♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, September 01, 2010

Semua orang gembira

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Syukur yang tidak terhingga. Kerana akhirnya perjalanan untuk semester ini bakal berakhir. Menunggu lagi peperiksaan akhir semester yang bakal bermula selepas saja hari raya. Alhamdulillah juga, kerana Allah memberi peluang untuk diri hamba mengecap saat2 genting di CFS dalam keadaan yang sihat Alhamdulillah. Namun begitu, ucapan SYAFAKILLAH buat roommate hamba yang diserang demam tiba-tiba. Semoga Allah memberi yang terbaek. Nampaknya orang dalam bilik di bergilir-gilir diserang penyakit. Ujian Allah.. DIA sayang penghuni bilik ni. Alhamdulillah. Nampaknya masing-masing dah start kumpul SIJIL CUTI SAKIT. *pergh, saket2 pun dapat sijil tau* ujian Allah, benar-benar tarbiah buat kami.

Tanpa kita sedar, Ramadhan seolah terlalu cepat berlalu. Tup-tup dah berada di fasa ketiga bulan Barakah. Hampir menitis air mata mengenangkan Ramadhan yang bakal berlalu pergi. Mungkinkah bakal diri ini ketemumu Ramadhan lagi?? Mungkinkah aku bakal mengecapi keindahan serta barakahmu lagi wahai Bulan yang penuh Kemuliaan? Muhasabah diri,menghitung dosa dan menghisab amalan. Hinanya rasa**

Nampaknya minggu ni semua orang Nampak gembira. Senyum. Gembira. Gelak ketawa. Agaknya tempias nak balek kampung berhari raya. Alhamdulillah. Semoga Aidilfitri yang bakal diraikan bersama yang tersayang *family la kan* opss.. yang ada tunang pun takle rai dengan tunang lagi ******** merupakan Aidilfitri yang bermakna setelah melalui sebulan bulan pentarbiahan. Semoga jelas Nampak kesan tarbiah Ramadhan buat kita. Insya allah. Di samping itu jua, di fasa ketiga ini, janganlah kita melepaskan peluang untuk beriktikaf di masjid *bagi muslimin*, bagi muslimat mungkin boleh berjaga malam. *macam tak sesuai plak muslimat nak p masjid malam2*. Sama-samalah kita hidupkan malam. Jika sebelum ni susah kita nak bangun sahur. Kali ni, kita bangun sahur,mudahkan! Kemudian ber'asmara'lah dengan Allah. Sepuas hati. Biar jelas kepuasan kita beribadah di bulan mulia ini. Sejak hamba form 3, *hamba di rumah, tak dok asrama*, Alhamdulillah ibunda sangat menitik beratkan untuk berjaga malam. Tambah-tambah bulan Ramadhan. Apatah lagi di sepuluh malam terakhir. Memang kat rumah, susah nak missed Qiam. Ibunda setia jadi jam loceng. Tapi sejak dok DQ, ok lagi. Mujahadah tinggi lagi. Lepas masuk CFS dah mula longlai. Sesekali ter'missed' akibat tidur lambat* ke akibat hati yang mula nak mati??* Wallahu a'lam. Apapun, sesungguhnya fadhilat QIAM lebih2 lagi di bulan Ramadhan sangat besar. Dan hamba yakin, kita mampu melakukannya dengan keinginan yang tinggi. Dengan azam dan kefahaman yang mantop. Insya allah.

Hamba bakal pulang ke kampung pada 3hb September. Wah! Turut rasa tidak sabar. Kakanda hamba sudah berkali-kali minta hamba pulang awal. Sabar-sabar. Kalau ikutkan hati hamba nak pulang malam ni jugak. Tapi itu mustahil! Yelah, mana mungkin hamba tinggal kuiz BIO dan kuiz Chem. Tak lupa LAB CHEM. *Alhamdulillah Kuiz Bio dah lepas tadi. Argh! Susah* Belum pun jejak kaki ke rumah, pelbagai tempahan hamba dapat. Kek,biskut,kuih.. macam2. Terasa bahagia disayangi dan dihargai keluarga tercinta. Terima kasih keluargaku**

Pesanan hamba buat semua sahabat hamba,

Jangan siakan 10 Ramadhan terakhir dengan keghairahan menyambut Aidilfitri. Cuba renung dan tengok kembali, kenapa Aidilfitri dirayakan. Kenapa? Meraikan kemenangan siapa? Dan kemenangan yang bagaimana? Renungkanlah. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak tahu menggunakan peluang yang diberi Allah. Dan golongan yang tidak bersyukur. Minta jaoh Ya Allah. Di samping itu, jangan lupa taklifan sebagai seorang anak. Jadilah anak yang baek kepada kedua ibubapa. Insya allah. Allah suka kita mencari redha ibu bapa. Apa salahnya sesekali di hari raya belikan mereka hadiah. Walaupun kecik,murah, sekurangnya tanda ingatan kita buat mereka. Apa salahnya spend sedikit duet elaun unt belikan ayah butang baju melayu. Belikan ibu kerongsang baju. Kecik, tapi bermakna. Tanda ingatan buat ayah bonda. Sesungguhnya anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati ayah bonda. Permata hati ayah bonda. Moga-moga keberkatan hidup kita lebih barakah dengan redhanya ibu ayah terhadap kita.

Salam mencari lailatul Qadr. Salam seindah 10 malam terakhir Ramadhan. Salam Quiz dan Lab. Salam perjuangan dan salam mahabbah lillah~


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.