♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, October 22, 2010

Cukupkah dengan sekadar ALHAMDULILLAH?

Apabila ada sesuatu yang membautkan hati anda rasa gembira, kebanyakannya akan kata, "Alhamdulillah. Alhamdulillah." Good. I like. Bila dengar orang cakap macam tu sejuk rasa hati. Yelah, kan Allah kata, kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat kita. Insya Allah. Yakinlah janji Allah itu benar.

Tapi cukupkah sekadar mengucapkan ALHAMDULILLAH..? Tahniah yang sudah membiasakan diri dengan ucapan tahmid memuji Allah ini. Hebat kalian! Tapi tidak cukup dengan hanya mengucapkan ALHAMDULILLAH. Nak bersyukur, bukan hanya pada ucapan, perkataan semata-mata. Pelbagai cara yang kita patut buat untuk menunjukkan rasa syukur. Antaranya?

  • -lebih baik dalam melakukan amalan-amalan wajib
  • -memperbanyakkan amalan sunnat. Seperti solat Sunnat, puasa Sunnat, membaca Kalamullah dan sebagainya.
  • -bersedeqah dan menginfaqkan harta pada jalan Allah.
  • -menggunakan nikmat-nikmat yang Allah bagi dengan baek dan pada jalan yang betul.
  • -tidak takabbur dan riak.
  • -mempertingkatkan kualiti diri.
  • -dan segala perkara-perkara yang mendatangkan kebaekan.

Kadang-kadang, kita mengucapkan syukur pada Allah dalam pelbagai bahasa. Arab. English. Siam. Jawa. Spanish. Japan. Tak kiralah bahasa apa sekalipun yang anda gunakan. Tapi ucapan ALHAMDULILLAH bukan sekadar ucapan yang dinukilkan oleh bibir mugil anda. Ucapan ALHAMDULILLAH menunjuk rasa bersyukur kita kepada ALLAH. Dan kita wajib menunjukkan rasa syukur dengan perbuatan, bukan ucapan semata.

Tak salah.. Bukan tak boleh saying ALHAMDULILLAH. Boleh. Boleh sangat. Molek dah tu. Cume perkuatkan lagi dengan perbuatan-perbuatan yang menunjukkan kita bersyukur kepadaNYA. Nanti Allah lagi saaayang kita kan. Waa.. Bestnya mendapat kasih sayang Allah. +____+

Khair. Selamat bersyukur semua.

Alhamdulillah. Dah Berjaya lagi update blog. [lepas ni kena selalu update-update lagi. ni tandanya syukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Hehe.]

Alhamdulillah ala kulli hal Ya Rabbul Jalil…. +________+

Jangan sedih kalo result tak menepati piwaian yang anda targetkan. Mungkin Allah punya hikmahNYA yang tersendiri. Mungkin kita ada kesilapannya yang tak disedari. Kembali hisab diri. Apapun keadaan kita, sentiasa bersyukur. Kerana nikmat Allah tidak pernah terhenti dariNYA untuk kita. +____+

Selamat berdoa dan menjadi insane yang lebih baek.

Subhanallah. Glory be to Allah.

Alhamdulillah. Praise be to Allah.

Allahu akbar. Allah is great.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.