mahallah Khadijah.
CFS IIUM
Masjid Kolej Islam Malaya
Gambar hiasan
Malam Khamis, bermula semester lepas (shortsem), aku beserta kawan-kawan mengambil inisiatif menghidupkan Musolla dengan mengadakan bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat.
Jadi, bukak semester baru, dengan adik-adik yang baru, aku memberi cadangan untuk mengadakan solat hajat Perdana bersama dengan Big Yaasin Recitation untuk Kapal Konvoi Gaza. Dan dalam masa yang sama untuk keselamatan seluruh penduduk KC dek kerana banyak sangat perkara pelik2 yan g berlaku di KC. Sebagai ujian dan Kafarah dosa buat hambaNya yang beriman. Alhamdulillah.
Waktu aku nak turun untuk mulakan sesi solat hajat tu, aku tengok ramai sangat org kat lobi dan ramai sisters yang bearak naik ke bilik. Kemudian ada sorang sisters tegor aku.
"takpayah la pergi kak. Nak masuk pun tak boleh."
Tak boleh masuk?
Aku melangkah laju-laju pegi Musolla.
Bila aku sampai Musolla. Nak pengsan aku. Melihat jemaah Musolla yang sangat ramai. Penuh Musolla. Macam solat terawih. Rapat ke dinding belakang. Subhanallah. Memang aku nak masuk pun macam tak muat. Ada beberapa orang sister yang masih cari ruang untuk mencelah masuk saf solat. Masa tu aku bukan main teruja lagi. Aku tak sediakan apa-apa back up plan. Minta maaf pada sisters yang terpaksa naek semula ke bilik. Aku tak sangka sambutannya sehingga begitu. Kalau tak,aku setup tikar kat luar Musolla. Tapi kebetulan juga malam tu hujan lebat.
Subhanallah. Kagum sangat aku dengan semangat2 adik-adik yang baru masuk (freshie).
Mereka mmg suka pergi Musolla. Harap2 berkekalan sampai bila2. Sekurangnya pelapis kakak-kakak ni lagi hebat dari kakak-kakak mereka. Alhamdulillah.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, bacaan yassin dan solat Isyak berjamaah. Serta diselitkan juga sedikit penyampaian dari aku,hanya pesanan-pesanan Madam Principal sahaja. Alhamdulillah. Aku harap semua orang istiqamah dengan apa yang dilakukan,.
Dan tentunya aku lebih berharap Allah terima doa Qunut Nazilah dari hampir 300 orang jamaah Musollah semalam. Dan Allah selamatkan Gaza dan laknatkan Israel. Ameen.
10 comments:
satu permulaan yg sgt baik. lps ni kne hidupkan musolla setiap level plk
betul tu afiqah. yang tu akak serah kat kamu lah ye.. cari idea terbaek nak ikat hati adek2 dengan surau setiap level sebab musolla bawah tak cukop untuk semua penghuni kc.. *~*
susah tu nak cari org mcm kak husna. sume benda dy buat sendiri.dari diplomasi dgn madam,annoucement,psg mic,siap tempat,spread msg,cari imam,iqamah,imamah tazkirah..sume dy bwt sorg. bangga sgt, hrp pasni ramai ikut jjak langkah k husna.walpn ramai yg bg skngan,tp tak ramai yg nk turun pdg gak kan. bagus k husna. syg k husna.
Bismillah
Alhamdulillah ader org prihatin psl palestin...
"Perumpamaan orang mukmin itu bagai satu badan..."
betol tu husna....x penah2 solat hajat ramai mcm nih...mmg bgs sgt adek2...surau level ktorg pon jemaahnye bersaf-saf...suboh pon ramai...mmg sgt bersemangat...suke tgk (^^)..
betol tu.. malu jugak kat diorang kan. smoga dierang thabat la. ramai smp ade yg merungut takle masok surau. kesian plak.
palestin itu islam.
islam itu kita.
kita itu palestin.
allahu yubarik alaih...
aku kagum- lebih2 je puji. padahal nak suro org puji die tuh. haha.
hebatlah deputy president medcy ni! hihi
Bismillah...
Camner lak kita boleh jadik palestin nih..Ini merupakan premis2 dan conclusion yang tidak tepat..takperlah asalkan paham maksud udah...
ps2:buatlah baca yasin tuh malam lain lak, sabtu ker, ahad ker isnin ker, jangan risau..tak hilang pon 'berkat' and 'maqbul' kalo wat ari lain...MOga2 allah memberkati
sebenarnya tujuan dibuat pada hari jumaat kerana pada malam itu kebanyakannya ramai orang free. sebab jumaat tade kelas. dan malam jumaat sangat sesuai berbanding malam laen. dan malam jumaat jugak ramai orang tak busy termasok penganjurnye. tak pernah terfikir kurang berkat dimalam laen. tapi berfikir tentang kesesuaian masa nak tarik minat orang turun.
p/s: sebenarnya pernah buat malam isnin dan malam rabu jugak.
anyway,syukran banyak2.
semoga allah redho dan semoga tiada salah faham. allahu yubarik *~*
Bismillah
time kasih kerna tak salh paham
Post a Comment