♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, May 14, 2010

bagi saya satu pesanan..

Aku menjengah kaki ke sekolah lama.
"Ustaz,bagi saya pesanan.." ujarku.
"satu je Husna, lakukan semua kerana Allah.."
Aku singgah ke rumah saudara,
"Cik,bagi saya satu pesanan.."
"Jangan couple.. Jaga hati ni.. Kena selalu cuci.."
Aku pergi rumah jiran,
"kak,ada ape2 pesanan tak untuk budak kecik baru nak bertatih ni.."
"Ah,orang hebat,kamu tak perlu nasihat aku, cuma satu, jaga Quran dalam hati kamu.."
Aku pergi sekolah Ibu,
"Cikgu,titip lah pesanan,huhu.."
"Jaga Qiam.. Jaga hubungan dengan Allah.."
Akhirnya hari ni aku pergi ke pondok Lubuk Tapah..
"Tok guru, wasiatkan untukku pesanan.. Moga aku tak lari dari jalan Tuhan.."
"Mek, dulu pesanan ambo, cari kesempurnaan di jalan TAQWA. Jika mek minta wasiat. Cukuplah Quran dan Sunnah. Seperti mana Rasulillah wasiatkan buat kita semua.. Gali betul2,banyak yang belum mek temui. Jagalah ibadat. Tinggal maksiat. Hatimu belum suci untuk sepenuhnya menerima hidayah.."
Dan aku malu.. Hati ini.. Belum suci. Penuh noda barangkali..
Allahu, aku mohon, sucikanlah hatiku.
jadikan hati ini benci pada maksiat, cinta pada ibadat..
Akhir kalam...
Sahabatku.
berikan aku pesanan.....

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

14 comments:

jawahir said...

salam sahabatku yang dicintai kerana Allah,

jadilah dirimu sendiri.
engkau dihormati mereka,
maka jagalah apa yang mereka hormatkan pada dirimu.
semoga engkau beroleh barakah ukhti..

anonymous 1 said...

Bismillah

Pesanan saya hampeh jer la..

Jangan tension bile ader short sem

ps:hahah

Anonymous said...

saya nak bagi pesanan jugak.
dont too harsh.
ribut2 ngak ada makna,
cool aje sih..

Anonymous said...

nk gak.
husna budak baik.
tapi pesanan aku,
selalu jaga kesihatan dengan baik.
jangan selalu sakit dan demam.

Anonymous said...

bismillah walhamdulillah.

anda lebih layak menasihati diri anda sindiri..

*jika hati anda belum bersih, hatiku entah bagaimana tahap kotorannya.

*jika anda hebat orangnya, hebat ibadahnya, masih belum layak mendapat hidayah selayaknya, aku apatah lagi. jauh lebih kurang darimu.

Anonymous said...

~“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.”
[Hadith Riwayat Muslim]
~ayong.mh:)

Anonymous said...

pesananku,
jagalah solatmu.
itu tiang agama kita.
sama2 kita perbaiki ibadah kita.

Anonymous said...

pesananku,
teruskan sifatmu yang suka berterus terang.
suka 'smash'.
diharap lepas ni kalau kena 'smash',terima dengan hati yang lebih besar.. insya allah..

Anonymous said...

nak jugak.

quran.

Anonymous said...

nak jugak leh?
jangan suka gelak.
:(

Anonymous said...

Nak tumpang bagi nasihat ley??

update blog selalu2.
jangan cepat marah.
jangan suka balik kampung.
salu bagi tazkirah.

Anonymous said...

best sangat baca pesanan dan nasihat kat sini. macam terkena kat batang hidung sendiri. teruskan ustazah!

Anonymous said...

to anonymous 1-
tapi pasni die dah takde shortsem dah. pesanan tak menepati dan tak long lasting.
untuk pesanan gelak,saya setuju. awak ceria sangat,bagus.

anonymous 1 said...

ek??

nnti kat kuantan ader la shortsem, melainkan amik sistem block

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.