♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, August 12, 2010

Namunku punya hati..


Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua


Syukran Jazilan kepada Madam Saayah dan kedua-dua roomateku, Nadiah Hassan dan Farah Adlina yang sanggup menemani aku ke PPUM sehingga 4pagi semalam. Alhamdulillah, dikurniaankan sahabat yang sangat baek. Benarlah,inilah dugaan dan betul2 dugaan. Waktu azan maghrib nak berkumandang, aku pun tatau canne aku boleh terjun tangga KC nih. Tinggi pulak tuh. *maaf,terjun tu bukan dengan niat sengaja, tapi tak sengaja* klo sengaja bunuh diri namanya. Ting!

Hari ni aku skip kelas CHEM. Ada quiz. Memang aku tak mampu nak berjalan ke Blok C. *tetiba rasa diri tak berguna.* aku berazam nak ke kelas BIO sat lagi. Harap kuat dan tak rasa tak berguna. Doctor ingat kaki aku patah. Memang risau tunggu diagnos doctor. Cacatlah aku klo kakiku patah.. Alhamdulillah. Selepas diagnos, aku selamat.. *Tetiba teringat kat Doktor Nor Adzhar, Pakar Ortopedikku.* Haha. Teringat kat mak ayah. Rasa macam tak guna dan menyusahkan ramai orang. Bila rasa cantu, berkumandanglah lagu kat atas tu dalam kepala otakku. Huu.. Ting! Ni ialah lagu apabila orang rasa tak berguna. Haha.

p/s: klo jumpa aku tengah jalan, buat tatau ja. Jangan simpati. Ni balasan bagi orang yang banyak dosa.. Maka biarlah aku menanggungnya.. Syukran jazilan buat semua~


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

ramai orang menyayangimu disini.. jgn rasa sendiri.. walaupun jauh,aku tetap menyayangimu. dan aku yakin disekelilingmu, kau dikelilingi dengan orang yang menyayangimu.. maka, jangan bersedih.. dugaan tu penghapus dosa dan Tuhan nak angkat darjat tu..

classmate chem said...

teruk ke weh? tok sah p kelas la tak larat. makin teruk lagi tuh kalau jalan banyak3.. rehat ja, kan dapat mc 2hari..

husnataqwa said...

syukran jazilan sahabat..

akuu tak boleh la dok diam kat bilek. lemas! ting!

kwn cokdi said...

sian ke mu husna.pahni jalan molek deh.x patah.broke.eh,bukan.retak.
--ikhlas ni kesian--
selamat berpuasa.. :) hehe

husnataqwa said...

thanks aina.. huhu
nanti kite makan same2 lagi ye. hehe
aina baek!!

husnataqwa said...

thanks aina.. huhu
nanti kite makan same2 lagi ye. hehe
aina baek!!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.