♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 01, 2009

khusyuk yang susah dicari

Assalamu'alaikum wbt, untuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua.
Insyallah.
semalam ana duduk berbual-bual dengan beberapa orang rakan. kebetulan semalam ade opening ceremony untuk HERE TO HEAL anjuran MEDCY. Untuk opening tu,kitorang tayang filem KETIKA CINTA BERTASBIH. Sambutan kurang memuaskan. Tak ramai ornag datang. Bagi ana,promotion kurang memberangsangkan. Atau memang budak MEDICAL SCIENCE ni tak suke tengok movie? Haih,macam tak percaya plak~
Malam ni jugak ade FRC Intelectual Discourse untuk Fasilitator.
Bertembung lagi.. Ana pergi jugak ke ID tu,rase rugi plak lepaskan majlis ilmu. Huh.
Tahniah FRC!!
Perjalanan semakin mantop.
Kredit buat PRESIDEN FRC, Akh Syafiq Kamil atas usaha beliau dan rakan2 seperjuangan beliau, Akh Majdi, Ukht Siti Khadijah Abbas, Ukhti Fatehah, Ukhti Isdayanti dan semuanya. Tapi sayang sangat, ni semester akhir Akh Syafiq di sini. Ruginye! Takpe2,biar ana sambung perjuangan Akh ye..(HIDUP FRC)
Ok,back to the point,panjang plak mengarut cik Husna.
Ana sekadar berkongsi sedikit pendapat dengan mereka. Kemudian,mereka tanya,
"Husna,macamane ye kalau kite nak khusyuk dlaam solat? Susah la.."
Hem. Nak jawab ni berat jugak,yelah,solat diri sendiri pon belom tentu khusyuk,belom tentu Allah terima.. Tapi sekadar menyampaikan insya allah mampu.
Cube kite fikir kejap. Dalam kelas,kalo tengah buat soalan FIzik,kite mampu khusyuk. Orang panggil soheh tak dengar. KEnapa? sebab otak kite betol2 fokus nak cari penyelesaian soalan Fizik tu. Sama jugak dengan Math,otak kite berfikir mencari penyelesaian. Tapi,kenapa bab solat kite kecundang? Ana pon tertanya2. Mungkin ikhlas kite yang kurang? atau matlamat kite tak tentu?
Sedar diri jugak ana.. Kadang2 solat entah bagaimana dah boleh bagi salam. Kesannya langsung tak terasa. Sebab tu laa.. Ramai yang solat,tapi aurat tak reti nak jaga. Ramai yang solat,tapi couple tetap beraja.
Ramai yang solat, tapi hati tetap lagha.
Ni bukan anda,mungkin ana.
Takpe lah. Skadar untuk kite bermuhasabah.
Insya allah. Yang penting,kite perlu ikhlas. dan ikhlas ni memang satu benda yang susah nak nampak,susah nk nilai. Sejaoh mane kite ikhlas tu hanya Dia aje yang tahu.
zdah mereka syok sangat nk tahu cerita tentnag khusyuk ni,ana pon malas nk citer panjang jugak. Kang tak jadi tayangan KETIKA CINTA BERTASBIH,jadi tayangan ceramah ana plak. Best jugak. Maka ana jawab kepada mereka,
"bacalah blog ana.."
dari situ ni ana amek sebuah kisah untuk panduan semua.
Carilah khusyuk. Sekurang2nya ade usaha kite untuk mendapatkan khusyuk. Sekurang2nya kite melakukan sesuatu untuk kite khusyuk berbanding bermimpi,membayangkan,melakar impian atau sebagainya. Allah memandang usaha kite. Selepas usaha,maka kite pakat2 serah kat Dia. Kan urusan nak bagi khusyuk ke tak tu urusan Dia. Kite usaha dan upaya.
Insya allah. Sifat Rahman dan RahimNya ade untuk kite.
Baca lah. Dan semoga entum dan entunna semua khusyuk dalam solat. Bermula dengan sedikit lame2,jadi banyak.. Utama dan pertama sekali tentunya pesanan buat diri sendiri. Insya allah. Bersama mencari redha Allah.
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan
batin." Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaiman! a biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota
dengan

7 perkara:-
>
1] Bertaubat
>2] Menyesali dosa yang telah dilakukan
>3] Tidak tergila-gilakan dunia
>4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
>5] Tinggalkan sifat berbangga
>6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu
>7] Meninggalkan sifat dengki
>
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan
dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah
kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan
aku
bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim'

da menganggap bahawa ! solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." Setiap bacaan dan doa
dalam
solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku
bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar
menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibandingkan dengan Hatim.

Sampaikanlah walau pun satu ayat. Sampaikanlah kisah ini kepada
sahabat-sahabat kita yang lain........ insyaallah............

~HEM, tak lupe nak ucap TAHNIAH buat sahabat yang dah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lame lagi. Semoga Allah memberkati hubungan yang penoh barakah tersebot dan semoga bahagia kekal abadi. Insya allah.
Dan yang belom berpunya, pesan ibu ana,
"cari-cari laa..nanti sampai tua tak de calon pon susah jugak.."
maka,carilah calon yang sesuai.
Semoga rumah tangga yang dibina dan bakal dibina mencapai matlamat utama perkahwinan itu. Insya allah.
=sangat sebok untuk minggu ni. Doakan yang terbaek untuk kite semua.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

riwayat hidupku yang terkantoi said...

"sesiapa yang menutup keaibannya, Allah akan menutup keaibannya di hari akhirat kelak"

ps: saper yg nk kawin 2?

husnataqwa said...

alhamdulillah..
yang nk kawen tu org yang dah ade calon laa.
budak sambest mungkin~

ps:sesiapa yang menutup keaiban 'saudaranya',allah akan menutup keaibannye di akhirat kelak."
ke memang tade 'saudaranya'?
sekadar bertanya orang yang lebih alim.
syukran.

anonymous 1 said...

bismillah..

matannya ialah "keaiban dirinya"...

wallhu a'alam

anonymous 1 said...

bismillah
pembetulan sikit
Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).

husnataqwa said...

alhamdulillah..
same2 mencari kebenaran.
Syukran.
Barakatillahu..

Anonymous said...

terasa macam perkongsian ini perlu.

"hakikat khusyuk adalah apabila Allah ada di dalam hati kita.

lalu bagaimana Allah akan 'masuk' ke dalam hati kita andai ada dunia di dalamnya, sedangkan dunia itu berjisim, sedangkan Allah itu di luar ruang lingkup masa, tempat dan jisim.

dan bagaimana Allah akan 'masuk' ke dalam hati yang punyai dunia di dalamnya, dan merelakan diri-Nya yang maha suci untuk bersekedudukan dengan dunia yang kotor?

sesungguhnya kunci untuk khusyuk itu terletak pada takbir yang mengharamkan.
apabila takbiratul ihram itu mengharamkan dunia dalam hatinya, maka hadirlah khusyuk kepadanya"

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.