1-aku dan kawan-kawan dapat pergi pesta buku Antarabangsa. Mereka yang tade shortsem semua putih mata je la,kecuali budak KL. Macam Bahiah dan Nadiah. Yang laen sume,sorry to say la korang tak dapat rasa KLIBF tu. Dah la bukubuku murah. Kalau untung,dapat pulak jumpa artis/penulis buku. Paling best,banyak kesah lucu dalam pengembaraan aku ke PWTC tu. Daripada keluar ikot Masjid semata-mata nak dapat makanan free hinggalah tersalah amek tren. Hah,panjang pulak nak cerita. Tapi yang bestnye,dapat jumpa Hidayatul Saadiah. Dah lame dah aku tak jumpa dia. Setahun kot. Maklumlah dia dok seberang.(Sabah la.) Kalau dulu,aku selalu lepak bilik dia sampai dia boring tengok wajah aku ni, sekarang nak tengok wajah dia pon tak tahu sempat ke tak masa hidup ni. Ahhaa. Apapon, kenangan dengan dia waktu p PWTC ari tu mmg aku yakin dia ingat sampai bila2. harap-harapnya macam tu lah. *~*
4- Pastu geng UKJ ade jugak buat tazkirah kat level 1 Mahallah Khadijah. Kecik-kecik ja. Tapi alhamdulillah. Semakin lama semakin meriah tazkirah tu dengan pertanyaan ahli majlis Surau tersebut. Walaupun masing-masing ada komitmen masing-masing(Khadijah,Muna Adila,Atiqah Razak),namun alhamdulillah, apa yang kami rancangkan berjalan dengan baek. Sangat baek! Dan kelebihannya, kami kena bersedia dengan tajuk yang ditetapkan. Tazkrah ni seminggu dua kali ja. Tapi penuh dengan pengisian bermakna. Menjurus dari semua aspek, aqidah,akhlak,ibadah dan sirah. Syukur,ada jugak golongan yang mencintai ilmu seperti ahli-ahli majlis Surau ni. Semoga golongan sebegini,semakin ramai! Maju Islam....... Pelbagai mehnah juga sebenarnya. Kadang-kadang satu masalah bila aku nak tentukan sapa yang akan jadi moderator, pentazkirah dan penyampai pengisian. Apapun,kerjasama dari mereka memberangsangkan,jadi kami semua terus semangat. Semangat waja. Kalau berkemampuan jasadiah dan rohaniah,kami nak teruskan untuk sem depan. Insya Allah. Doakan Allah bagi kekuatan.
5-Dalam sejarah untuk shortsem, kami menjemput seorang ustaz dari Perubatan Darussalam untuk bacakan Yasin. Beliau mintak kumpulkan 40 orang. Seharian aku rekrut 40 rang untuk bacaan Yasin.tenat jugak. Tapi,yang paling mengejutkan, 40 orang yang aku senaraikan untuk datang, tiba-tiba aku lihat hampir 100 orang pelajar yang hadir. Sampai tak cukup roti malam tu. Nasib baek air sarsi banyak! *~*. teruja nak ucap thanks pada Banat-banat DQ. Mereka beri sukongan penuh. alhamdulillah.
7-Tak lupa juga lawatan adik-adik GEN10 ke CFS IIUM PJ. Le Tour De IIUM. Selama sehari semalam mereka bermalam di PJ. Bermula dengan aktiviti Sharing Moment dari Banin dan Banat GEN9,wakil dari setiap Kuliyyah. Alhamdulillah. Berbangga dengan wakil Medcy (Siddqi dan Azam). Wirdah wakil Bio Sains. Yang lain tak ingat. Wakil dari Nilai Abdul Malik Abdul Razak. Wakil AED,wakil Intech, wakil Engin.. dah lupe.. Apepun,meriah Musolla KC dengan kehadiran mereka. Aku tukang angkat Microphone ja. Pastu tolong setup untuk Multimedia presentation. Video dari Akh Syafiq Kamil pun alhamdulilah. Serunuk. Sangat mengimbau kembali kenangan lalu. Adik-adik GEN10,mereka sporting sangat. Bila habis sesi sharing moment banin banat, masing2 pecah kepada gender masing-masing. Banat best jugak. Kakak-kakak GEN9 siap nyanyi lagu Stand Up by Muadz lagi kat adik-adik. Mula-mula aku suro nyanyi lagu CFS,kantoi sume orang tak ingat. Hah. Apepun tahniah kat Nizar dan Muna Adila selaku pimpinan tertinggi IQRAC dan tak lupa jawatankuasa IQRAC yang laen juga!
8-Dengan MEDCY pun,ada kenangannya. Kami buat jamuan MEDCY 1st year. Alhamdulillah kehadiran memuaskan. Najwa dan Inamul saje yang tak hadir. Dengan sesi bersama ENGINIUS,meeting malam tu sangat best. Walaupun dihalau Pak Guard,terpaksa pindah tempat. Tapi kenangan mmg takle lupa. Sume comm Medcy sporting ja. Dengan makanan yang memang menteliurkan sesapa je termasuk ENGINIUS. Alhamdulillah. Harap-harap lepas ni MEDCY terus maju. Sayang MEDCY~
9-Pastu aku ada jugak pergi melawat DQ. Lawatan IQRAC ke DQ bersama Muna Adila,Nurul Bahiah dan Nadiah Hassan. Best jumpa adik-adik GEN11 dan GEN10 jugak. Dan alhamdulillah,sampai jugak hajat jumpa dengan Ustazah Fatimah. Cuma,tak berkesempatan je nak jumpa Ustaz Wan. Mungkin lain kali kena atur lagi trip ke DQ. Untuk jumpa UStaz Wan yang pasti dirindui semua budak Attaibat! Kan? Lagi best bila dapat peluang cakap depan Auditorium. Bukan senang tu. Dulu kat DQ,aku dapat ada sekali je kat situ, waktu debat Banin Banat mase Ribathul Mawaddah. Kali ni berapi-api dapat cakap depan audi. Best! Tak tipu lah! Walaupon sampai UIA lewat malam,tapi serunuk sangat! Tak tipu jugak! Sape tak rendu DQ angkat tangan? Hah,kan betul semua rendu DQ!
10ang laen pun banak jugak. Jamuan UKJ. Jalan-jalan. Makan-makan. Balik Seremban. Balik JB. Kuliah Talaqi Ustaz Muhadhir. Dan macam-macam lah! Senang kata, shortsem ni macam ASTRO. Macam-Macam Ada! Pasar Malam pun best!!
Namun begitu, part DUET,memang tenat sket lah. Maklumlah elaun tak dapat. Merana sengsara jugak nampak gayanya. Apepun, kena belajar jimat-cermat dan belajar makan dengan zuhud. Bak kata seorang hamba Allah, jangan asyikk makan TOMYAM ja tiap-tiap petang. Belajar jimat jugak. Haik! Betul tu.
Okailah. Itu perkongsian ikhlas aku. Korang jangan menyesal ye takde shortsem! Wallahu'alam!
No comments:
Post a Comment