♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, January 17, 2010

kena MarAh..

Petang jumaat yang bahagia, tatkala semua orang usai solat gerhana, ana dan Zakirah, happy ending tengah siapkan presentation untuk RIM. Tetiba akak call mintak ke Seremban. Jaga anak saudara, esok akak ade hal, kene kua.
Maka, dengan Maghrib yang mula menuinjukkan Merah2 di kaki langit, ana gagahkan kaki keluar ke Seremban. Meskipon ibu agak risau dengan tindakan ana. Demimu, keluargaku, susahmu pastiku tolong. Haha.

Ternampak comm Special Task baru sampai dapatkan gift untuk AGD. Alhamdulillah. Setel satu perkara. Senang hati..

Sehari saja di Seremban. Petang Sabtu, akak dan abang Ipar menghantar ana ke stesen KTM. Ana yang beriya nak balek. Sangat banyak kerja. Kat rumah kakak pon hset asyik bunyi. Kebetulan, kena buat meeting on the spot dengan unit Sponsorship. Alahai.. Dengan saket kepalanya, teramat2 saket, memang under pressure..

Dan malam tu bukan ana sorang yang underpressure. Najwa dan Ainu pon turut bengang. Semua orang jadi nak marah2. Luar kawalan. hypotalamus tak sempat process. haha.

Kebetulan mainboard yang boleh dihubungi waktu tu hanya lah ana.
Orang kuat laen sume ade hal sendirik.
Azam, Siddqi, Fathiah, Bahiah sume ada LEADTRAIN.
Diorang ni mcm rancang2 je nak LEADTRAIN sesama.
Terpaksa berhempas pulas.

Marah pon tak selesai masalah jugak.

Hari tu Zakirah ada bertanya,
"canne kite nak tarbiah hati untuk tak rasa marah, iri hati,dengki?"

Panjang ana memberi jawapan. Tapi bile tiba part ana, diri sendiri yang hilang kawalan.

Ibu kata, semua orang ada rasa marah. Ibu tahu, ana ni cepat naek marah, ibu kata, didik la dari sekarang canne nak control rase marah. Bile nak marah je, zikir banyak2. Tenang2..

Jadi, tadi mmg ana betol2 aplikasikan petua ibu. Berkesan!

Marah bukan penyelesaian semua perkara.

Kite tak suke kan orang marah kite?

Ana tak suke klo sesapa tinggikan suara pada ana.

Tayah tinggikan suara, cakap dengan nada marah pun, mmg rasa tak suke.

Itu part kite, tapi klo part ana marah prang, tade plak ana pikir.

Manusia. Slaah ornag saje yang dilihat. Salah sendiri, pandang pon tamau.

Hakikat yang muallaq.( Boleh diubah).

Ana tringat kali terakhir ana kena marah pada ayah ana.

Sebabnya kecik aje. Waktu tu ana form 4. Dah akhir tahun dah mase tu. Malam tu ade sorang lelaki muncul dari mana tah tepon rumah patu nak cakap dengan ana.
Pastu mmg ayah ana marah takle bla.. Marah2 gile. Die tabagi ana pegi sekolah klo nak maen2 dengan lelaki ni. Hampeh tol. Punyalah ana tak bersalah. Dan sampai sekrang tatau sape lelaki tuh. tapi mmg mase tuh ayah siap tolak2 kepala lagi.
Ingat lagi ape ayah kate,
"ni nak blaja ko nak gewe?"
Ya Allah, serius waktu tu mmg ana tatau sape lelaki tu. Ana sket punya baek waktu skolah, kawan lelaki pon tade.
Tu last kena marah yang terok. Pastu mmg fobia dengan orang2 marah.
Lagipon sejak tuh mmg ayah dah tak marah cantu. Ayah lebih kepada mendidik. Mungkin apa yang ayah buat satu benda baek, sebab memang lepas tu ana cuak nak kawan dengan lelaki. FOBIA LELAKI. Stakat untuk keje2 bole..
Itulah didikan terbaek dari seorang ayah.

Tapi, ade satu part yang waktu ana form 3, mase tu baru blajar kete. Tetiba terlanggar tiang garaj kereta. Patu bile ayah tanya, ana tak ngaku. Padahal waktu tu mmg ana yang tengah pandu kete tuh. Tatau nape ana tak ngaku. Cam bodo je. Sedangkan mmg jelas dah ana yang buat.
Ayah mmg marah. Ayah kate,

kereta yang rosak ayah boleh baiki, bayar seratos dua, keta ok balek,
tapi klo anak yang reti menipu macam ni, bayar berjuta pon tak le buat ape dah.

Mmg ayah marah sebab menipu. Kebaekannya, sampai sekarng takot nak menipu. Elak menipu. Sebab waktu tu bulan pose, ayah marah, dan 2hari takle bukak puasa same2..
Terjurung dalam bilek. Waktu orang pegi terawih baru kua makan, tu pon lauk sume ayah dah habeskan. Sedih tak? nasib baek bilek tu lengkap dengan bilik air. Kalo tak, tatau la ape jadik.

Kadang2 marah ni ade kebaekan jugak kan? Tapi, dalam banyak keadaan, marah bukan cara yang baek untuk menyelesaikan sesuatu.

Marah biar kena pada tempatnya.

Mmg ibu dan ayah jarang marah. Lbih2 lagi bile dah besau canni. Sume jalan..
Tapi tegoran berupa tarbiah tetap konsisten walopon tak pernah marah.

tah la ape tujuan post ni dikuakan. Just nak cerita pengalaman kena marah yang terok oleh ayah.
Sebab tadi ramai orang marah2.
Dan..
Ramai jugak orang marah2 ana.
Ingat best ke marah orang?
Meh kite same2 control rase marah..

Dulu,
klo Cokdi maseh ingat,
ana selalu berkata,

"MARAH ITU SETAN."

Hem..

jadi?

jangan marah2 ana.

Tak best kena marah.
dan pesanan buat diri sendiri,
jangan asyik nak hangin kat seapa.
Blaja untuk kawal kemarahan.
Marah itu setan.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.