♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, December 02, 2009

hubungan kite.

Sengkek aje bunyi tajuk kali ni. No idea.
Ok aje. sebenarnya tujuan buat tajok ni sebab semaken lame tengok manusia semakin tak menghormati antara satu sama laen.
Ari tu mase balek kampung,
abang kata, "budak2 zaman skrang susah nk jumpa yang reti hormat orang tua.."
betol3. Ana setuju.
Hormat menghormati ni sebenarnye bukan antara yang tua dengan yang muda aje,yang same2 muda pon,kena saling menghormati jugak. Betol tak?
Kadang2 kite harapkan orang menghormati kite,tapi kite canne plak? sejaoh mane kite mnghormati ornag laen? Menghormati di sini bukan saje depan2,blakang pon..
kadang2 kat depan orang tu pijak semut pon tak mati,usya macam2,tapi kat blakang,umpat bertong-tongm,berbakol-bakol.
Astaghfillah.. Harap2 kite semua tak tergolong dalam golongan nih.
na tak cerita orang laen la,cerita tentang diri sendiri aje.
Kadang2 bile tengok orang tu pandai,dapat lebih,mula rase tak sedap.
Mula tanya2 Tuhan,kenapa aku tak dapat..
Memang perasaan cemburu,jeles,dengki tu memang ade.
Tapi bergantong la bagaimana kite menanganinya kan..
Insya allah. Kalo kite betol2 mengenal Allah,perasaan yang datang tu akan cepat2 dipatahkan dengan iman kite. Insya allah. Semoga kite tergolong dalam kalangan ni.
Subhanallah.
Tapi kenapa kite nak dengki2?
bukankah Allah dah kate,setiap seorang tu Allah dah tetapkan rezeki tertentu buatnya?
Rujuk surah An Nahl.
Tu lah,ape kate baca dulu artikel kat bawah ni. Sambil same2 menghisab diri.
Saya sangat cemburu dengan brothers kelas saya,selalu aje dapat jawab soalan Math dan Fizik.. Memang cemburu. Tapi,disebalek cemburu tu boleh jadi dua benda,baek atau burok. Anda pikir la sendiri!

HUBUNGAN SESAMA ISLAM
Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara."
Orang Islam bersaudara orang Islam,tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.
Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya. Diriwayatkan oleh Muslim.
SYARAHANNYA :
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah. Selain Muslim lagi hadis-hadis riwayat yang lain daripadanya yang di antara kandungannya ada sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut.
NILAINYA :
Hadis ini mengandungi nilai utama dalam soal persaudaraan Islam, di mana ditegaskan secara perintah akan larangan-larangannya yang tiada boleh dilanggar demi untuk pemeliharaan suasana persaudraan itu.
Pada hadis tersebut Rasullah ada menerangkan perkara yang mengenai hubungan di antara orang Islam. Untuk memelihara hubungan ini ditegaskan beberapa perintah yang merupakan larangan yang wajib dipatuhi ; iaitu janganlah kamu berdengki-dengkian di antara sama sendiri. Kerana dengan dengki atau hasad menyebabkan terputusnya hubungan.
Dengki ialah satu perasaan jiwa yang timbulnya perasaan itu pada seseorang oleh kegelisahannya memandang kelebihan yang ada pada orang lain atau oleh kebenciannya melihat ada orang yang melebihinya dalam sesuatu perkara atau keadaan.
Orang yang dengki atau hasad selamanya gelisah, jiwanya tidak tenteram , kerana ini dia berusaha untuk menghilangkan suatu kelebihan yang ada pada orang lain dengan perkataannya atau dengan perbuatannya dan berikhtiar untuk memindah sesuatu kelebihan yang ada pada orang lain itu kepada dirinya sendiri. Dan ada pula orang yang dengki itu berusaha untuk menghilang atau mencedera suatu kelebihan dari orang yang mempunyai semata-mata kebencian yang melulu, kerana dia sendiri tidak berhajat kelebihan itu untuk dirinya. Kedua macam kedengkian tersebut adalah tercela dan inilah perasaan kedengkian yang sejahat-jahatnya yang pernah digunakan oleh Iblis terhadap nabi Allah Adam a.s sehingga baginda dikeluarkan dari tempat kediamannya dalam syurga.
Sementara itu ada pula sejenis perasaan dengki atau hasad yang terbunuh dalam jiwa seseorang, tetapi dia berdiam diri, tidak ada usahanya yang jahat sama ada dengan perkataannya mahupun dengan perbuatannya untuk menumpas suatu kelebihan orang lain. Hasad seperti ini diharap tiada menyebabkan dosa, sebagaimana sabda Rasul yang bermaksud :
"Tiap-tiap anak Adam ada hasadnya, dan tiada mendatangkan kemudaratan kepada orang hasad oleh hasadnya selama ia tiada pernah bercakap lidah atau berbuat dengan tangan."
Seterusnya ada lagi sejenis perasaan hasad yang terbunuh dalam jiwa tetapi segera dilenyapkan serta ditumbuhkan perasaan cinta kepada orang yang mendapat kelebihan dan didoa supaya ia dalam selamat dan sejahtera. Inilah satu-satunya perasaan yang membuktikan kesuburabn iman yang dipuji.
Setelah Rasullullah menerangkan larangan dengki atau hasad, maka diterangkan pula larangan bertipu-tipuan dan berbencian dengan sabdanya yang bermaksud : " Janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbenci-bencian di antara kamu."
Larangan bertipu-tipuan ialah melarang seseorang menaikkan harga barang-barang padahal dia sendiri tidak mahu membelinya untuk menyusahkan orang lain. Perbuatan ini adalah haram. Masuk juga kepada larangan ini segala perbuatan tipu atau kecoh dalam jual beli.
Larangan benci-bencian ialah melarang seseorang membenci dengan menghina orang lain semata-mata menurut dorongan hawa nafsu yang angkuh dan sombong. Perbuatan ini melenyapkan perasaan kasih sayang di antara seorang dengan saudaranya padahal perasaan ini wajib dipelihara dan dipupuk dengan semangat cinta sebagai orang yang percaya kepada Allah. Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud ; " Tidak akan kamu masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak (dikata) buat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih ? Iaitu syiarkanlah Islam di antara kamu."
Kemudian Rasullullah menerangkan larangannya dengan sabdanya ; "Janganlah kamu berbelakang-belakangan atau berpaling-palingan ialah melarang perbuatan ini dilakukan oleh seorang semata-mata oleh perkara dunia. Pada hadis yang lain sebagaimana yang disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim, Rasullullah S.A.W. menerangkan :
"Tiada halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tiada menegurnya) lebih dari tiga hari, bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam ."
Dan lagi hadis yang lebih keras ancamannya iaitu :
"Barangsiapa meninggalkan saudaranya (tiada menegurnya kerana musuhinya) selama setahun maka ia seperti menumpah darahnya."
Larangan menjual di atas penjualan ialah melarang perbuatan itu dilakukan, kerana akibatnya adalah membawa kepada benci-bencian di antara sesama sendiri. Contohnya : Seperti dua orang yang membeli itu seraya berkata : "Batalkan pembelian engkau ini, aku sanggup menjual kepada engkau barang yang lebih baik mutunya dengan harganya lebih murah dari barang yang engkau beli itu. "
Demikian pula dilarang membeli di atas pembelian orang lain. Contohnya : seperti seorang datang kepada orang yang menjual lalu berkata : "Batalkan penjualan engkau ini. Aku dapat membelinya kelak dengan harga yang lebih tinggi. "
Termasuk kepada larangan ini orang yang menawarkan barang-barangnya kepada seorang yang lain, padahal pada waktu itu ada orang yang sedang menawarnya untuk membelinya. Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Tiada menjual seorang lelaki di atas penjualan saudaranya dan tiada meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya."
Larangan tersebut sebagaimana yang diterangkan oleh hadis adalah am meliputi kepada orang Islam dan kepada orang kafir, demikian menurut pendapat kebanyakan fuqaha kecuali Imam Ahmad dan orang ramai yang mengatakan larangan itu adalah khas kepada orang Islam tidak kepada orang kafir.
Setelah diterangkan segala larangan ini satu persatunya, maka Rasullullah dijelaskan pula keadaan orang Islam dalam pergaulan dengan sabdanya :
Sabdanya ini memberi suatu petunjuk jiwa. Jika mereka mematuhi sepenuhmya segala larangan itu, maka terwujudlah kasih mesra sebagai saudara yang senasib bertanggungjawab untuk kesejahteraan bersama..

Insya allah..
Anyway..
Thanks Zakirah..
~Sejak akhir2 ni kurang sehat sket..
Sejenis penyakit yang tak lalu makan. Bile makan rase nak muntah,memang muntah pon..
Time ni baru rase,nikmatnya dapat makan.. Nikmatnya kenyang. dan nikmatnya sehat..
Maka,bagi yang sehat,bersyukurlah.
Hari ni dalam sejarah banyak kali pegi klinik UIA.
First memang pegi sorang2,doktor kate,datang lewat sket,beliau nak khatankan budak2.
Datang sorang lagi,doktor tade.
Then,Zakirah temankan. Baru berjaya. Thanks Zakirah atas sokongan moral dan pesanannya. Terharu plak.
Esok kena pegi lagi.. Boring tengok hospital~
bile jadik canni,sngat rendukan keluarga..
tiada siapa yang boleh gantikan kaseh syang mereka.. Allahu akbar..
Aku rindukan mereka..
Menghisab dosa~~~~~
Astaghfillah...

Ok,doakan ana,mereka dan semua.
Wassalam.
Jumpa lagi.
(erk,maaf post tak berapa best. Keadaan kurang memberangsangkan.)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.