♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, February 06, 2010

PALESTIN: Perhimpunan Perdana

6 FEBRUARI 2010

dalam kegentaran nak hadap EXAM FINAL, ana sengaja pengambil peluang menyertai PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN yang mana turut dihadiri oleh Penasihat Kanan Ulama Palestin, Sheikh Abu Bakar. Satu penghargaan buat diri sendiri sebab berpeluang berdepan dengan ulama yang berpengalaman diseksa sebanyak 9 kali dalam tahanan Israel Laknatullah.

Bersemangat waja semua nampaknya walaupon pada awalnya semua nampak kurang bertenaga.
Kejutan buat ana, melihat makcik2 menderma untuk Palestin. Ade yang membuka barang kemas mereka dan meletakkan dalam 'tong derma'. Ana nampak dengan mata kepala ana sendiri, sorang makcik tu, beliau keluarkan gelang tangan yang ana kira mencecah 7-8k(sebab sangat besar,sudah tentu berat,EMAS sekarang mahal!), dan meletakkan dalam sampul, selepas meniupkan 'keikhlasan' pada sampul itu barangkali, beliau meletakkan ke dalam tong. Ana kagum. Benar. Ana sendiri merasakan sejaoh mana kemampuan ana untuk melakukan pengorbanan seperti beliau disaat ana menjadi BERHARTA seperti beliau suatu hari nanti. Ana terfikir,

"pasni kalo aku kaya,aku sanggup ke buat cantu?"

Lantaran itu, Nadiah Hassan yang turut sama beserta Zakirah, berkata,

"Sebab tu la kena ada banyak duet, nanti kite bole bagi derma banyak2."

Persoalannya, adakah kalo kite ada duet, kite akan menderma sebanyak itu?
Sedangkan kite sedia maklum, KAYA merupakan UJIAN Allah yang sangat besar.
Semoga kita tergolong dalam golongan HAMBA ALLAH yang zuhud dan berhati perot.

Insya Allah.

Majlis bertambah ceria, diserikan dengan persembahan dari Muadz yang popular dengan lagu STAND UP.

Majlis bermula pada pukol 2.30 petang dan berakhir pada pukol 5 petang.
Disebabkan kelewatan bas, kami menjejakkan kaki ke CFS kembali pada pukol 7.15 petang selepas bertolak seawal pukol 12.35tengahari.

Ini, ana sertakan lagu GELOMBANG KEADILAN.
Sekadar pekongsian. Lagu ini dari SHOUTUL HARAKAH.
Kalo liriknya salah, bagitau la. Ini ape yang ana ingat aje.

Kan melangkah kaki dengan pasti,
Menerobos segala onak duri,
Generasi baru yang telah dinanti,
Tak takot dicaci tak gentar mati.

Bagai gelombang teros menerjang,
Tuk tumbangkan segala kezaliman,
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan,
Hingga pertiwi gapai sejahtera.

Takkan surut walau selangkah,
Takkan henti walau sejenak,
Cita kami hidup mulia,
Atau syahid mendapat SYURGA.





:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

anonymous 1 said...

Nak tya sket... Ape signifikasi ulama' bawah TGNA tuh (bukan Qardawi ek) dgn Palestin sehingga diletakkan dalm poster bertema PAlestin?

husnataqwa said...

anonymous 1~
kamu rase kamu ade jawapannya?
poster ini ana amek begitu saje.
nampak macam khair saje..
salah ke?

Anonymous said...

tak salah2

anonymous 1 said...

Khair??

Abi Mas'ud: Kam minm mudridi bilkhair lam yusibha bi syai'

ps:pesanan ini takder kn mengena ngn poster di atas..

husnataqwa said...

tapaham la anonymous 1.
explain better.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.