♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, February 08, 2010

Buat si PEJUANG





LANGKAH jangan henti,
hayun kakimu membelah bumi,
hentak kakimu bangkit berdiri,
engkau hamba milik Ilahi.


Serukan aku kata semangatmu,
Supaya aku tegak memandangmu
Biar aku kagum meneriak namamu,
Kerana engkau berjuang tiada jemu.

Terajangkan segala godaan dunia,
Biar ia jaoh dari menguji kita,
Kerana kita tidak punya banyak masa,
Untuk melayan godaan syaitan manusia.

Usah berpaling kesana lagi,
Aku menunggumu di medan ini,
Kita bakal berada di thoriq ini,
Thoriiq kebenaran warisan Nabi

Andaii tetap engkau mahu pergi,
Aku tidak punya kuasa merayu lagi
Tapi buat engkau yang aku sayangi,
Aku akan tetap menunggumu di jalan jihad ini.

Allah tuhan kami
Alquran panduan kami
Al Rasul tauladan kami
Shahid cita tertinggi kami
.






:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.