Fenomena dalam masyarakat
Manusia mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui memberi hidayah dengan menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.
Ayat Al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas:
(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya:
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Surah Al-Baqarah ayat 213) Ertinya:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang peraturannya).
PENGERTIAN ADIL
Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil:
1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.
Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:
1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.
ADIL KEPADA DIRI SENDIRI
Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada membiarkan diri teraniaya.
Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang buruk, tentang yang berguna dan sia-sia. Orang yang beriman dan menyedari akan hakikat diri dan amalannya akan sentiasa berdoa kepada Allah Taala seperi doa Nabi Adam Alahissalam.
( Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : øWahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.Ó
Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:
Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.
Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh Allah Taala.
ADIL KEPADA ORANG LAIN
Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran:
(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:
1. Iman dan takwa kepada Allah.
2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.
3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak dan qias.
4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang.
Tanpa berpegang pada asas (prinsip) yang tersebut manusia boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kebendaan sehigga mereka sanggup melakukan kezaliman dlam pelaksanaan keadilan iaitu:
1. Orang yang lemah tidak mendapat haknya dan orang yang kuat merampas hak orang
yang lemah.
2. Orang yang bersalah bebas daripada hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.
3. hukum tidak berlandaskan kebenaran dan keadilan, tetapi berlandaskan kekuasaan dan kepentingan tertentu.
SIFAT ORANG YANG ADIL.
Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.
1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.
3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
5. Berperibadi mulia iaitu:
i- tidak mementingkan diri sendiri
ii- berperikemanusiaan dan belas Ihsan.
iii- Bijak dan tegas
iv- Berani menghadapi risiko.
Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud :
(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk
ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.
~ syukran atas tegoran sume. Insya allah ana cube perbaiki kesilapan2 yang haq mahupon bathil. Sesungguhnya ana memang manusia yang tidak sempurna,tetapi sentesa mencari dan mengharapkan kepada kesempurnaan,tapi sayang..jalan ke arah kesempurnaan itu terlalu sukar dan payah untuk digapai. Namun dengan tegoran,nasehat dan kritikan,itulah "makanan" terbaek buat kesempurnaan yang mahu di"pelok" erat.
Dan.. Semoga kalian tidak meng"impi"kan kesempurnaan dari "pencari sempurna" yang baru nak bermula ini.
Terima kaseh. Datang lagi.
Islah nafsak, wad'u ghairak~
Sesungguhnya apa yang manusia inginkan itu terlalu sukar untuk dipuaskan. Dan sesungguhnya manusia itu fitrahnya sukakan pada sesuatu yang sempurna. Dan manusia itu mempunyai pelbagai citarasa yang masing-masing ingin dipenuhi.
Begitu juga diri sendiri.
Inginkan sesuatu yang terlalu sukar untuk dipuaskan..
Mengharapkan kepada kesempurnaan yang tentunya tak mampu dicapai.
Allahu yubariklana~
(esok exam math 2) doakan semua~
4 comments:
Segar mata...
Alhamdulillah...
Saya sekadar membuka mata...
Manalah tahu jika ada yang ingin ditambah nilai...
Saya optimis penulis sentiasa berusaha memperbaiki diri...
Bahkan semua orang yang beruntung juga ingin menambah amalan masing2...
Bak kata penulis, "Islah nafsak,wad'u ghairak."
Minta dijauhkan daripada mana2 pihak yang menyimpan hasad dengki di dalam hati...
Yang bersangka buruk...
Tidak mahu menerima kebaikan...
Bukanlah saya mengatakan bahawa penulis lemah dari mana2 segi, tapi saya berminat dengan isi2 yang disampaikan lantas menginginkan agar ianya dipersembahkan dalam gaya dan bentuk yang menarik...
Tiada niat 'mengondemn'...
Mungkin bahasa saya yang tidak betul...
Maaf segalanya...
Kritikan memang perlu...
Tapi jangan kutuk, perli..
Istihfar...
"Islah nafsak,wad'u ghairak."
syukran..
kata2 yang baek itu sedeqah.
sekiranya ade terperli atau tersindir itu,tentunya tanpa niat.
manusia takle dari dari salah.
maka saling memaafkan sesama kite.
insya allah.
diselubungi kaseh sayang..
subhanallah.
sy menghargai komen2 anda semua~
dan sy tak kate saudara kondem saya. tak rase pon cantu. anyway thanks ya!
TUKAR!!!
mencetak kata-kata ustaz firdaus kadeer, mantan TYDP PERKEMAT.
"kami takkan mengubah apa-apa yang ade pada logo kami(perkemat) walaupun putera puteri semua memprovok kami.sesekali tidak!"
same laa tuu..
Post a Comment