Ukhti Nurul, Syahid ada kat luar. Dia mintak izin untuk berbincang dengan ukhti untuk bahagikan tugas. Nanti senang sikit ukhti nak buat kerja bila masing-masing tahu jobscope masing-masing." Muslim lembut berbicara namun nada memberi arahan tetap jelas kelihatan. Patutlah Muslim layak menjadi ketua dan sehingga sekarang tiada cacat celanya aku berketuakan Muslim. Sangat tinggi kalibernya! Aku kemudiannya mengangguk dengan picisan senyuman debaran sambil menggenggam tangan Ukhti Syuhada disebelahku. Dan kelihatan Syahid idamanku melangkah lembut masuk kedalam bilik gerakan dakwah kami. Seulas senyuman walaupun sedikit,namun jelas terpancar keikhlasan beliau. Aku menunduk. Moga-moga syaitan tak berjaya menggoda aku dengan godaan seorang lelaki yang hampir sempurna ini. Mana tidaknya,semua perempuan mengimpikannya,namun tidak berani dan sedar diri akan ketidak layakan untuk bersama dengannya.
"Ukhti Nurul?"soalnya. Tutur katanya menyapa telinga,lembut. Sekaligus memadamkan semua angan-angan bisikan syaitan.Aku mengangguk.
"Ana Syahid Karim. Selamat bekerjasama. Semoga kita mampu membina kekuatan untuk misi dakwah kita kali ni,ok?"ramah pulak dia. Aku yang terpampang. Aku hanya mengangguk. lagi dan lagi. Muka pun tak berani diangkat.
"Ukhti? Segan dengan ana ke?" soalnya lagi kerna melihat aku langsung tidak mengangkat muka. Malunya Tuhan!
"Tak adalah. Ana nak diapkan kertas kerja ni sikit tadi. Apa-apa pun selamat berkenalan jugak untuk akh. Ana harap akh boleh bagi ana banyak tunjuk ajar,sebab ana ni baru kali pertama diberi mandat yang cukup besar ni,lain la akh. Dengar nama pun dah terasa kehebatannya." aku pun cuba beramah mesra. Tak mahu nanti dia menyangka aku kera sumbang atau mungkin juga bisu. Lirikan matanya mampu buat aku pengsan disitu. Syahid,semua perlakuanmu seolah-olah menggoncang imanku! Jerit batinku.
"Kehebatan tu milik Allah ukhti. Ana tak layak pun nak menerima pujian ukhti Nurul. Rasa segan dan hina dihadapan Allah kerana Allah yang selayaknya mendapat pujian itu. Sedangkan ana,hanya Allah saja yang tahu lemahnya diri ana. Apa kata kita teruskan dengan perbincangan kerja pulak. Nanti lama-lama kat sini ana terlewat pulak untuk menghadiri usrah."
Aku cukup mengagumi makhluk Tuhan dihadapanku ini. Maha Suci Tuhan yang menciptakan makhlukNya ini. Wajahnya putih bersih tanpa secalit cacat celanya. Rambutnya yang lebat sangat sesuai dengan bentuk mukanya. Nak kata ada iras0iras Arab tak juga. Dia tidak hensem kerana kacukan tetapi hensem dengan kesucian wajah dan nur yang ada pada wajahnya. Perbincangan petang itu diteruskan dengan damai. Alhamdulillah,Ukhti Syuhada juga setia mencatit segala butiran,menggantikan sekejap tugasan setiausaha kami.
Pulang ke asrama masing-masing,Ukhti Syuhada tidak henti-henti mengusikku.
"Amboi,serasi semacam je dengan Syahid. Biasanya selama Ada buat kerja dalam tanzim,susah tau nak jumpa muslimin muslimat yang satu fikrah ni. Sekurang-kurangnya ada juga hujah debat. Tambah-tambah Syahid yang pemikirannya sangat up-to-date tu."
Aku hanya tersenyum. Terbayang-bayang gerak-gerinya yang sopan dan sangat menghormati orang lain.
#############################################################
"UKhti dah berpunya?"soal Ukhti Syuhada.
"Kenapa Ada tanya?"
"Yelah,kite kan dah cukup dewasa. Ada pun 2 bulan lagi insya allah diijabkan dengan Akh Hisyam. Dalam kumpulan kite, Ukhti aje yang belum..." Aku hanya tersenyum. Dalam usia yang sudah mencecah 23 tahun,semua orang sudah mendirikan rumah tangga. Tambah-tambah kumpulan dakwah ni. Tentunya kawen sesama Jamaah kan. Tinggal aku aje. Ada dengan Akh Hisyam,setiausaha Kumpulan Syamiil. Syamiil? Subhanallah. Teringat pula pada Syahid Karim. Bagaimana agaknya keadaan dia sekarang.. Sudah berumah ke.. atau mungkin sedang menghitung anak barangkali. Jamilah pula menjadi isteri kedua Ustaz Nazim,penceramah hebat dakwah islam. Sudah 2bulan menimang anak. Bahagia nampaknya walaupun isteri kedua. Walaupun bermadu. Alhamdulillah dan sekarang mereka sedang bahagia menunaikan umrah di Baitullah.
Nafisa pula bertemu jodoh dengan seorang ahli politik sebaik sahaja menghabiskan pengajian. Alhamdulillah. Bahagia semuanya sahabat-sahabatku.
Aku sahaja yang masih begini. Bergiat aktif dalam dakwah,dan sepenuh masa aku cuba isi dengan kerja-kerja dakwah. Sejak pengalaman menguruskan misi dakwah bersama Syahid,aku sudah makin aktif. Bergiat secara penuh masa untuk Islam. Sudah mula memberi ceramah di merata-rata tempat,berkat pendedahan yang diberikan oleh Syahid. Insan hebat itu. Setelah tamat program misi dakwah kelolaan kami, Akh Syahid mengikut keluarga berpindah ke England kerana kekangan keluarga. Entah lah,aku sendiri pun tak mengetahui cerita yang terjadi. Ada setengah pendapat meriwayatkan bahawa Syahid pergi menyambung pelajarannya. Bercita-cita menjadi seorang Engineer. Pintar. Aku cemburu. Semakin tinggi jurang yang memisahkan kami. Siapalah aku disisinya?
"Ukhti nak tak kalau Ada kenalkan ukhti dengan seseorang?"soal Ada lagi.
"Siapa?"soalku,sedikit berminat.
"Kawan Hisyam. Zafrul namanya."kata Ada.
Aku kembali mundur,ingatkan Syahid kawan Hisyam. Rupanya bukan. Apalah daya.. Angan-angan Mat Jenin.
"Assalamualaikum Ukhti Nurul.."kelihatan Muslim memberi salam manis dengan senyuman.
Muslim juga awal-awal lagi sudah berkahwin. Isterinya tidak kurang hebat,sepadan mereka berdua ni. Meskipun ramai orang berpendapat isteri Muslim tidaklah sesuai dengan kehenseman Muslim,namun itu bukan persoalannya. Yang penting,kecantikan itu tidak kekal. Tetapi iman di hati sangat abadi. Isteri Muslim bergiat aktif memimpin gerakan Muslimat PAS. Hebat sekali. Sepadan! Kehebatan mereka berdua sama. Mencapai equilibrium! Itulah perancangan Allah. Alhamdulillah. 3 orang cahaya mata Muslim aku pandang hiba. COmelnya.. Agaknya bila la aku pun nak dapat anak-anak comel seperti Mukmin,Ma'wa dan Awanis ni. Isteri Muslim berdarah kacukan Cina,maka tak mustahillah anak-anak mereka,lebih-lebih lagi yang puteri,sangat putih gebu dan comel yang keterlaluan bagi aku.
"Comel anak-anak akh.."puji aku,ikhlas.
"Alahai..Nurul pun apa kurangnya. Kalau dapat anak nanti,entah-entah lawa macam Agnes Monica kot."seloroh Kak Suma,isteri Akh Muslim. Sangat kelakar dan periang orangnya. Alhamdulillah. Sesuai dengan perwatakan Akh Muslim yang lebih senyap dan suka mendiamkan diri. Sepadan lagi. Mereka memang pasangan bahagia!
Cemburu lagi.
"Ukhti bila lagi?Ke ukhti tunggu siapa?"senyum Muslim. Perbualan itu tamat disitu setelah majlis Alumni ingin dimulakan oleh pengerusi majli,Akh Hisyam.
###############################
"Nurul,mak ni bukan apa. Nurul dah habis belajar,tak ada ke calon-calon kat tempat Nurul tu?"Tersedak aku,baru sahaja pulang tak sampai 2jam,dah disoal begitu. Baru semalam bercakap soal yang sama dengan Ukhti Syuhada dan Akh Muslim.
"Ayah pun sama Nurul."sambung ayahku yang sedang tekun membaca akhbar,masih mendengar rupanya orang tua ni. Senyum aku. Ayah memang begitu. Sebagai pakar ekonomi,pasti setiap helaian akhbar tu dilihat dan ditenung,tak mungkin satu noktah pun tertinggal.
"Ayah ni.. Nurul pergi sana belajar la. Bukan cari jodoh. Lagipun Nurul muda lagi,cergas pun lagi. Tak ada la tua sangat. Lagipun Kak Ji dengan Abang Wa kan dah kahwin. Nurul lambat-lambat sikit pun tak apa la.."
"Mana boleh Nurul. Nurul ni perempuan. Ayah risau kalau-kalau tak ada siapa yang nakkan Nurul aje kalau tunggu lama-lama. Orang-orang sekarang ni Nurul tahu-tahu aje la.." kata ayah. Tak tahu kenapa kata-kata ayah kali ni mengguris hati. Mungkin ayah hanya bersenda seperti selalunya. Tapi klai ini snagat dalam. Tak laku sangatkah aku? Malu sangatkah mereka dengan aku? Sensitifnya aku untuk kali ini. Aku masuk ke dalam bilik. Tanpa sepatah kata.
"Ayah ni.. Kasihan Nurul. Jodoh ayah. Mana kita tahu,lambat ke cepat. Kita doa saja pada Allah,moga-moga Nurul dapat yang terbaik. Dia baru aje sampai,ayah dah tanya dia macam-macam. Kalau Nurul tak balik,ayah bising-bising pula. Ji faham snagat dengan Nurul tu ayah."kata kak Ji yang mampu aku dengar dengan jelas dari bilikku. Kahwin sajalah dengan sesiapa.. Jika itu kepuasan hati ayah. Tekadku.
"Ramai sangat orang datang pinang dia,dia tolak. Dia tak tengok pun sapa,tapi dia dah tolak. Malu ayah nak menjawabnya. Habis tu dia tunggu sapa datang meminang? Anak Raja Perak? Ayah bukan apa Najihah. Ayah ni sayang sangat kat Nurul tu. Sebelum ayah tak ada,nak jugak tengok hidup dia sempurna. Ayah ni bukan makin muda Ji. Makin tua. Makin banyak penyakit nak mai,nak serang. Esok lusa kalau ayah dah mati,sapa nak walikan si Nurul tu haa.. Ayah berimpikan sangat nak walikan anak bongsu ayah tu haa.."jawab ayah,sayu.
Hati seorang ayah. Ak semakin pilu. Quran biru hadiah Abang Wa aku tenung sayu. Aku ambil dan mengalunkan kalimah suci tuhan,semoga hatiku sedikit tenang.
##########################################################
Keesokannya aku berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepatutnya aku cuti selama seminggu,tapi memandangkan keadaan kurang menyenangkan,aku mengambil keputusan pergilebih awal. Lagipun aku mendapat jemputan ceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Itu alasan terbaik untuk aku pulang awal ke Kuala Lumpur.
"Nurul,kalau ada orang datang minta Nurul.."sebelum Mak terlebih dahulu habiskan kata-katanya,aku terus menjawab.
"Mak terima aje la. Nurul terima aje pilihan mak dan ayah."
Lalu aku terus bersalam dan mengucup indah serta sedayanya membuat muka paling manis,hadiah buat ayah dan mak tercinta. Mak,anak bongsu mak sedih sangat. Anak bongsu mak malu.
Sedang aku memandu kereta MyVi hadiah grade dari ayah,aku mendapat panggilan telefon dari Abang Wa.
"Nurul,katanya ayah dah terima lamaran seseorang buat Nurul. Betul ke tindakan Nurul ni?"
Aku terus memberhentikan kereta di bahu jalan. Beristighfar beberapa kali dan seterusnya aku menyerahkan segala urusanku kepada Allah. Abang Wa aku katakan aku redha. Walaupun tangisan tak dapat aku bendung. Begini rupanya berakhir kehidpanku. Tiada sedikit keluhan yang cuba aku keluarkan,kerana aku ingiin menjadi redha dengan keputusan ayah dan mak.
Malamnya,aku bermunajat panjang kepada Allah. Pohon jalan yang terbaik.
Ya Allah,aku selama ini cuba menjadi hambaMu yang paling baik,maka aku mohon Kau tunjukkan aku jalan yang terbaik perihal jodoh dan masa depan islam dihadpaanku. Tuhan,mudahkan urusan ini sekiranya dia terbaik untukku..
Keesokan pagi,ayah minta akupulang ke kampung untuk urusan merisik dan bertunang. Terdesak sangatkah ayah? Kenapa secepat itu? Namun alasan ceramah dan kuliah,aku minta ayah tidak membuat kenduri pertunangan. Teruskan aje dengan perkahwinan. Aku redha. Mungkin pilihan mak dan ayah terbaik buat ku. Dalam hati yang paling dalam,aku berharap lelaki yang lamang itu menolak perkahwinan mengejut ini.
Namun hanya Tuhan yang Maha merancang.
Perkahwinan diatur berlangsung dua bulan lagi. Kepada mak aku cuma katakan aku mahu set berwarna hijau muda,warna syurga. Selebihnya aku serahkan urusan kepada emak. Aku hanya pulang selama dua hari untuk urusan baju pengantin.
#################################################################
Dua hari sebelum pernikahanku.
"Ini borang-borang yang Nurul perlu tandatangan.."kata ayah dan aku hanya memaniskan muka.
Aku membaca nama pengantin lelaki. Syahid Karim. Masya allah. Adakah dia Syahid idamanku?
"Ayah,Syahid.." belum sempat aku menghabiskan ayat aku,ayah terus mengangguk. Dan aku terus bangun memeluk ayah.

Hari Pernikahan.
Sebelum pernikahan,aku hanya berpeluang berjumpa dengannya sekali sahaja. Tanpa sempat bertanya apa-apa pun. Alah,nanti kawin tanya aje puas-puas. Bisik hati kecilku.
Sepanjang pagi aku asyik tersenyum. Berbaloi rupanya penantianku untukmu,Syahid.
Wajahnya masih tampan seperti dahulu,malah Nur di wajahnya semakin bercahaya. Aku cemburu. Aku yakin besar pengorbanan yang dia buat untuk agama. Sesekali mata bertemu pandangan,aku menunduk malu. Jika dulu,setiap kali bertentnag mata,tentu aku akan memejam mataku rapat-rapat dan mohon ampun dari Allah. Kali ini dia bakal menjadi suamiku. Tak salah aku menganggankannya. Oh,Tuhan. Berdebar untuk mendengar butir percakapannya setelah hampir 5 tahun aku menunggu. Dan bicara yang bakal aku dengar adalah bicaranya sebagai seorang suami buat isterinya. Bahagianya aku!
Tidak haram,malah penuh keberkatan.
Setelah akad nikah,majlis pembatalan air sembahyang pula. Dia menyarungkan cincin yang halus cantik ukirannya kepadaku,kemudian giliran aku. Setelah itu,dia mengucup sayu dahiku,dan kelihatan air mata mengalir sedikit dari tubir matanya. Aku genggam tangannya. Aku tenung wajah bersihnya sepuas hati. Dari hidungnya,mulutnya yang basah dan merah,sedikit kelainan pada janggutnya dua tiga helai. Semakin hensem!
Aku genggam erat-erat tangannya tanpa sepatah perkataan. Kemudian,dia membisikkan ke telingaku,
"terima kasih Nurul sudi tunggu ana.."
AKu menarik tangannya,mengucup lembut,melutut dihadapannya.
"Jaga Nurul baik-baik..A..bang.." dia senyum,bahagia. Sambil menarik hidung mancungku. Camera bertalu-talu menangkap gambar kemesraan kami suami isteri. Pelbagai komen yang aku dengar. Alhamdulillah,semoga sepadan dari parasnya,sepadan juga dari segi hati dan imannya.
Ayah dan Mak sangat gembira. Aku lagi-lagi bahagia,terasa seperti di awangan. Tangan Syahid tak pernah aku lepas. Bila dia bertanya kenapa.
"Nurul tak nak abang pergi lagi dari Nurul. Abang kena spend 3 days tau cerita kat Nurul mana abang pergi 5tahun tu.."
"ok..boleh aje untuk isteri abang yang cantik. Abang spend 3days untuk completekan story abang,tapi abang nak Nurul spend seluruh hayat hidup Nurul bersama dengan abang dalam perjuangan Islam.. Aci tak?"soalnya manja. Subhanallah. Tak sangka dengan ketegasannya,kredibilitinya dan kehebatannya,rupa-rupanya dia sangat romantik. Aku jadi malu sendiri bila Kak Ji berdehem-dehem mendengar perbualan kami.
"Kot ye pun tunggu la malam-malam sikit. Tamu ramai lagi korang dah buat drama Korea kat sini." Syahid sekadar tersenyum.
"Ji,Nurul ni bukan apa,terharu la dapat kawin dengan Prince idaman. Hari tu bukan main merajuk,lari dari rumah bila ayah suruh kawin,bila dah kawin,haa... Tu.. Tangan pun tak mau lepas. Berpeluh-peluh tangan Syahid tu dia duk genggam.."kata abang Wa bersenda.
Aku dan Syahid ketawa. Mesra. Indah dan bahagia.
"Nurul merajuk? Yang tu abang nak dengar Nurul cerita full version tau.."kata Syahid.
Aku hanya mengangguk dan terus melayan tetamu ang datang dengan gembira.
"Selain tu,Nurul kena cerita jugak lelaki-lelaki yang cuba usya isteri abang ni."kata Syahid lagi.
"Oh..tak ada masalah abang. Tapi abang sanggup ke dengar cerita tu 5tahun? Sebab speanjang hari abang tak ada,ada aje lelaki yang kacau Nurul."Syahid gelak besar.
Bahagianya kehidupan yang sementara. Namun kehidupanyang sementara inilah yang akan aku ukir membawa kepada kehidupan akhirat yang abadi.
Malamnya,Syahid menjadi imam soalt Maghrib dan Isyak,aku pula sibuk melayan tetamu yang masih bersisa selepas solat. Syahid juga sama. Rakan-rakan dari Jamaah ramai yang datang dan membawa hadiah yang hebat-hebat. Alhamdulillah. Sahabat dunia dan akhirat.
Apabila ada waktu terluang,Syahid pasti menghamiriku,mengusap lembut tanganku. Mengucupnya kadang-kadang.
"Nurul,kita kawin kerana Allah. Abang sayangkan Nurul. CIntakan Nurul. Namun cinta abang pada perjuangan Islam lebih besar dari segala isi dunia. Abang harap,kita sama-sama membawa agama islam menuju kegemilangannya. Abang dah lama sayangkan Nurul. Tapi kerana Islam,abang pendamkan. Abang biarkan Nurul dalam lindungan Ilahi,biarpun jauh jarak antara kita,namun..Abang yakin Allah menjaga Nurul seperti ana abang berhabisan menjaga agama Allah. Janji Allah benar sayang.. Allah tunaikan harapan abang untuk menikahi Nurul,walaupun abang tak tahu,berapa lama pernikahan ini bertahan dan berapa lama abang mampu buat Nurul bahagia dengan abang setelah 5 tahun Nurul tunggu abang. Setelah 5 tahun abang harapkan Nurul. Nurul,abang harap,Nurul bangun bersama abang untuk Islam,kerana perjuangan kita,kerana dakwah kita. Nurul hebat. Abang tahu Nurul mampu,walaupun kalau abang tak ada lepas ni,Nurul harus ingat,cinta kita,cinta perjuangan..."kata Syahid panjang lebar.
AKu hanya mengangguk. Sedikit pelik dengan bicaranya.
"Abang,setiap pagi kita bangun,Nurul janji,Nurul akan bersama abang dalam perjuangan kite untuk islam.."
Buat kali keduanya,dia mengucup dahiku.
#####################################################
Inilah malam pertama kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah. Akhirnya aku memiliki cinta Syahid. Jika dulu,aku memandang matanya yang bundar itu mengunndang dosa,sekarang aku merneung puas-puas matanya yang sarat dengan cinta,bukan lagi dosa,bukan lagi noda.
Alhamdulillah Tuhan kerana memakbulkan doaku untuk bersamanya,meniti hari dalam perjuangan Islam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

nti reka sndr ke cerpen 2?

husna said...

kenapa?
macam kesah hidop ana ke\?
hehe

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.