♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, June 05, 2010

Istimewa:Abang Mam,kenapa suka sangat aku?




Banyak kali jugak aku pikir nak post cerita benar ni. Aku tatau la betul ke tak cara aku buat ni. Tapi aku terpaksa. Aku hanya berusaha dari pelbagai cara. Kalau korang baca, korang buat tak tahu je lah. Ini mmg kesah benar. Aku kongsi sebagai pengajaran buat kita bersama. Jangan ada bad impression plak dgn aku eh. Korang jangan pegi sebar cite ni plak kat mana-mana. Janji ye!













Dulu, Abang Mam jarang datang menjengah. Bila berjumpa dengannya,aku buat tidak tahu. Aku tak pernah mengimpikan untuk didampingi Abang Mam. Tidak sekali-kali. Memilih sangat kah aku? Mestilah. Bukan calon-calon aku aku boleh terima. Memandangkan diri aku pun sudah banyak didamping. Dulu, Abang Mam pernah mendekati aku sangat-sangat dekat dan seolah-olah tidak mahu melepaskan aku. Walaupun berkali aku kata pada Abang Mam,






"Jangan buat macam ni.. Kasihani aku.."






Tapi Abang Mam ni tak paham-paham. Masa selepas SPM dulu, Abang Mam ikut aku ke Melaka. Dari situ seingat aku, Abang Mam memulakan operasinya. Waktu tu sekolah aku buat lawatan lepas SPM. Kami melawat Melaka,Kuala Lumpur dan menginap di hotel. Tapi dek kerana Abang Mam,aku tak dapat keluar hotel. Cekgu aku kata,demi kebaekan bersama. Jadi aku turutkan saja. Sepanjang aku di Melaka, Abang Mam langsung tak beri aku peluang. Abang Mam macam nak bertempel je dengan aku sepanjang masa. Mana aku tak tension?













Abang Mam.. Abang Mam...






Waktu tu punyalah ibu ayah aku risau. Yelah,anak dara mereka di negeri orang. Abang Mam pulak buat macam tak paham. Cekgu-cekgu pun risau jugak. Tapi cekgu kata,






"saya tak tau dah nak buat macamana Husna.. Sabar eh.. Nanti ok lah tu.."






Abang Mam ikut aku kemana je aku pergi. Sehinggalah tamat lawatan selama seminggu. Aku pulang,tanpa Abang Mam. Sebab aku kata, aku tak nak Abang Mam lagi. Aku reject Abang Mam. Aku siap warning lagi kat Abang Mam..






"Bang Mam,janganlah buat Husna macam ni lagi,Bang Mam.. Abang Mam tak kasihan kat Husna ke Bang Mam.. Husna ni kecik lagi Bang Mam. Baru 16 tahun.."






Pastu Abang Mam tak kata apa. Abang Mam pergi macam tu je. Abang Mam tak tinggal pesan. Aku lega. Hidup aku ceria tanpa Abang Mam. Aku harap sangat aku tak berjumpa lagi dengan Abang Mam. Aku cerita pada cekgu-cekgu sejarah macamana Abang Mam boleh terlekat kat aku. Cekgu geleng-geleng kepala. Cekgu kata,






"Husna ni terdedah sangat.. Manannya tak dapat attraction Abang Mam.. jaga sket diri tu. Awak perempuan Husna.."






AKu angguk-angguk. Alahai.. Cekgu marah aku pulak!






Pas balik Kelantan, ibu ayah aku tengok aku betol-betol. Kot-kot Abang Mam dah rosakkan anak perempuan bongsu mereka ni. Tapi alhamdulillah. Tak ada apa-apa. Tapi ibu kata, anak bongsu perempuan dia nampak kurus sket. Mana tak kurusnya, nak keluar hotel pun tak boleh. Ganggu orang je sepanjang masa. Ibu geleng kepala. Ibu suruh sabar.













Itu kisah dulu. Sekarang ni Abang Mam makin kerap muncul dalam hidup aku. Dulu skali setahun je aku jumpa Abang Mam, sekarang ni menjadi-jadi pulak. Tak tahu la mana Abang Mam dapat jejak aku. Rasanya aku tak bagi apa-apa maklumat pun tentang diri aku padanya walaupun nama penuhku. Tapi Abang Mam nampak nak sangat kat aku. Dia jejak aku sampai jumpa. Bila dah jumpa dia selalu je menghampiri aku. Kadang-kadang buat aku rimas. Mana tak rimas. Aku jadi malas. Aku jadi angau. Aku jadi bengang pun ada. Ibu ayah aku kat rumah lagi risau. Anaknya duduk jauh,kena pulak kacau dengan 'virus' macam ni. Ayah ibu kata, anak ayah ibu kenacari seseorang untuk melindungi aku. Alahai ayah ibu.. Tak pe, anak ibu ni pandai jaga diri. Setakat Abang Mam,apalah sangat. Anak ibu tak pandang pun~













Tapi bila kerap aku mengadu tentang Abang Mam pada ibu, ibu makin jadi-jadi risau. Kasihan ibu. Ibu kata, hujung minggu nanti balik. Ibu nak bagi anak ibu terjaga. Anak ibu perlu guard untuk jaga anak ibu. Nanti tak de lah anak ibu terganggu study macam Abang Mam selalu buat. Ibu kata, ibu nak cari yang lagi best dari Abanag Mam. Berkali dah aku larang. Tapi ibu degil jugak. Ibu kata, Ibu buat semua ni demi aku. Sementara ibu masih hidup, ibu nak tengok aku bahagia. Tanpa gangguan Abang Mam. Kasihan ibu.













Abang Mam.. Abang Mam..






Jangan kacau saya lagi.. Kasihan ibu saya.. Saya tak nak diikat apa-apa lagi Abang Mam.






Perjalanan hidup saya masih panjang Bang Mam. Saya nak belajar.. Nanti kalau Abang Mam selalu buat hal, kasihan saya kalau ibu saya tak bagi saya datang sini lagi. Abang Mam,saya harap Abang Mam faham dan Abang Mam jadi kawan je dengan saya. Tak lebih dari tu. Abang Mam faham kan? Saya bukan tak nak Abang Mam. Saya tahu Abang Mam datang kadang-kadang hiburkan saya dari banyak beban.. Tapi Abang Mam jangan selalu sangat datang.. Kasihan saya kalau Abang Mam selalu ganggu saya belajar. Nanti saya nak berjaya. Saya tak nak bawak Abang Mam sama-sama dengan saya selalu. Tolong lah faham Abang Mam. Saya harap sangat.. Kalau Abang Mam faham, tolong bagitau ibu bapa saya supaya mereka tak cari 'penjaga' buat saya.. Saya belum bersedia untuk ke tahap itu Abang Mam..... Saya bukan tak sayang Abang Mam. Nak kata sayang pun.. Tak jugak. Tataulah Abang Mam. Harap warkah ini dapat selesaikan segalanya antara kita Abang Mam. Hari ni saya tak dapat nak join kawan-kawan saya ikut kuliah-kuliah sebab Abang Mam ganggu saya. Abang Mam.. tolng fahami saya.. Saya kena pentingkan perjuangan saya.. Perjuangan saya untuk Islam lebih besar Bang Mam... Maafkan saya andai warkah ni melukakan Abang Mam.. Saya mohon Maaf..






Ha, Abang Mam, ibu saya pesan, suruh doa banyak-banyak kat Allah tentang Abang Mam. Ibu minta saya mohon petunjuk Allah. Saya dah banyak kali doa.. Tapi Abang Mam tetap tak nak pergi.. Adakah ini maknanya Bang Mam memang yang terbaek untuk saya? Adakah ni maksudnya Abang Mam akan selalu bersama saya? Tapi saya tak sanggup nak bersama Abang Mam selalu-selalu.... Maafkan saya Bang Mam...........













Warkahku untuk yang selalu menyayangiku,






Abang Demam bin Batuk Selsema.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

12 comments:

abang mam sayang said...

sampai hati husna buat abang mam macamni. abang mam tak sangugp kehilagan husna... abang mam sayang sangat kat husna...

haha.
hampeh. ingat simbolik dah berpunya ke ape tadik. rupeny nak bwt lawak.
haish,lawak2.

bawak abang mam jumpa doktor..

bawak tau. nanti ibu aawak cari poengganti abang mam,baru awak taw.hehe

abang mam sayang said...

sampai hati husna buat abang mam macamni. abang mam tak sangugp kehilagan husna... abang mam sayang sangat kat husna...

haha.
hampeh. ingat simbolik dah berpunya ke ape tadik. rupeny nak bwt lawak.
haish,lawak2.

bawak abang mam jumpa doktor..

bawak tau. nanti ibu aawak cari poengganti abang mam,baru awak taw.hehe

dempo snow said...

lawak jua.
kau sangat gedik sekarang.
menjadi-jadi ye.
semoga cepat sembuh demam yea cik husna sayang..

husnataqwa said...

yelah.. sapa la kite ni.. Abang Mam je yg sudi dekat..
haha. desperate plak.

korang lagi lawak.

husnataqwa said...

yelah.. sapa la kite ni.. Abang Mam je yg sudi dekat..
haha. desperate plak.

korang lagi lawak.

Anonymous said...

*caliph

abe ingat abang mam manow tadi. bakpow abe tak tahu. lawak bodo.

Anonymous said...

*caliph

abe ingat abang mam manow tadi. bakpow abe tak tahu. lawak bodo.

Anonymous said...

salam saudari.
pertama kali baca, saya fikir, ABANG MAM tu ialah Abang Mamalia.
Dan saya fikir ini kisah benar.
saudari pandai memutar belitkan fakta.
semakin jatuh cinta dengan penulisan saudari.

Asyraf Ghazali.

husnataqwa said...

caliph- macam le die tak kenai adik die ni. haah.

Asyraf- lawak jugak. mamalia. good idea. memutar belitkan fakta pun boleh jatuh cinta eh? pelik*

to Asyraf Ghazali said...

haih..bahaya statement tu..

Sha-na.Szied said...

wahh sy pon tertipu..
syafaakillah..

menarik penulisan saudari..
hrp beri tunjuk aja.~

Anonymous said...

bahaya? nape?

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.