"Ketua samseng, ikan keli ZC jom?"
"tamau. tadi dah makan. Ikan keli+roti canai lagi.."
Vibrate.. Vibrate..
'ABANG QI'
"Bulat, exam bile? Tulang blakang saket lagi? Lame tak call abang.."
Terharu bukan maen, abang yang sangat sebok dengan kerjanya, mampu menelefonku pada LUNCH HOURnya.
"Smalam bu tanyo abe, dekna ade telepon ke.. Dah lame ke tok telepon bu?"
Tersentak!
"Ibu demam tu, tahu tak?"
Tersentak lagi.
"Sebok sangat ke? 2minit pon tak leh tepon Bu?" Nada sedikit tinggi.
Diam. Membisu.
"Abang bukan marah.. Kesian ibu..Ok lah, got to go. Nak make nasik."
Pap! Abang letak telefon.
"Husna,jom buat RIM skrang." ajak Zakirah. Teros melangkah. Telefon ibu? Teros lupe.
Petang. Menghadap LAPTOP.
Mesej dari Abang Taufiq.
"Ibu demam. Abe dok umah ni. Abe beli nasik ko ibu. Ibu kate, dekna dah makan ke belom.. Bu kata lama dekna tak telefon?? Kalo Bu call, dekna asyik tak dapat cakap,sebab meeting?"
Nasi teros tak lalu nak telan. Ibu!! Dah 5hari aku tak sempat nak cakap dengan ibu.
Waktu ibu call, setiap kali itulah aku ade hal.
Sebok nak g umah akak, meeting, kelas. Dan macam2.
Dan aku pasti jadi anak yang jahat sebab tak return panggilan itu.
Kejamnya aku.
Dan kasehnya seorang ibu.
"Dekna dinner semalam, bu asyik pikir je takot dekna penat,saket.."
Aku buntu lagi. Teringat waktu dinner, dua "panggilan terlepas" dari IBU.
Dan sekali lagi ibu menelefonku, berpesan,
"nanti makan la jugak. Jangan tak makan."
Ibu kenal anak ibu. Ibu tahu aku takkan boleh makan dalam keadaan macam tu.
Tak mahu ade cacat cela. Biar semua orang makan, gembira, itu dah buat aku jadi kenyang.
Bukan tak makan, makan aje, tapi hanya disuap dan makan lebihan orang aje.
Ithar? haha. Tak de lah.
Recall.
Dulu sewaktu aku dirumah, aku lihat sendiri bagaimana ibu risaukan akak yang sudah tidak menelefonnya 2minggu. Kebiasaannya akak paling kurang menelefon 2x seminggu.
Ibu asyik risau. Ibu fikir macam2. Ibu risau akak saket. Ibu risau jadi ape2 pada kakak.
Dan aku? Aku marahkan kakak sebab tak dapat luangkan masa pon nak telefon ibu.
Dan sekarang? Aku yang ghalibnya menelefon ibu setiap hari..
Kejamnya anak ibu..
Teringat mimpi semalam,
aku mimpi, ibu datang melawat aku yang sedang tido waktu tu. Tatau la aku kat mana.
Ibu datang, dan waktu tu aku tak sempat layan ibu. Ibu tetap senyum. Ibu tunggu aje aku habeskan kerja2 aku. Ibu tunggu sampai aku habes kerja. Tapi aku tak datang2 kat ibu.
Mimpi. Maenan. Silap aku. Salah aku.
Maafkan aku,ibu..
Tak terniat aku melukaimu.
Tuntutan ini telah melalaikan aku menjaga kebajikanmu. Kebajikan perasaanmu.
Maafkan anakmu ibu.
Berkali menyusahkan ibu.
Bila depan mata, macam2 karenah,
bila jaoh dimata, menyeksa perasaan ibu.
Maaf ibu,
Anak ibu tak pernah melupakan ibu.
Sentiasa ibu dalam ingatan.
Anak ibu gagal menjadi anak yang baek.
Ibu,
senyumlah teros menanti aku hadir untukmu.
Senyumlah teros menanti aku mengucup keningmu.
Senyumlah teros menunggu aku mencium kakimu tanda kemaafanku..
Ibu, sabarlah menanti aku. dan usahlah jemu ibu.
Aku menyayangimu ibu. sepenoh hatiku.
Ibu..
'Mereka itu mudah lupa pada kaseh sayang seorang ibu,
mereka mudah lupa pada kecintaan seornag ibu pada anaknya,
mereka itu tidak akan pernah mencium bau syurga..'
Ibu.. Aku tidak mahu menjadi seperti "mereka"..
Dekat padamu
arah ingin ku tuju
walaupon jauh akanku tempuh
kerana hanya sunyi yang menemani hari semenjak kau pergi membawa diri
oh..
dekat padamu
disanakan bersatu
dua jiwa yang telah terpisah
kesetiaan yang telah aku ikrarkan
ku pegang tegoh janjiku kotakan
andai tersalah arah
berikanku tanda
agar kau terima yang sebaekny...
-LUAHAN BUAT IBU-
2 comments:
manjanya budak kecik nih.
tiap2 hari tepon mak.
aduih.
conpem2..betuah mak die ade anak penyayang..hek3
Post a Comment